Followers

Wednesday 22 December 2010

Bengkel Penulisan Buku Agama.

21hb Disember, aku dengan rasa sgt gembira melangkah kaki ke Institut Aminuddin Baki,Jitra.
Akhirnya dapat juga aku menyertai bengkel ini walau hanya di sesi kedua anjuran Yayasan Nusrah kelolaan Fitriah Mohd Lazim.Difahamkan peserta akan mendapat bimbingan drpd Editor buku agama,Ustaz Zaki Abd Rashid, Pensyarah Kanan UUM, Dr Nadiyah Elias dan pesara guru Maahad Tarbiah Islamiah, harun Zakaria .
Tepat pukul 9.00 am dan kelihatan 6 peserta telah pun sedia mengambil tempat. Terdapat 2 barisan muslimat dan muslimin. Suasana Islamik amatlah terasa dgn kehadiran 3 pelajar wanita dari Derang yg berpurdah.
Dr Nadiyah telah pun membentangkan contoh proposalnya pada hari Sabtu lepas dan aku pun segera meminta utk melihat salinannya dr teman di sebelah. Aku mula mengkaji sambil juga mendengar pembentangan dari peserta yang lain .Malangnya laptopku pulak kehabisan bateri lalu aku segera menulis semula proposal secara manual.
Satu persatu proposal buku di bentangkan oleh para peserta dan aku amat kagum dengan tajuk-tajuk yang diberi, amat baru dan terkini. Komen diberi oleh ahli panel ( tak sangka pun seserius begini..) dan teguran membina diberi utk pengolahan atau tambahan lain. Aku amat teruja sekali dan juga sedikit kesal kerana tidak hadir pada hari pertama bengkel ini.
Akhirnya 4 proposal buku dipilih untuk penerbitan dan diberi 4 bulan utk persediaan manuskrip. Masa break, salah seorang mempelawa laptopnya utk aku gunakan bagi pembentangan ringkas proposalku, lalu aku segera menaip tanpa henti sehingga sesi selanjutnya.
Walau apapun, di akhir perbincangan,sempat juga aku present dan mendapat komen yang membina dari Dr Nadiyah walau tanpa ahli panel yang lain. Mengikut Dr Nadiyah, proposalku harus dipecahkan kpd beberapa manuskrip buku lg mengikut sasaran pembeli dan juga pemilihan tajuk kenalah lebih umph! Bengkel selanjutnya akan diadakan bagi membimbing setiap peserta bagi melatih dan menyediakan setiap peserta ke arah menjadi penulis yang berkualiti sehingga penghujungnya nanti beberapa buku agama dapat diterbitkan atas kerjasama pihak Yayasan Nusrah & pihak penerbitan PTS, insyaallah.

Friday 26 November 2010

Info untuk penulisan

Pantun n syair termasuk dlm kategori puisi Melayu. Kedua2nya merupakan puisi lama yg berbeza dr segi bentuk seperti perbezaan baris, rangkap, rima akhir n persoalan/objektif setiap jenis puisi tu dicipta.

Pantun - puisi lama yg biasanya terdiri drpd 4 baris dlm tiap2 rangkap (2 baris pertama merupakan pembayang maksud n yg selainnya mengandungi maksud sbnr yg ingin disampaikan)

Syair - karangan bersajak (tiap2 rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya)
Gurindam - bentuk puisi (terdiri drpd 2 baris, berisi dgn pelbagai pengajaran)
Seloka - puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
Mentera - jampi/kata2/ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll)
Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan/riwayat
Nazam - gubahan puisi (spt sajak, syair)

_________________

Restu Bonda

Terkenang....ingin rasanya diulangi...




Wahai anak,
kau akan merantau lagi
kali ini jauh sekali
namun hati ini merelakan
demi mencari ilmu dan pengalaman
but yes,the longing is there and hidden
alas! a smile can make everybody aware
as to make them happy & care
yet there're also things to be forgiven


anak tercinta,
rela aku rela
berpisah lagi sementara
masa itu akan tiba
bila kita bersama lagi sekeluarga
and I will wait for that time dear...

my love,
teringat pertama kali dulu
kemasukanmu pada 2002 ke MRSM Pontian
jauh,terasing dan di situ
hampir bonda menyerah kalah
bila separuh jalan ingin berpatah
matamu yg sayu merenung mengguris luka
kenapa harus aku serahkn jua
biarlah...demi sebuah kejayaan
bukan hanya utk ibu tapi demi nusa bangsa dan masa depan...

Afiq,
pertukaran ke MRSM Transkrian Nibong Tebal
mengundang kedekatan kita
setiap minggu berjumpa seakan gantian sesal dan bebal
kerana sekeluarga tak bersama lamanya
tapi itu juga tak kekal lama
dalam ziarah dan selingan ada selitan peristiwa dan cerita
yang menghiris hati bonda
namun segalanya telah bonda lepasi
moga setenang bonda dapat kau warisi
bila berhadapan dengan difficult situasi

hero keduaku,
teringat jua
2007 ke Kolej Mara Banting tempatmu
landasan yang penuh kesukaran
maafkan bonda, failed to give sepenuh kemudahan
not the way I expected to enlighten you
namun itulah usaha itulah yang daya
pengorbanan yang ingin bonda berikan
cubalah mengerti bahawa bonda pun merasai
kesungguhan dan keperitan bergelumang pelajaran
I salute you for standing straight along the path of misery
keep on ahead son,let them be.

Ketahuilah handsome man,
adanya satu rahsia kejayaan padamu
adanya satu ledakan kepimpinan dirimu
adanya satu keistimewaan padamu
satu tenungan ke wajahmu
bisa menyejukkan rasa
itulah satu anugerah
satu permata
namun jangan lupakan kewajipan
dekatkan diri dgn Allah, Islam dan pautan
simpulkan ikatan,kuatkan iman
gembirakan hati ini wahai anak
dengan janji-janji itu agar bonda bahagia

dengarlah anak,
Persediaan di Penang Medical College satu pengajian
langkah pertama sebelum satu gelaran
serlahkan ia dalam kilatan kejayaan...
restu bonda mendoakn
pulang nanti dengan satu KELEBIHAN...
dan KEJAYAAN...
Ayuh Dr. Raja Muhd. Burhanudeen Afiq.
Teruskan...
genggamkan satu kepastian.
amin.

-adz
sempena keberangkatan Afiq ke Royal College of Surgeon Ireland
pada Ahad 10.00am ,26hb September'10

Sunday 7 November 2010

Manuskrip 'Kerja Sampingan.'


Aku melangkah dengan perasaan berdebar-debar. Maklumlah pertama kali aku menjejak kakiku ke bangunan yang tinggi itu. Temanku menunjukkan arah langkah ku dan aku tersenyum berterima kasih atas kesudiannya menemaniku kali ini.
Setibaku di tingkat 3, aku dipersilakan masuk ke bilik yang dipenuhi dengan hampir 30 orang lelaki. Aduh! Semakin aku malu. Mataku berkeliaran mencari bebayang susuk tubuh wanita yang lain dan akhirnya aku ketemui juga ,di hadapan sekali kelihatan dua orang wanita. Lega...hatiku kembali tenang.
"Sila masuk. Agen baru sila ke hadapan." Tegur seorang lelaki di hadapan sekali sambil menguntum satu senyuman manis. Aku membalasnya spontan tanda ucapan terima kasihku lalu segera mengambil tempat di sebelah kanan sekali.
"Assalammualaikum, dari mana?" Aku sempat memulakan bibit perkenalan.
" Dari Ipoh," Jawab wanita yang bertudung hijau itu dengan perlahan.
Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku.
Hampir sejam penerangan diberi dan aku mencatit dengan serius. Sesungguhnya dunia yang baru ini amat asing sekali bagiku yang belum pernah berada di satu kelompok lelaki yang besar. Selalunya setiap kursus atau seminar yang aku sertai, pasti kaum wanita yang mendominasi ruang dan suasana.
"..ye laah kita tahukan bahawa semua manusia tak kira agama ataupun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian,kesusahan dan juga kemalangan. So apa yang harus mereka buat bagi mengatasi risiko ini? Inilah yang kita cuba beritahu dan menerangkan pada mereka bahawa dengan menyedari keadaan ini haruslah mereka mengambil skim perlindungan yang akan kita tawarkan ini." Panjang lebar Cikgu Adnan menerangkan dan cuba memahamkan kepada semua. Dalam sesi pertama tadi , beliau telah menerangkan asas Takaful dan beberapa pengenalan yang bersangkutan "Makanya skim perlindungan atau insurans yang kita akan tawarkan ini ada banyak manfaatnya dan paling istimewa daripa skim perlindungan yang lain-lainnya. Kenapa? Sebabnya kita dah menang award Islamic Banking and Finance beberapa kali untuk servis kita tuu. So dah mantap dah... "Beliau menambah lagi.
Aku memang dah mengetahuinya dari perbincngan dengan leader beberapa hari yang lalu. Sememangnya aku dah faham bahawa konsep Takaful ni berteraskan kerjasama, tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling bantu membantu di antara pesertanya.Memang Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong pada mereka yang ditimpa musibah seperti dalil dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud,
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".


bersambung...

Teman...




Teman itu sahabat yang ada
kawan yang serasa
pastinya di hadapan nyata
walau jauh, walau dekat
namun di hati kuat tersemat.
Teman...
ikhlas kau menegur
sabar beratur
setia menunggu
dan tepati janjimu.
Wahai teman
maafkan salahku
buangkan marahmu
lontarkan egomu
padamkan dendam itu
Aduhai teman...
sama-sama membina diri
agar kita disenangi
tidak menyakiti
saling menegur diri
itulah keikhlasan abadi.

-adz
6.07pm.

Thursday 4 November 2010

Menghadapi Kesukaran & penyelesaiannya.



'Mengunjungi masjid adalah sesuatu yang paling indah'

Realitinya, adakala hidup ini penuh dengan kesukaran bila ada-ada saja yang kita perlu lakukan bagi menyambung perjalanan penghidupan ini. Malah kadangkala ianya memeningkan,juga kadangkala menyedihkan, seketika ianya merungsingkan,menjemukan,ada juga yang menghiris hati, aaaaargh...dek terguris dalam kelukaan dan memang ada sesekali menimbulkan dendam dan geram ..so apakah penyelesaiannya???

Bagi seseorang yang saya amat kenali.....

Sepanjang mengalami beberapa step dan stages hidupnya sejak dari menjadi anak perempuan yang manja dan biasalah memang suka juga meminta . Ye lah pada siapa lagi kalau tidak pada ayahanda yang tercinta dan setia menurut kemahuan dirinya . Jika cikgu sekolah baru cakap je mesti bawa itu ini...balik rumah nanti terus nak . Syukur juga ayahanda tu faham so ikut lah... Ada juga pada masa-masa tertentu kehendak dirinya tak dapat dipenuhi ...tambahan lg bila bonda masuk campur so merajuk bawah katil le jawabnya....
Namun walaubagaimanapun kepuasannya ada sebab tak siapa kacau dan dapat lihat kemurungan diri. Duk bawah katil pulak relax sambil baca buku dan akhirnya tertidur. Bila terjaga sure perasaan dah OK dah.
Tapi bila happy tuu..menyanyi dan merapu lagu sesuka hati je sambil buat kerja rumah yang disuruh. Yalah..kerja rumah kena buat jugak tak mau nanti bonda berleter marahkan.

Bila meningkat remaja lain pula rentaknya. Tau-taulahkan... bila ada juga beberapa ketika tu rasa sedih sangat bila disalah erti dan ayahbonda pulak buat tanggapan yang bertentangan dengan reality ( dengar cakap abang le tuu..) so apa lagi....mula nak merajuk keluar pergi rumah kawan atau terus baca buku love story....Lega setelah beberapa jam kemudiannya.
Bila ceria apalagi.... lain orang lain caranya. Yang sorang ni....ada masa je terus dia pergi window shopping . Suka tengok apa saja jualan dan membandingkan harga. Namun sesekali sibuk juga dengan usrah, seminar,Tamrin,kursus dan persatuan ABIM bila dah banyak kelapangan. Katanya satu kepuasan juga sebab suka tambah ilmu...

Hem..bila dah kahwin dan berkeluarga, laaagiii..... sibuk . Di awal perkahwinan sering juga menghadiri pengajian disamping sibuk mengajar..kendali anak-anak dan settle kerja-kerja rumah......Memang banyak kerja so tentu rasa penat dan emosi tu ketat je selalu.Pantang suami cari salah..marah dan merajuk....Yelaah.....kadang-kadang sebab yang kecil je...sebab anak,sebab masak tak sama selera dia, tak dengar dan tak perasan..( Tuu fikiran tengah ke lain agaknya..hi hi...suami kata lain, disangka lain.)
Tapi lain pulak layanannya jika bersedih akibat ragam si anak,suami tercinta bawa outing ke pantai...memang dari dulu lagi dia suka tengok cahaya lampu dan pantai.( Maklumle baru duduk berdekatan dengan laut)
Bila berasa kecil hati dan marah dengan suami..sabar..tetap melayan keluarga & suami ( wajah tu kena senyum je depan suami...simpan geram..kan nk jadi isteri solehah so jgn sampai derhaka pada suami) tapi rambut pasti dipotong pendek....baru rasa puas. Sebenarnya suaminya tak kisah pun rambut panjang or pendek tapi entah..lepas geram pada rambut kut hi hi....
'Ciuman dari anak-anak kadangkala menenangkan...'


'Bila geram, ada masanya ingin menyendiri.'


Bila tention masa mengajar pulak ..em..balik nanti mesti dia round-round kat supermarket or mana-mana kedai ...beli sesuatu dan hadiahkan pada diri sendiri... yeah!!!!....happy semula.

Dan kini, tak taulah.Tapi pada diri ini cara terkini menyelesaikan masalah duka dan tention ialah menulis dan menulis........paling puas bila bermadah puisi...emm...tak tau kenapa sebab dulu kat sekolah tak belajar sastera pun, mungkin setelah berumur ni, hati semakin sensitif pulak ...kurang kasih sayang agaknya....ha ha ha......

So, jika ada rasa kemarahan atau apa-apa saja ...jangan luahkan pada orang nanti kena kata dan fitnah. Jangan marah pada suami , berdosa tuu. Jangan lepas kemarahan pada anak-anak,sian perasaan bebudak. Selesaikan dengan bijak agar hidup diteruskan dengan ceria serta senyum selalu...melambatkan proses tua kn...


Namun bukan senang ..adakalanya terlepas gak perasaan ni pada seseorang yg berkebetulan ada di sisi. Seseorang rapat laah..seperti adik kandung,adik ipar,sahabat paling rapat dan er..entah...siapa lagi ya..???
....semuanya memerlukan kesabaran dan kebiasaan..janji cuba praktik dan perbaiki diri. Walauapapun berlaku...3 langkah yang paling menenangkan dikala hati meruntun dalam kesedihan ialah membaca Al-Quran , solat malam dan mengadu pada Allah S.W.T.........ternyata amat berkesan!

-adz



Bicara sendiri

Aku tahu
pelajaran itu perlu
aku juga mahu
mereka berilmu...
biar semua itu
dicari...diambil..dan diburu.

Masa itu emas
berharga walau terlepas
saat dan detik harus dikebas
genggam semuanya walau rimas
disiplinkan diri jangan malas
kerana tiap sesuatu pasti terbatas.

ibu dirumah perlu mengajar
asas si anak untuk belajar
agama dan akhlak harus sejajar
baru dibentuk jadi terpelajar
usah rakus usah terkejar
budaya luar rosakkan pelajar
unsur negatif tak payah mekar
hanya merosakkan generasi yang sedar.

Amanah semua perlu dijaga
lengkapkan ilmu,adab dan agama.
Amanah anak perlu setia
pada ibubapa, guru dan setara
tanggungjawab belajar biar sepenuhnya
usaha dan daya tanpa putus asa
biar harumkan maruah dan nama.

Amanah guru tentu adanya
mendidik bangsa biar berguna
sabar dan ikhlas walau diduga
dengan pelbagai karenah,perangai dan bahasa
satu yang pastinya pelajar semasa
ketandusan kasih sayang dari keluarga
perangai pelik dianggap derhaka
cubalah fahami cubalah meneroka
hati yang bersih fitrah terjaga
cuma luaran yang buat angkara.

Pada ibubapa amanah ini
ingin mengingati diri sendiri
usah berebut harta duniawi
anak sendiri terbiar sendiri
walau dihulur wang berguni
tak sama juga perihatin yang diberi
luang masa luangkan hati
peluklah anak dakap ke sanubari
agar mereka turut merasai
bahawa tuntutan ilmu mereka itu tetap dihargai...

-adz
http://adzpoempuisi.blogspot.com/

Friday 8 October 2010

Menghadiri Kursus SIRIM



Bersama Puan Sarifah Rejab, Penyelidik Kanan ,Pusat Penyelidikan Bioteknologi Industri, SIRIM Berhad..Seronok mendengar presentation dari beliau kerana semua itu ilmu penting dan sememangnya patut diketahui oleh semua pengguna kosmetik amnya dan Pengusaha -pengusaha Kosmetik seluruh negara Khususnya.
Sebahagian dari peserta khursus yang baru dan juga Pengusaha-Pengusaha yang telah berjaya dari Teluk Intan,Shah Alam,Ipoh,Taiping,Kuala Kangsar .Terengganu dan Penang.
Penerangan demi penerangan...
Bersama adik perempuan dari Kuala Kangsar.
Tanpa disangka mendapat peluang berkursus bersama beberapa usahawan di Hotel Hill View,Ipoh. Thanks sis, yang memberitahu peluang ini. Selama ini selalu saya menyangka SIRIM cuma bah. R&D yang akan memberi tanda Quality kepada barangan eletrik namun salah rupanya tanggapan ini. Pelbagai bidang training yang disediakan oleh SIRIM untuk semua .


Apapun semestinya menjamu selera dulu selepas taklimat pendaftaran...Hem. sedap juga namun kerana masih lagi kekenyangan selepas sarapan tadi, so rasa ala kadar je..rugi..rugi...

So, khabarnya ada lanjutan dari kursus yang sama dan peserta akan ditapis dan dipilih dari kalangan peserta yang hadir untuk sesi pertama ini + keterangan serta pencapaian peribadi. Harap dapat juga saya menyertainya nanti,InsyaAllah.
Thanks SIRIM.

Tuesday 28 September 2010

Sketsa Penghidupan.

Hari itu aku tergesa-gesa pergi ke masjid untuk meletakkan hasil niaga yg berjumlah 20 unit ke situ .Memang setiap Jumaat aku selalu menitipkan jualan di kedai Kak Rubi yang memiliki satu-satunya kedai makanan di perkarangan masjid Itu.
Sedang berjalan balik ke rumah tiba-tiba slip!!!!! Sebelah kasut aku putus talinya. Aduh! Bagaimana harus aku teruskan perjalananku itu. Aku menoleh kanan dan kiri em...tiada kelihatan sesiapa pun ...lalu perlahan-lahan aku membongkok dan menjijit kasut yang putus talinya itu dan lalu bergerak laju di pinggir jalan. Hari semakin panas dan aku tetap bertahan..lagi 400meter...300 meter...200 meter...tidak beberapa lama kemudian kelihatan kerani di kedai runcit menjenguk panjang melihatku dan tersenyum,
"Kasut putus kak?"dia bertanya lembut ingin kepastian.
"Hem!" Suaraku seakan hilang di kerongkong. Keletihan dan kehausan mungkin.
Bagaimanapun, sepanjang melalui lorong kiri kanan perumahan itu aku tidak berjumpa dengan sesiapa. Dengan itu aku mempercepatkan lagi langkahku. Ahhh...akhirnya sampai dan aku masuk kerumah dengan sepenuh kepenatan.Sambil menghela nafas yang panjang, aku berfikir...... Sedetik aku teringat..begini agaknya mereka yang miskin melalui kehidupan mereka di tahap yang tanpa diduga. Aku duduk dan melihat tapak kakiku yang kini mulai berasa sakit dan perit. Anakku yang baru keluar dari biliknya segera mendapatkanku. Tangan kecilnya memeluk leherku dan mencium pipiku.
" Mama,adik tunggu mama." katanya manja. Aku mengerling lagi ke dalam bilik .
" Mana kakak?" Tanyaku ringkas.
" Kakak tidur!" Mengadu anakku perlahan. Aku mengangguk faham kerana semalam agak lambat juga anak perempuanku tidur kerana mengulangkaji pelajarannya. Aku kembali merenung kaki yang dah mulai rasa keras dan berdenyut.....Pasti ada pengajaran di sebaliknya!
~ Tamat ~

Sesekali berkaki ayam...

Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki.

Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar.

Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki.

Fudhalah bin Ubaid menerangkan:

"Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala."

[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]





Sibuknya....

Hari ni,
macam-macam aktiviti....pergi bank,post something, tusyen, hantar bekas-bekas hantaran makanan masa bulan puasa pd jiran...kelas bimbingan..Quite a rough day, drilling & undergo the critis & creative thinking skill, (that'd been rub off during yester holiday) to my 'bertuahnya... student"

Meaning...kalau dolu-dolu, org tua kita selalu cakap 'bertuahnya anak' nk jauhkn diri dari menyebut dan mengharapkan yang tidak baik pada anak-anak sendiri tapi sekarang ni, mak ayah sedapnya cakap ini itu (cth: bodoh! jahat punya budak! lembap dll) Jangan ya...cakap yg positif je le okay!
Aduh! kelas pun tak sempat nk kemas..!!!!???

APa YG SaYa Ajar?
nanti le..besuk-besuk atau bila-bila saya jot down kat cni.... bye!

Wednesday 25 August 2010

Tazkirah Ramadhan

Himpunan dari Facebook.
http://www.facebook.com/profile.php?id=1795791955

ke 10 Ramadhan:
Jgn brlengah & teragak-agak utk ikut jln lurus seperti Nabi,Wali,Para Sahabat,Tabiin,Shuhada' dan org beriman kerana ianya satu nikmat dr Allah.Makna Al-Fatehah ada disebutkan kita minta pertolongan dr Allah & minta ditunjukk...an jln yg lurus..namun ada yg brpaling.Kita juga selalu memenuhi tuntutan Jasmani tp tidak tuntutan Rohani makanya Rohani akan sakit jika tidak diisi dgn makanan yakni solat,mengaji,beribadah dan segala kebaikan.
Baca Al-Quran diandaikan kita brcakap dgn Allah maka selalulah berbicara dgn Maha Pencipta kita.Bercakaplah dan fahamilah maknanya agar Allah jua akan berbicara dgn kita.
Ketahuilah kita tidak pernah mahu menghitung kurniaan dan pemberian Allah yg melimpah termasuk anggota diri kita malah masih lg berkira bila hendak melakukan ibadah walau sekejap cuma.
-dr Masjid At-Taqwa Bertam Indah.

Tazkirah 9 Ramadhan: Taqwa-penguasaan
iman dlm diri. Wujud keluarga brtaqwa adalah fardhu Ain & jika
tidak maka fasiq.Ketahuilah kegagalan kita membentuk keluarga &
masyarakat brtaqwa telah menimbulkan satu mala petaka kpd org Islam
sendiri, dgn maksiat berleluasa skrg.Ini juga kegagalan setiap kita utk
...mnjadi taqwa dlm... setiap kerja buat & dlm setiap elemen persekitaran.-dr Masjid At Taqwa.

Tazkirah 8 Ramadhan:
Ketaqwaan adalh 1 jln keluar pd segala permasalahan. Org yg bertaqwa-1,takut pd Allah. 2,bramal dgn Quran.3,Redha dgn rezki walau sikit.4,Persiap diri menemui Allah.
Masyarakat rosak disebabkan apa yg mereka lihat & didedahkan dlm media.Jenayah & buang bayi brleluasa seharian kerana anak-anak skrg te...lah dicabut 2 benda yakni
1-takut pd Allah.
2-rasa malu.
-dr Surau At-Taqwa Bertam Indah.

Tazkirah 7 Ramadhan:
Org yg dicabut iman oleh Allah
1-tak kisah lg segala suruhan & larangan Allah.
2-hilang rasa malu & maruah maka tega buat apa saja.
Allah telah menyeru pada yg beriman agar ambil bencana yg ditimpa sebagai peringatan dr utk lebih bersedia.So jadikan ibadah dlm Ramadhan ni berkekalan walau pada hari bi...asa dan pertingkatkan ketaqwaan kita agar dpt kejayaan dunia & akhirat,amin.
-dr masjid At-Taqwa.

Tazkirah 6 Ramadhan: Larangan -Tinggalkan cakap banyak,makan banyak serta penglihatan yg mendtgkn haram.Suruhan- baca Quran,zikir,niat puasa sebelum fajar,segera berbuka dan mentakhirkan sahur,iktikaf di masjid pd 10mlm terakhir & lebihkn solat brjemaah.*Peringatan -Jenguk r/tangga kita agar ada Solat & pembacaan Quran......namun elak tonton tv/astro & main game/internet berlebihan. - dari peguam kita, masjid At-Taqwa.

TazKirah Ramadhan:
Peringatan dlm surah Al-Baqarah bahawa selain dr ibadah khusus Ramadhan ada 1 lg t/jwb besar yg lain di mana perlu ikhlas siang atau mlm secara rahsia/terangan bersedekah/derma yakni ambil berat pd ank2 yatim,fakir miskin & ibu tunggal/tinggal. Maka Allah telah menjanjikn mereka2 ini yg brsedekah aka...n sentiasa gembira dan tidak akn berdukacita.
-dr masjid At-Taqwa Bertam Indah.

Tazkirah 3 Ramadhan:
Ramadhan adalah tanda kebesaran dan rahmat Allah utk seluruh umat. Kehebatannya adalah tertambatnya segala syaitan so kita bebas buat amalan tanpa halangan dan godaan syaitan.Niat utk beribadat pun lancar dan makanya jgnlah kita leka ...tak ternilai harga Ramadhan ini so hargailah dgn tingkatkn amal...an kita.
-Ust Baba Saudi Al-Hafiz,tetamu masjid At-Taqwa.

Tazkirah 2 Ramadan:
Ramadhan adalah bulan di mana ibadah digandakan, bulan penuh dgn keampunan & doa2 termakbul.Namun letakkan harapan & keyakinan yg tinggi trhadap Allah supaya cepat doa dimakbulkan.Lebihkn doa,sedekah & baca Al-Quran..
- Ust Baba Saudi Al-Hafiz,tetamu masjid At-Taqwa.

Tazkirah 1 Ramadan:
Allah perintah kpd org yg beriman supaya bertaqwa dgn melakukan amalan yang disuruh kerana mereka yg bertaqwa adalah plg mulia di sisi Allah.Maka seringlah berdoa jua agar pasangan & family tetap bertaqwa &menjadi insan penyejuk mata!-dr masjid AT-Taqwa Bertam Indah.

Monday 16 August 2010

Seminar Al-Quran

p/s: kami diperlihatkan dan diperdengarkan dgn satu Hafazan Surah Yaasin oleh seorang kanak-kanak kecil yg membuat kami yang hadir merasa teruja...

AHAD 18hb Julai '10: Hari ni aku pantas menyiapkan kerja rumah kerana ingin turut hadir ke Seminar Membentuk Generasi Al-Quran di Stadium . Walaupun sedar aku telah ketinggalan 6 ahli panel dari 9 ahli panel yg membentang kertas kerja namun aku cekal kerana favourite Thinker aku , Dato' Dr Siddiq Fadhil akan memulakan sesi pada ptg ni dan mood nostalgia itu pun menular semula......anyway,telah lama jugak aku ketinggalan dlm mengikuti aktiviti yg telah menjadi rutin aku semasa student dulu. ( Terkenang masa-masa lalu..dgn usrah,bengkel,Forum,seminar dan event lain) Tepat pukul 3 ptg aku tergesa-gesa melangkah masuk ke Dewan kerana al-maklum ianya telah bermula sejak 8 pagi lagi.berbaloi juga bila dekat pintu masuk , aku diberi satu beg berisi air mineral,kertas,pen dan CD yg berisi semua kertaskerja ahli-ahli panel-Alhamdulillah.)
S
atu petikan dari ucapan Dato' Dr.Siddiq Fadhil, beliau mengingatkan seseorang perlu berlaku adil dlm kepimpinan tak kira apakah status kepimpinan kita. Dan juga dlm erti kepimpinan yg sebenarnya hendaklah dilakukan dgn ambil tahu,ambil berat,bantu selesaikan masalah,perlu juga kedekatan serta kasih sayang......

Kenangan...

Pengisian masa itu ada pelbagai cara dan kaedah. Padaku ada macam-macam yang aku lakukan bagi mengisi masa kesunyianku. Salah satu darinya adalah menonton movie silam yang pernah aku tontoni dulu..everlasting movie dan romantic..so selalunya yang berbentuk love story tentunya.
But...adakalanya aku juga curi dengar beberapa lagu ....( aku cuba menekankan dalam diri bahawa lagu yg tidak berlandaskan arah ke agamaan atau Islamik sebenarnya melalaikan dan sememangnya aku cuba untuk mengelak dan just abandon that activity, yeah...maaf, aku tak berdaya dan selalu kecundang).....Bila terdengar gemersik lagu berkumandang... aduh!!!! Ianya dah cukup buat aku tersentap dengan kelukaan dan berenang dalam lautan kenangan yang mengusik perasaan. Benar..ianya akan menghakis rasa ketenanganku namun aku masih ingin mendengar dan melaluinya walau seketika....
Lagu yang paling menyentuh perasaanku kebanyakannya lagu-lagu Inggeris . Entah kenapa melodi dan senikatanya terlalu menikam dan mengena kata orang! Aku cepat feel dan biasanya cuma sebahagian saje yang aku sanggup utk mendengar!!






Tuesday 10 August 2010

Aktiviti-Aktiviti Terkini.




Forum Program Pelalian HPV antara Jabatan Kesihatan,Jabatan Pelajaran & PIBG peringkat Pulau PInang.
09 Julai 2010

So saya & seorg lg cikgu telah bersama-sama ke Auditorium Tingkat 5 Komtar utk menyertai majlis ni dan ternyata banyak input yg diperolehi. Terutama of course mengenai pelalian HPV itself dan beberapa sakit puan . Yang syoknya dalam sesi pertanyaan banyak soalan yg tak dijangka diketengahkan dan juga beberapa soalan cepu mas yg trpaksa dijawab oleh ahli panel yg terdiri dr Doktor-Doktor berpengalaman.
Hampir 3 jam juga kami disitu tapi sesuatu yang begitu bermakna bg kami untuk menyelami dan memahami beberapa tindakan serta program dari Jabatan Kesihatan yg dilakukan untuk masyarakat di luar sana.


Jerayawara Pembestarian Sekolah 2010.
24 April'10

Saya telah pun dijemput utk menghadirkan diri ke program ini di SMK Irsyad dan ternyata program ini begitu penting kepada setiap Para guru dan Waris Pelajar. Mengikut info, Multimedia Super Coridor (MSC) ni telah dilancar pada Ogos 1996 oleh Tun Dr. Mahadhir, kemudian Pak Lah pada 3hb Julai 2004 dan tahun ini Dato' Hishamuddin mula mengambil peranan dlm beberapa agenda utk tingkatkan peranan MSC ke sekolah melalui pengurusan sekolah & Pembudayaan ICT .So dalam langkah utk pembestarian sekolah beberapa langkah-langkah telah diperkenalkan agar semua peringkat masyarakat menyedari dan bersama membantu dlm mengaplikasikan penggunaannya agar lebih lancar.
- www.mscmalaysia.my
Makanya kita sebagai insan yang paling hampir dgn anak-anak kita harus berusaha utk turut serta mempersiapkan diri mereka ke arah pembelajaran yang lebih mantap dgn teknologi yg sedia ada sekarang...

Monday 17 May 2010

Perasaanku


"Katagrafi adalah seni eksperimental, kolaborasi antara kata/aksara/puisi/karya sastra lainnya dengan karya grafis; photo, gambar, animasi, dll."
(Deni Irwansyah)

Hai.....
Ramai yg bertanya..mengapa ya sekarang galak berpuisi dan madah?Aku cuma senyum...
Namun sesekali hati ini jadi hairan.Mengapa aku sekarang?
Aha..inilah dinamakan mainan perasaan..
Bila hati ini kembali keseorangan dan kembali ceria makanya mengalirlah luahan rasa secara spontan dan halus.
Semalam aku di add oleh seorang teman baru dari Indonesia. Aku terus meneliti Facebooknya itu dan mengkagumi teman-temannya lalu aku add seorang yang aku anggap seorang pujangga atau artis atau juga apa-apa. Dia memperkenalkan keindahan puisinya lewat bersama gambar-gambar yang bercerita.
Wah! Indahnya so aku ambil satu dari karyanya dan aku ingin sekali pamirkan disini...Okay kan Pak Deni!
p/s: ..dan oh ya! Kini aku sudah ada blog puisiku
http://adzpoempuisi.blogspot.com

Wednesday 12 May 2010

Sesuatu yang terbuku.

Sungguh...
cahaya itu sirna
menyinari tubuh dan rupa
menjalari segenap sendi
tidak bisa terpana
dek kegelapan datang menerpa
tidak juga goyah
dek taufan ombak melangkah muara
teguh jiwa terpasak doa
rapuh jiwa merungkai dosa
di tengah sesawang kehidupan
ke mana jua arah tujuan
gah maruah dijulang persada
usah berkecai di lautan noda
aduh...
bukan itu perhentian nyata
jauh lagi di ufuk sana
moga perjalanan tiada tambatan
meraih harapan menuju tujuan
sematkan satu kekuatan
patuh pada prinsip awalan
hakikat kejadian fitrah kehidupan
teruskan langkah berderapan
ayuh...

11.30pm -adz
p/s: Kekadang luahan hati berupa puisi dapat menenangkan hati yang gundah gulana ..entah sebab kenapa...kesendirian terasa tiba-tiba.

_________________________________________________
PREVIOUS POST:
http://adziahazizaulia.blogspot.com/2010/03/hari-ini.html#comments

Sunday 9 May 2010

TAZKIRAH

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Saturday 1 May 2010

Pesta Buku Penang.
















Telah 3 hari aku mengulangi pameran pesta buku yang agak berhampiran dengan rumahku. Rasanya masih tidak cukup masa yang aku guna untuk menerokai semuanya. Aduh! Sudah lama aku tidak mengunjungi Pesta Buku seperti ini walaupun tidak berapa besar seperti yang di Kuala Lumpur namun aku bersyukur baru kini merasa di tempat sendiri. Sesekali baby Adlina merengek untuk dibelikan beberapa barang yang dianggapnya sebagai mainan.Namun dia mengerti jika pilihannya tidak aku persetujui. Satu-satu bahagian penempatan buku-buku aku lawati dan tenungi . Semuanya aku damba dan ingin memiliki tetapi aku terpaksa dahului buku-buku anak-anak. Suasana semakin sesak dengan beberapa penambahan pengunjung lagi dari sekumpulan besar pelajar-pelajar beberapa sekolah berdekatan Pulau Pinang. Aku beralah juga setelah membeli beberapa buku latihan dan rujukan untuk anak-anak. Adlina mulai menarik tanganku kerana bosan dan aku mengikut sahaja setelah menghadiahkan satu novel untuk diri sendiri.
Hari kedua aku pergi lagi..Masih luas ruang untuk aku tinjau lagi..
Pada hari Ahad, seperti yang aku janjikan, aku pun membawa Alanna dan Liyya bersama. Nasib baik juga Afiq balik maka sebahagian anak-anak lelakiku yg lain telah aku titipkan padanya . Aku membiarkan mereka memilih buku-buku pilihan dan aku meninjau lagi...Akhirnya setelah beberapa jam memusing dan membeli ala kadar mengikut kemampuan, kami pun pulang .

Saturday 24 April 2010

Kesendirian

Dalam aku kesendirian kadang-kadang kisah lama datang menyulam...betapa aku sudah berubah dari alam r/tangga ke alam biasa semula namun ada juga lainnya...bila suara anak-anak riuh kedengaran datang mengisi ruang udara kamarku. Ajaib jika difikirkan! Anak-anakyang ramai itu entah bila wujudnya kelahiran mereka dan terasa begitu pantasnya masa berlalu..... namun merekalah kini penghiburku.
Juga dlm kendirianku ini meluncurlah bicara-bicara yang sepi menghiris sanubari.......

CETUSAN PERASAAN.
Aduhai...

kekadang hati ini ingin meluahkan segalanya yg terbuku

namun aku bukan seorang penyajak

yg bisa menggarap bicara yg puitis

ada ketika teringin aku menangis
bila mendengar lagu-lagu menceritakan takdirku
terus mengajakku untuk bermadah.
hati yg parah
yg pintar mengayam kesah
kini aku mengerti tidak semua itu ilmu

namun itulah perjalanannya

yg mendidik diri utk tidak lekas percaya....

tidak cepat bermanja...

tidak juga bersandar kepala...

dan jangan tegar menyerah HATI

pada insan yg bergelar LE_ _ _ _

namun aku bukan gadis yg mentah

bisa binasa dek hati yg punah

Ya, aku kini lebih tenaga daya

generasi esuk teguran ku utara
jadikan sejarah satu sempadan
ambil Islam untuk panduan
guna hadith ikuti halaman
paling lengkap menyelimuti kehidupan...

walau semuanya telah berlalu
adakalanya masih menikam jiwa...
bertahun membina sehari petaka
mungkinkah ujian atau apa?
namun aku bukan sempurna

yang bisa tandingi dara syurga

Aduhai...

anak-anak yang mengerti

moga doaku semuanya diberkati

pada Allah jiwa dan raga

ku semat kuat ku pahat erat

rahmat,bimbingan juga perlindungan

mohon semua Allah makbulkan

namunku bukan tokoh wanita beragama
bisa buat yg luar biasa

Hari-hari meniti putaran

namun aku bukannya ilmuan

Bisaku nyata lebih bahgia
bila cinta diserah ke EMPUNYA...
Tiada derita tiada memendam rasa...

kerna KETENANGAN satu kenikmatan jua.


Nukilan aulia_adz

mlm Jumaat 01.25am

Monday 19 April 2010

Sendiri Berbicara....

Hari semakin sibuk kini sehingga aku terlepas pandang blog-blog yang tak di kemaskini...Sebenarnya ada rutin yang telah aku schedulekan tetapi oleh kerana keasyikkanku pada penulisan membuatkan aku tidak dapat menepati jadual sendiri. Menulis ni satu yang unik dan seni yang dapat menenangkan jiwa seperti mana juga bila kita membaca. Telah banyak yang aku tulis dalam setiap persinggahanku namun masih tidak dapat jua aku menghabiskan manuskrip yang terbengkalai.Aduh! Terasa ingin tekun menulis berterusan namun masih ada kerja lain yang menunggu. Ya, aku mengajar beberapa orang pelajar...bidang yang telah sebati dengan diriku. Aku juga menulis dan membaca ...dua lagi hobby yang jadi kegilaanku. Juga terdorong untuk berniaga bagi menambahkan pendapatanku walau hanya beberapa kali seminggu namun permintaannya okay, Alhamdulillah. Seharianku sibuk dirumah dengan kerja rumahku yang dipenghuni oleh 6 orang dan ketika cuti menjelang bertambah menjadi 10.Perhatianku sepenuhnya masih didamba oleh anak bongsuku berumur 3 tahun yang ada ketikanya aku terpaksa menangguh kerjaku bila diminta perhatian dan belaian. Memang manja dan petah sekali menanyakan seribu satu soalan seharian.Wah! Indahnya bila menjadi ibu sepenuh masa...
Dan...kebelakangan ini waktu aku menjadi semakin ketat lagi dengan penglibatanku dalam PIBG sekolah Men yang berdekatan. Aku diamanahkan memegang Biro Akademik yang membuat aku semakin teruja. Beberapa aktiviti akan dirangka untuk mengisi slot tertentu sepanjang tahun 2010 ini. Walaubagaimanapun aku telahpun mengisi ruang mingguan dengan mengajar pelajar-pelajar terpilih bagi subjek B.I di setiap pagi Rabu.
Sesekali bagaikan ingin seorang pembantu yang bisa menjadi teman untuk menguruskan r/tangga dan anak-anakku namun itu hanyalah satu impian. Anak-anak masih tetap tanggungjawabku sebagai ibu dan juga bapa serentak. Aku masih mampu berperanan sebagai parents yang dikehendaki, Alhamdulillah.
Sesekali bila terasa juga tekanannya ,maka akan ku lepaskan dalam penulisan puisiku yang bisa meluahkan segala...di mana penghujungnya pasti membuatkanku tenang dan selesa.

YANG SATU.
Tekanan itu satu angin yang datang dan pergi
terus mengikuti arus gelombang penghidupan ini.
Tiada kesakitan,tiada juga kegelisahan
semua itu mainan perasaan cuma ya...
Boleh... insan yang terpalit boleh
menghindarkan angin ini.
Boleh juga menolaknya
dengan kekuatan dalaman melalui ibadat berterusan ya...
Aduh! Rumit.
Kau khabarkan onak dan duri ranjau perjalanannya.
Kau bentangkan jutaan halangan yang tak bertepi.
Semua menuding jari ke arah ombak yang ganas.
Masih ada dinding tebal menghalang.
Masih juga ada kabus yang melindung pandangan.
Tunggu! Debu dosa tetap membelenggu.
Tunggu apa lagi?
Tekanan itu telah pergi
bersama hembusan nafasmu yang kental dan kukuh.
Semuanya telah pergi
bersama tutur katamu yang ikhlas dan utuh.
Laungan kitab Allah
sungguh agung sekali
bisa sembuhkan segala yang hitam juga kelam
bisa melenyapkan keraguan dan dosa silam
itulah keajaiban
Keagungan Allah, Tuhan yang satu.

Nukilan adz 09.30pm

p/s: Namun akulah yang mengerti ini.

Thursday 25 March 2010

Di Atas Sajadah Cinta Di Atas Sajadah Cinta by Habiburrahman El Shirazy


My rating: 4 of 5 stars
A list of motivated short stories that educate my soul and thoughts towards knowing the goal of life & love in Islamic way .

View all my reviews >>

Sunday 21 March 2010

Berbudi pada tanah,





Okay pada mulanya menjadi satu gurauan aku mengusik adik-adik,anak-anak dan kekawan mengenai kemarukkan mereka bermain Farmville... Ye laah rasa buang masa lihat pepokok yang bukannya tumbuh betul. So aku terfikir satu cara utk membuktikannya dan bukan hanya menegur kosong . Maka sebulan yang lepas aku menambak tanah seluas 2mx2m di halaman rumahku. Tanah merah tu aku minta dari jiran sebelah yang sedang mengorek tanahnya utk dibuat kolam. Sebanyak 10x kereta tolak bersaiz 1meter tanah yg anak aku ambil. Upahnya Rm5 je sekadar belanja laksa dan air.
Selepas itu aku meratakan permukaan tanah dengan 3 kampit kecil tanah organik hitam yang aku beli di kedai hadapan berjumlah RM5. Bila selesai aku menaburkan benih bendi,terung dan tomato (beli RM2 sekampit).
Hari demi hari, pejam celik pokok pun tumbuh namun terung dan tomato tidak menjadi sebab ada ulat yg makan.Sayangnya tak tau kenapa...Selepas 3 minggu bendi mula berbuah 2/3 buah sehari dan seterusnya 7/8 buah seminggu. Hem kini aku puas juga memasak bendi rebus,gulai,taucu dan tumis. Jiran di sebelah.hadapan dan belakang juga turut merasa. Agak-agak dah hampir 50 juga buahnya walau cuma ada 6 pokok je.Alhamdulillah...hem..kan berbudi pada tanah ada balasan dan kepuasan kn..kn...

Saturday 6 March 2010

Hari ini....
bukan semalam.
Hari ini juga tidak akan padam sebelum esuk menjelang.
Juga hari ini...
Ya, bisa tak tentu cuaca dan posisi keadaannya.
Mungkin mendung,hujan lagi atau panas ke petang.
Cuma yang aku tahu...
Selepas hari ini tiada lagi ulangan bagi sketsa semalam....
Bila menyebut namamu
Bergetar hatiku
Kita pernah bicara bersama melalui tinta kitab
Aah...Kapan lagi kita bicara sayang...
Jarak masa terlalu jauh
Bilamana mungkin kita bersua kini.
Namun ada kisah dan cerita
Kuulitkan dalam mimpi anak-anak
Kisah hebatmu ku dendangkan dalam lagu sendu
Kehebatan peribadimu aku kagumi selalu
Layanan kasih sayangmu terhampar di lautan penghidupan
Namun hanya pada sesiapa yang sedar dan mengingatmu ya kasih...
Balasan cintamu hebat
kehangatan kasihmu berpanjangan di setiap abad
Jangkauan doamu berterusan hingga kiamat
Peribadimu yang mulia tidak ada yang mengikat
cuma yang diambil sekerat, untuk memiliki muslimat
Yaa...isteri, mereka lagi mahu empat...
Layanan tidak secebis pun persis dirimu
Ya Muhammad, kau pelayan wanita yang hebat!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Semalam aku memulakan satu perjalanan related to biz dengan menumpang kereta Norzi meredah jalanraya menuju KL ke Pusat Dagangan Phileo Damansara . So terlambat 15 minit dari agenda yang bermula at 2.00pm. Ramai yg hadir, terdiri dari usahawan-usahawan dari Sabah & Serawak, Brunei, Johor, Melaka,Kedah,Penang,Kelantan dan KL.
Okay, pembukaan yang wonderful by Steven hingga berpanjangan ke jam 7.00mlm. Kami berdua teruja untuk mendengar seanjutnya tetapi solat jamak belum lagi.Bergegas kami turun ke basement, ada surau yang lengkap dengan sejadah dan telekung, Yes!Selepas continue dgn solat maghrib dan jamak Isyak, kami makan kat kedai berdekatan,lapar!
Hujan muai turun dan aku semakin lapar. Order nasi berlaukkan gulai ayam dan sayur + air limau. Alhamdulillah...Lepas tu kami ke Jalan Pahang utk berjumpa dua orang prospek.Singgah minum di Restaurant Haslam berhadapan dengan Hospital Tawakkal.Ada lima orang dari group yg sama duk makan juga so kami berdua mencelah memperkenakan diri. Bersapa dan chat for half an hour,kami pun bertolak balik ke Penang. Aku sempat memesan 5 roti canai kerana menjangka sarapan di rumah pastinya.
On the way semua smooth kecuali selepas Tapah ada accident antara lori dan kereta yang menuju arah ke KL.Kecut juga melihatnya kerana kami kan wanita,sensitif dan sentimental and soft ha ha...namun berhati waja...
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah at 5.15am.

Sunday 21 February 2010

Fokus A ,E-Learning

Pendidikan itu infiniti...yakni berterusan. Dari dulu hingga kini selagi kita hidup kita perlukan ilmu dan akan tetap mencari ilmu di mana-mana. Namun yang menjadi tanda tanya ialah kualiti pendidikan yang kita perolehi itu, bagaimana?Cukup?Berkesan?
Ilmu itu luas dan setiap cabang ilmu itu juga merangkumi pelbagai peringkat dan bahagian. Namun untuk mencapai mana-mana satu cabangnya adalah mengikut kemampuan seseorang individu itu sendiri. Seharusnya dalam era yang mencabar ini kita harus ada paragdigma yang jelas. Kita mesti berani meneroka dan mengadaptasi ilmu untuk kegunaan yang semaksimum mungkin.Ibubapa zaman ini perlu peka dengan perkembangan dan pertingkatkan kesedaran agar anak-anak dapat disalurkan kepada pembelajaran yang terkini juga .
Walaubagaimana pun realitinya, bangsa Melayu masih ketinggalan jauh dalam merebut peluang untuk berubah.Masih slow lagi untuk mengenal satu didaktik yang unik.
Yang begitu ketara, apabila semua ibubapa memandang ringan pemakanan minda ini maka terhasil lah generasi yang kurang berpendidikan dan biadap. Malah diluar kawalan dan liar. Dalam waktu dan ketika yang sama, bangsa lain yang perihatin terus maju dan melakukan perubahan. Ternyata kehidupan mereka kini lebih berdisiplin dan berjaya dibanding 10tahun yang lalu.
Apakah kita masih tidak mahu sedar lagi? Apakah kita tidak peka bahawa pendidikan yang berkualiti dapat merubah sikap,disiplin,kerjaya dan minda generasi kita?

E-Learning...
Satu pembelajaran melalui internet yang telah menular dikalangan hampir semua pelajar-pelajar kita. Kebiasaannya apabila ada sesuatu tugasan yang bertembung dengan masa guru mengajar maka pelajar-pelajar ini akan diarahkan ke makmal komputer untuk mengakses e-learning ini. Mereka boleh mengakses pembelajaran ini melalui pelbagai e-learning, samada yang mengenakan bayaran atau tidak seperti portal utusan, tutor.com, i-study, portal pendidikan, skor A, mystar A dan Fokus A.
Di sini ingin saya war-warkan satu portal pendidikan yang paling lengkap dan mempunyai paling banyak servis untuk di tawarkan kepada setiap pengguna. Fokus A adalah satu portal yang di iktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sukatannya juga telah di perkenankan mengikut sukatan Kurikulum Kebangsaan. Malah pembelajarannya bermula dari tahun satu sehingga tingkatan 5 merangkumi semua subjek teras dan pilihan termasuk pendidikan Islam , bahasa Arab, Tamil dan Cina. Ia juga mengandungi soalan-soalan objektif dan subjektif dan dilengkapi dengan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Untuk keterangan lebih lanjut,just click!
http://www.focusanetwork.com/

Your success is our achievement...

Tuesday 9 February 2010

Puisiku.

Teruskan...

Malam ini aku meronda sana sini di serata thread ini
entah apa yang aku cari dan teliti?
Yang pasti aku ditinggalkan bas terkini
so sekarang aku menyusuri pantai ilmu yang tak bertepi...

Hidup ini perlu diteruskan sayang...
walau hati mencari-cari bayangan.
Mengapa aku tidak seperti mereka dan yang yang di sana?
Di dalam jiwa terus tertanya-tanya sampai bila?
Lalu aku teruskan jua
meraih tangan yang menghulurkan pautan.
Dalam langkahku yang masih tertatih-tatih
kini aku sudahpun boleh berjalan.
Renunganku menatap wajah-wajah tersayang.
Tenungan,pandangan dan jelingan mereka
semuanya mesra
dan inilah keluargaku.
Susah senang sama-sama hadapi bersama.
Tawa riang sama-sama melakukan seadanya.
Jerih payah sama-sama berkongsi rasa.
Inilah keindahan dan cerianya dunia.
Mengejar sini dan juga serata buana
kerana hidup ini perlu diteruskan sayang...

-hasil nukilan adz (click ke Scribd)
malam 29th Jan 2010
07.23pm.

Sunday 31 January 2010

Dah lama tak tulis apa-apa dlm blog ni. Bukan dah give-up tapi dek kesibukan aktiviti harian dan melayani karenah anak-anak nk ke sekolah.Dari awal tahun sampai sekarang ada-ada je keinginan serta suruhan guru yg harus dipenuhi.
Apapun kelas tusyen dah bermula dgn kehadiran pelajar baru dan lama. Haa...handouts dan nota perlu dikemaskini gak. Memang sibuk diri ini ke sana sini menyelesaikan nearly everything.Terlalu cepat masa berlalu dan banyak pula halnya.Inilah kehidupan!
Nk cerita lebih-lebih pun rasanya bukan hari ni. nantilah...nk kongsi cerita dg pelbgai aktiviti lagi...tentang links perniagaan yang baru diceburi, dengan satu plan pendidikan dari satu induk yang baru dilancarkan-Fokus A dan satu kerjaya baru! Hem..memang sibuk dan disibukkan!
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai bljr
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembt hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 mls sklh
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami x kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Thursday 7 January 2010

2010- Persekolahan vs guru dan pelajar = Pembelajaran & didikan???

Alahai...dah masuk 2010 ni rasa terlalu cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam beriringan 2009 meniti perjalanan hari-hari yang mendatang. Melepas pandang ke hadapan...ke kiri...ke kanan...begitu jauh kelihatan liku-liku jalanan yang terhampar. Terdiam sebentar aku memikirkan. Kehidupan mesti diteruskan walau seribu rintangan dan cubaan. Hem, bukannya halangan dalam percintaan, (terawang fikiranku sebentar kepada manuskript yang belum disambung) tapi beberapa kekangan yang merintangi perjalanan anak-anakku dalam memenuhi undangan sesi persekolahan yang baru bermula. Sebagai ibu, kalau boleh aku tidak mahu apa-apa pun yang akan datang dan bisa memesongkan penumpuan pelajaran mereka.Tidak mahu bebanan fikiran mereka ditmbah lagi dengan sesuatu yang bukan masanya. Anak-anak sekarang lebih bijak dan prihatin kpd permasalahan keluarga. Apatah lagi dengan persediaan persekolahan step pertama, yang entah menelan berapa ratus ringgit M'sia bagi setiap pelajar dan beberapa ratus lagi pada awal persekolahan yakni step kedua, dengan buku latihan serta buku tambahan + bayaran PIBG + bayaran itu ini utk P&P dan Koku sepanjang tahun. Memang memeningkan utk ibu-ibu seperti aku. Seorang dua anak pun dah mula membebel dan mengeluh panjang, inikan aku..!!!? Sabarje laaah....

Alahai... tadi dua orang anakku tersekat-sekat meminta duit RM13 utk gambar 6keping, RM28 untuk baju dan seluar sukan dan entah berapa lagi untuk pasukan beruniform. Aku kira semuanya RM60+ lagi pembayaran step ketiga bagi seorang anak, dan yang 4 lagi??? Aku faham perasaan anak-anakku, mereka takut aku memberi jawapan yang bertentangan dgn kehendak mereka dll alasan yang bernas. Bagaimana pula agaknya bagi yang agak susah dan susah lagi daripada aku? Aku kira anak-anakku bertuah juga kerana ada aku untuk melayan persiapan awal mereka utk ke sekolah, ada aku untuk memberi ciuman pagi dan t/hari dan ada aku juga mendengar gosip mereka tentang guru-murid serta aduan di awal persekolahan mereka. Ibu ini juga yang akan nanti membebel pendek membetulkan kesalahan dan kerjabuat mereka. Ibu yang ini juga yang akan memberi tusyen dan ceramah memanjang selagi berada di rumah. Yang pasti kasih sayang yang jitu & padu akan membelengu anak-anak dari tindakan yang tersasar serta negatif insyaAllah. Namun selebihnya adalah dugaan & cubaan dari Allah s.w.t. ( Minta dilindungi Allah.)

Pada minggu awal persekolahan banyak berita yang aku kutip dari cakap-cakap para waris dan anak-anak. Tak kira bersekolah di mana namun semua masalahnya sama. Aku mendengar pelajar mengadu pada anak-anakku. Biasalah cerita-cerita antara pelajar dan kekawan bagi meluahkan perasaan... Kesimpulannya, ada guru yang tidak berdiplomasi lagi dengan murid-murid dalam memperkatakan hal-hal peribadi,keluarga dan maruah. Mereka sanggup memperlekeh dan menjatuhkan airmuka pelajar. Dan ada juga yang berani perbuat lebih lagi yakni mengejek ibubapa pelajar yang berkenaan. Ada juga guru yang tidak dapat menahan sabar lagi sehingga mengeluarkan tuduhan dan kata-kata kesat,lucah dan kotor dengan hanya sekali kesalahan, alasannya ialah sedang hot dan temper dgn permasalahan sekolah serta murid di hari pertama...
Ke manakah perginya harga diri dan karisma segelintir guru sekarang? Bagaimanakah konsep amanah dan didikan mereka kepada anak2 pelajar? Di manakah keikhlasan mereka bertamu? Sebagai seorang guru, aku juga dapat merasakan betapa tertekannya jiwa para guru dengan tingkahlaku pelajar era kini. Aku juga benci akan kebiadaban mereka pada ibubapa, guru dan teman. Aku juga juak dengan sikap mereka yang kurang ajar pada guru sekolah mereka. Aku juga geram dengan dendam mereka yang berlarutan pada hukuman dan denda dari pihak sekolah. Aku malu dgn sikap liar mereka di luar masa sekolah. Namun apakah kesudahannya jika pengajaran dan kesabaran tidak bermula dari pihak yang lebih tua dan berpengalaman? Jika teguran demi teguran tidak disertakan bersama kewarasan dalam kebijaksanaan demi merealitikan keberkesanannya. Pihak mana yang akan berubah dahulu? Guru atau pelajar?
Teringat aku pada soalan yang diwarisi turun temurun...siapakah yang lebih dulu wujud? Ayam atau telor? Maka siapakah dulu yang akan beralah dan berkorban demi satu perubahan yang positif?
Alahai...
Bagaimanakah pencapaian mutu pendidikan kita sekarang? Adakah hanya tinggal falsafah sahaja? Cuma gah pada kata-kata sedangkan hakikatnya berlainan sekali.
Untuk bersekolah sebegini yang bakal melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu. Aku mula terfikir lagi...apakah nanti semua lepasan pelajar yang mengalami pelbagai mehnah dalam alam persekolahan ini bakal membawa kejayaan dalam pengisian dunia dan akhirat? Aku mula berfikir lagi jauh dan panjang....