Followers

Saturday, 22 October 2016

Pelancaran Antologi Sajak Mahabbah Bahasa

       Alhamdulillah, syukur kepadaNYA yang memberi peluang untuk diri yang kerdil ini menumpahkan tinta bagi mengisi ruang penulisan pada masa ini.         Adalah satu kepuasan bila terhasil beberapa kuntum nukilan yang dijadikan sebuah buku terbitan untuk bacaan umum.


Pelancaran Antologi ini berjaya diadakan di Teratak Za'ba, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 27hb Februari 2016 oleh Dr. Ibrahim Ghaffar.

          Aku juga sempat diberi peluang oleh penyelaras penerbitan untuk membimbing para pelajar untuk sesi penghayatan sajak. Perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam dari Pulau Pinang bagaikan satu landasan ilham untuk aku segar dan ceria beraktiviti bersama beberapa orang lagi penulis tanah air. Sungguh dapat kurasakan kepuasan hobiku ini sementelah lagi, aku berpeluang berkenalan dengan ahli keluarga Pendita Za'ba yang turut serta menyumbangkan penulisan di dalam buku ini.
 Pendita Za'ba
kau wira Malaya
mencurah usaha jiwa 
memahat jasa
tidak terbalas adanya
lautan kazanah rupa
ilmu tercurah amat berguna
dititip mari kuahnya bermakna
sisipan anak-anak bangsa
demi tajamkan resepi aksara
berwibawa gegarkan maya.
- aulia adz 21:12pm

Buku- Buku Hasil Karyaku



Masa.....begitu cemburu, cepatnya berlalu atau aku yang tidak menghargai waktu?
Hari-hariku dipenuhi peristiwa dan happening yang menceriakan dan livable, wow!
Buku terbitan bersama telah memenuhi rak peribadiku, jom jelajahi rentetan penerbitan...
Buku Antalogi Sajak  50 Penyair: ISTIQAMAH BAHASA (2016) adalah buku penerbitan sajak yang ke 3 selepas  Buku 99 PUISI UNTUK PALESTIN (2014) dan Antologi Puisi Pangkor 5 (2015)


REMAJA.
Remaja kini
tuntas meniti jurang
meliuk bagai lalang bergelandangan
layu bagai bunga berguguran
mengais habuk jalanan
mengail lubuk daratan
memburu habuan awangan
menyulam bara kepayahan.........bersambung




 Hari pelancaran buku ISTIQAMAH BAHASA di Kuala Lumpur 5hb Jan 2016 telah dirasmikan oleh Sasterawan Negara ke 6, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.                                                                                                                                                                                                  
  Kecintaan Alam adalah Buku Antologi Sajakku yang ke 5 setelah Buku Antologi Bersama Mahabbah Bahasa diterbitkan .
 
           Seterusnya 2 Penulisan Kertas Kajian kepunyaanku  telah di cetak oleh USM, Pulau Pinang sebagai satu penulisan penyelidikan dalam  Buku Conference Proceeding: International Conference On Creatif Media, Design & Technonology (REKA) siri 1 (2014) dan siri 2 (2016), Alhamdulillah.


 

Wednesday, 20 April 2016

Kisah Terakam...

 Bersama Kak Rosmiaty Shaari, Ratna Laila dan Fizz Zaini sedang menunggu untuk mendeklamasi Sajak ciptaan masing-masing...
        Alhamdulillah....Buku Antologi Istiqamah Bahasa dan Mahabbah Bahasa berjaya diterbitkan. Terdapat 20 sajak nukilan saya terakam didalamnya.
 Sempat bergambar dengan teman ASASI; Padin, Sara dan Kak Norjannah MA ketika menghadiri majlis Sekalung Budi Rantaian Kasih di DBP Utara, Bukit Mertajam bersama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Adziz bin Abas.


                                                                              Bergambar bersama Para Sasterawan Negara dan Karyawan di Pulau Pangkor sempena Pulara 6 tahun 2015






Tuesday, 24 February 2015

Beringat lah...

Allah sentiasa mendengar doa anak yang berbakti terhadap kedua ibubapanya.
         Dari kisah yg direkodkan oleh Imam Bukhari di dalam kita Syu'abul Iman, menyatakan bahawa Ibnu Abbas menjawab kepada satu soalan yg diutarakan kpdnya dgn menyatakan bahawa tiada amalan pun yang lebih  mendekatkan diri kepada Allah selain berbakti kepada orang tua,
      Dan dari Imam Tirmizi, Ibnu Hibban dan Al Hakim, Rasulullah  memberitahu kepada seorang lelaki yg datang bertanya Nabi bagaimana untuk bertaubat. Maka jawab Nabi 'berbaktilah kepada ibu saudaramu sebagai pengganti...( kerana ibu lelaki itu sudah meninggal dunia).
                Kesimpulannya samada semasa ibubapa  masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia maka jika anaknya berbakti kepada mereka, ianya dapat menghapuskan dosa dan kesalahan seorang anak.

'Cinta mencintai dalam jalinan kasih sayang hanya menyusuri fitrah kemanusiaan.' 
- aulia adz.

Sunday, 17 March 2013

Sketsa harian

Semalam....
Ditepian pantai,di sebuah kedai...
Kelihatan seorang pemuda dikelilingi oleh teman-teman lelaki dan wanita...ketawa,berbual riang sambil  menghirup udara segar dan juga menghisap asap dari sebuah balang panjang yang dilitupi api bara bagai labu 1000 satu malam,it's Shisha! Gosh! Betapa malang kelihatannya bila lelaki berwajah keMelayuan itu cuba berubah adab dan rasa,cuba mengadaptasi tradisi bangsa luar,alangkah dengkilnya tahap pemikiran bila identiti bangsa cuba diperjamakkan secara negatif.
Wahai pemuda...
        Siapalah kamu? Apa tujuanmu? Kemana bazir masa dan wangmu?Diperbuat apa tenaga mudamu?Jika persoalan ini ditanya di alam kubur nanti , apakah kamu bisa menjawab dengan yakin bahawa tindakanmu benar?
Wahai anak bangsa...
         Sedarilah....kain putih jika berkali-kali menjalani proses pemutihan maka tercalit juga bayangan hitamnya. Manusia yang terus berani menambah dan mencari dosa walau setitik cuma, akan terus diburu noda. Usahlah membebankan ruang pahalamu dengan segumpal bola hitam yg semakin menggunung..hindari semuanya dengan senafas dan lima minit solat lima waktu sehari.
                       Tiba-tiba.... telefon berdering....pemuda tadi menjawab endah tak endah..'Ya....nak apa?Abang ada hal le ni...apa halnya? Satgi tak boleh phone....'
Senyap seketika....pemuda tadi mulai khusyuk mendengar dan menggenggam erat phonenya.Dia bangun longlai, mata berair.Teman lain kebingungan melihat dia bingung,kenapa?
'Ibu.....ayahku....kemalangan...mati!'  Sendunya semakin pantas dan kuat..airmatanya semakin deras.......
Semua terkedu cemas!
-adz


Monday, 4 March 2013

Tugas Harian

Hari-hari seperti biasa..... kerjarumah  dan tugasan seiring sejalan memenuhi ruang kehidupanku.
  Sesekali aku menjengah kertas-kertas di meja, acapkali aku menaip di blog hamparanku dan ada ketikanya aku bersahaja meluahkan rasa di puisi tintaku.
Apa yang ingin aku lakukan  ...ingin berkongsi pengalaman dan ilmu serta meluahkan sesuatu untuk perkongsian bersama agar hidup turut bermakna.Yang penting, segalanya bukan saja-saja tetapi langkah yang amat bermakna kerana kerja dan tugasanku ini adalah sesuatu yang pasti dan sebenarnya....aku suka!