Followers

Friday 26 November 2010

Info untuk penulisan

Pantun n syair termasuk dlm kategori puisi Melayu. Kedua2nya merupakan puisi lama yg berbeza dr segi bentuk seperti perbezaan baris, rangkap, rima akhir n persoalan/objektif setiap jenis puisi tu dicipta.

Pantun - puisi lama yg biasanya terdiri drpd 4 baris dlm tiap2 rangkap (2 baris pertama merupakan pembayang maksud n yg selainnya mengandungi maksud sbnr yg ingin disampaikan)

Syair - karangan bersajak (tiap2 rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya)
Gurindam - bentuk puisi (terdiri drpd 2 baris, berisi dgn pelbagai pengajaran)
Seloka - puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
Mentera - jampi/kata2/ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll)
Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan/riwayat
Nazam - gubahan puisi (spt sajak, syair)

_________________

Restu Bonda

Terkenang....ingin rasanya diulangi...




Wahai anak,
kau akan merantau lagi
kali ini jauh sekali
namun hati ini merelakan
demi mencari ilmu dan pengalaman
but yes,the longing is there and hidden
alas! a smile can make everybody aware
as to make them happy & care
yet there're also things to be forgiven


anak tercinta,
rela aku rela
berpisah lagi sementara
masa itu akan tiba
bila kita bersama lagi sekeluarga
and I will wait for that time dear...

my love,
teringat pertama kali dulu
kemasukanmu pada 2002 ke MRSM Pontian
jauh,terasing dan di situ
hampir bonda menyerah kalah
bila separuh jalan ingin berpatah
matamu yg sayu merenung mengguris luka
kenapa harus aku serahkn jua
biarlah...demi sebuah kejayaan
bukan hanya utk ibu tapi demi nusa bangsa dan masa depan...

Afiq,
pertukaran ke MRSM Transkrian Nibong Tebal
mengundang kedekatan kita
setiap minggu berjumpa seakan gantian sesal dan bebal
kerana sekeluarga tak bersama lamanya
tapi itu juga tak kekal lama
dalam ziarah dan selingan ada selitan peristiwa dan cerita
yang menghiris hati bonda
namun segalanya telah bonda lepasi
moga setenang bonda dapat kau warisi
bila berhadapan dengan difficult situasi

hero keduaku,
teringat jua
2007 ke Kolej Mara Banting tempatmu
landasan yang penuh kesukaran
maafkan bonda, failed to give sepenuh kemudahan
not the way I expected to enlighten you
namun itulah usaha itulah yang daya
pengorbanan yang ingin bonda berikan
cubalah mengerti bahawa bonda pun merasai
kesungguhan dan keperitan bergelumang pelajaran
I salute you for standing straight along the path of misery
keep on ahead son,let them be.

Ketahuilah handsome man,
adanya satu rahsia kejayaan padamu
adanya satu ledakan kepimpinan dirimu
adanya satu keistimewaan padamu
satu tenungan ke wajahmu
bisa menyejukkan rasa
itulah satu anugerah
satu permata
namun jangan lupakan kewajipan
dekatkan diri dgn Allah, Islam dan pautan
simpulkan ikatan,kuatkan iman
gembirakan hati ini wahai anak
dengan janji-janji itu agar bonda bahagia

dengarlah anak,
Persediaan di Penang Medical College satu pengajian
langkah pertama sebelum satu gelaran
serlahkan ia dalam kilatan kejayaan...
restu bonda mendoakn
pulang nanti dengan satu KELEBIHAN...
dan KEJAYAAN...
Ayuh Dr. Raja Muhd. Burhanudeen Afiq.
Teruskan...
genggamkan satu kepastian.
amin.

-adz
sempena keberangkatan Afiq ke Royal College of Surgeon Ireland
pada Ahad 10.00am ,26hb September'10

Sunday 7 November 2010

Manuskrip 'Kerja Sampingan.'


Aku melangkah dengan perasaan berdebar-debar. Maklumlah pertama kali aku menjejak kakiku ke bangunan yang tinggi itu. Temanku menunjukkan arah langkah ku dan aku tersenyum berterima kasih atas kesudiannya menemaniku kali ini.
Setibaku di tingkat 3, aku dipersilakan masuk ke bilik yang dipenuhi dengan hampir 30 orang lelaki. Aduh! Semakin aku malu. Mataku berkeliaran mencari bebayang susuk tubuh wanita yang lain dan akhirnya aku ketemui juga ,di hadapan sekali kelihatan dua orang wanita. Lega...hatiku kembali tenang.
"Sila masuk. Agen baru sila ke hadapan." Tegur seorang lelaki di hadapan sekali sambil menguntum satu senyuman manis. Aku membalasnya spontan tanda ucapan terima kasihku lalu segera mengambil tempat di sebelah kanan sekali.
"Assalammualaikum, dari mana?" Aku sempat memulakan bibit perkenalan.
" Dari Ipoh," Jawab wanita yang bertudung hijau itu dengan perlahan.
Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku.
Hampir sejam penerangan diberi dan aku mencatit dengan serius. Sesungguhnya dunia yang baru ini amat asing sekali bagiku yang belum pernah berada di satu kelompok lelaki yang besar. Selalunya setiap kursus atau seminar yang aku sertai, pasti kaum wanita yang mendominasi ruang dan suasana.
"..ye laah kita tahukan bahawa semua manusia tak kira agama ataupun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian,kesusahan dan juga kemalangan. So apa yang harus mereka buat bagi mengatasi risiko ini? Inilah yang kita cuba beritahu dan menerangkan pada mereka bahawa dengan menyedari keadaan ini haruslah mereka mengambil skim perlindungan yang akan kita tawarkan ini." Panjang lebar Cikgu Adnan menerangkan dan cuba memahamkan kepada semua. Dalam sesi pertama tadi , beliau telah menerangkan asas Takaful dan beberapa pengenalan yang bersangkutan "Makanya skim perlindungan atau insurans yang kita akan tawarkan ini ada banyak manfaatnya dan paling istimewa daripa skim perlindungan yang lain-lainnya. Kenapa? Sebabnya kita dah menang award Islamic Banking and Finance beberapa kali untuk servis kita tuu. So dah mantap dah... "Beliau menambah lagi.
Aku memang dah mengetahuinya dari perbincngan dengan leader beberapa hari yang lalu. Sememangnya aku dah faham bahawa konsep Takaful ni berteraskan kerjasama, tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling bantu membantu di antara pesertanya.Memang Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong pada mereka yang ditimpa musibah seperti dalil dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud,
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".


bersambung...

Teman...




Teman itu sahabat yang ada
kawan yang serasa
pastinya di hadapan nyata
walau jauh, walau dekat
namun di hati kuat tersemat.
Teman...
ikhlas kau menegur
sabar beratur
setia menunggu
dan tepati janjimu.
Wahai teman
maafkan salahku
buangkan marahmu
lontarkan egomu
padamkan dendam itu
Aduhai teman...
sama-sama membina diri
agar kita disenangi
tidak menyakiti
saling menegur diri
itulah keikhlasan abadi.

-adz
6.07pm.

Thursday 4 November 2010

Menghadapi Kesukaran & penyelesaiannya.



'Mengunjungi masjid adalah sesuatu yang paling indah'

Realitinya, adakala hidup ini penuh dengan kesukaran bila ada-ada saja yang kita perlu lakukan bagi menyambung perjalanan penghidupan ini. Malah kadangkala ianya memeningkan,juga kadangkala menyedihkan, seketika ianya merungsingkan,menjemukan,ada juga yang menghiris hati, aaaaargh...dek terguris dalam kelukaan dan memang ada sesekali menimbulkan dendam dan geram ..so apakah penyelesaiannya???

Bagi seseorang yang saya amat kenali.....

Sepanjang mengalami beberapa step dan stages hidupnya sejak dari menjadi anak perempuan yang manja dan biasalah memang suka juga meminta . Ye lah pada siapa lagi kalau tidak pada ayahanda yang tercinta dan setia menurut kemahuan dirinya . Jika cikgu sekolah baru cakap je mesti bawa itu ini...balik rumah nanti terus nak . Syukur juga ayahanda tu faham so ikut lah... Ada juga pada masa-masa tertentu kehendak dirinya tak dapat dipenuhi ...tambahan lg bila bonda masuk campur so merajuk bawah katil le jawabnya....
Namun walaubagaimanapun kepuasannya ada sebab tak siapa kacau dan dapat lihat kemurungan diri. Duk bawah katil pulak relax sambil baca buku dan akhirnya tertidur. Bila terjaga sure perasaan dah OK dah.
Tapi bila happy tuu..menyanyi dan merapu lagu sesuka hati je sambil buat kerja rumah yang disuruh. Yalah..kerja rumah kena buat jugak tak mau nanti bonda berleter marahkan.

Bila meningkat remaja lain pula rentaknya. Tau-taulahkan... bila ada juga beberapa ketika tu rasa sedih sangat bila disalah erti dan ayahbonda pulak buat tanggapan yang bertentangan dengan reality ( dengar cakap abang le tuu..) so apa lagi....mula nak merajuk keluar pergi rumah kawan atau terus baca buku love story....Lega setelah beberapa jam kemudiannya.
Bila ceria apalagi.... lain orang lain caranya. Yang sorang ni....ada masa je terus dia pergi window shopping . Suka tengok apa saja jualan dan membandingkan harga. Namun sesekali sibuk juga dengan usrah, seminar,Tamrin,kursus dan persatuan ABIM bila dah banyak kelapangan. Katanya satu kepuasan juga sebab suka tambah ilmu...

Hem..bila dah kahwin dan berkeluarga, laaagiii..... sibuk . Di awal perkahwinan sering juga menghadiri pengajian disamping sibuk mengajar..kendali anak-anak dan settle kerja-kerja rumah......Memang banyak kerja so tentu rasa penat dan emosi tu ketat je selalu.Pantang suami cari salah..marah dan merajuk....Yelaah.....kadang-kadang sebab yang kecil je...sebab anak,sebab masak tak sama selera dia, tak dengar dan tak perasan..( Tuu fikiran tengah ke lain agaknya..hi hi...suami kata lain, disangka lain.)
Tapi lain pulak layanannya jika bersedih akibat ragam si anak,suami tercinta bawa outing ke pantai...memang dari dulu lagi dia suka tengok cahaya lampu dan pantai.( Maklumle baru duduk berdekatan dengan laut)
Bila berasa kecil hati dan marah dengan suami..sabar..tetap melayan keluarga & suami ( wajah tu kena senyum je depan suami...simpan geram..kan nk jadi isteri solehah so jgn sampai derhaka pada suami) tapi rambut pasti dipotong pendek....baru rasa puas. Sebenarnya suaminya tak kisah pun rambut panjang or pendek tapi entah..lepas geram pada rambut kut hi hi....
'Ciuman dari anak-anak kadangkala menenangkan...'


'Bila geram, ada masanya ingin menyendiri.'


Bila tention masa mengajar pulak ..em..balik nanti mesti dia round-round kat supermarket or mana-mana kedai ...beli sesuatu dan hadiahkan pada diri sendiri... yeah!!!!....happy semula.

Dan kini, tak taulah.Tapi pada diri ini cara terkini menyelesaikan masalah duka dan tention ialah menulis dan menulis........paling puas bila bermadah puisi...emm...tak tau kenapa sebab dulu kat sekolah tak belajar sastera pun, mungkin setelah berumur ni, hati semakin sensitif pulak ...kurang kasih sayang agaknya....ha ha ha......

So, jika ada rasa kemarahan atau apa-apa saja ...jangan luahkan pada orang nanti kena kata dan fitnah. Jangan marah pada suami , berdosa tuu. Jangan lepas kemarahan pada anak-anak,sian perasaan bebudak. Selesaikan dengan bijak agar hidup diteruskan dengan ceria serta senyum selalu...melambatkan proses tua kn...


Namun bukan senang ..adakalanya terlepas gak perasaan ni pada seseorang yg berkebetulan ada di sisi. Seseorang rapat laah..seperti adik kandung,adik ipar,sahabat paling rapat dan er..entah...siapa lagi ya..???
....semuanya memerlukan kesabaran dan kebiasaan..janji cuba praktik dan perbaiki diri. Walauapapun berlaku...3 langkah yang paling menenangkan dikala hati meruntun dalam kesedihan ialah membaca Al-Quran , solat malam dan mengadu pada Allah S.W.T.........ternyata amat berkesan!

-adz



Bicara sendiri

Aku tahu
pelajaran itu perlu
aku juga mahu
mereka berilmu...
biar semua itu
dicari...diambil..dan diburu.

Masa itu emas
berharga walau terlepas
saat dan detik harus dikebas
genggam semuanya walau rimas
disiplinkan diri jangan malas
kerana tiap sesuatu pasti terbatas.

ibu dirumah perlu mengajar
asas si anak untuk belajar
agama dan akhlak harus sejajar
baru dibentuk jadi terpelajar
usah rakus usah terkejar
budaya luar rosakkan pelajar
unsur negatif tak payah mekar
hanya merosakkan generasi yang sedar.

Amanah semua perlu dijaga
lengkapkan ilmu,adab dan agama.
Amanah anak perlu setia
pada ibubapa, guru dan setara
tanggungjawab belajar biar sepenuhnya
usaha dan daya tanpa putus asa
biar harumkan maruah dan nama.

Amanah guru tentu adanya
mendidik bangsa biar berguna
sabar dan ikhlas walau diduga
dengan pelbagai karenah,perangai dan bahasa
satu yang pastinya pelajar semasa
ketandusan kasih sayang dari keluarga
perangai pelik dianggap derhaka
cubalah fahami cubalah meneroka
hati yang bersih fitrah terjaga
cuma luaran yang buat angkara.

Pada ibubapa amanah ini
ingin mengingati diri sendiri
usah berebut harta duniawi
anak sendiri terbiar sendiri
walau dihulur wang berguni
tak sama juga perihatin yang diberi
luang masa luangkan hati
peluklah anak dakap ke sanubari
agar mereka turut merasai
bahawa tuntutan ilmu mereka itu tetap dihargai...

-adz
http://adzpoempuisi.blogspot.com/