Followers

Wednesday 22 December 2010

Bengkel Penulisan Buku Agama.

21hb Disember, aku dengan rasa sgt gembira melangkah kaki ke Institut Aminuddin Baki,Jitra.
Akhirnya dapat juga aku menyertai bengkel ini walau hanya di sesi kedua anjuran Yayasan Nusrah kelolaan Fitriah Mohd Lazim.Difahamkan peserta akan mendapat bimbingan drpd Editor buku agama,Ustaz Zaki Abd Rashid, Pensyarah Kanan UUM, Dr Nadiyah Elias dan pesara guru Maahad Tarbiah Islamiah, harun Zakaria .
Tepat pukul 9.00 am dan kelihatan 6 peserta telah pun sedia mengambil tempat. Terdapat 2 barisan muslimat dan muslimin. Suasana Islamik amatlah terasa dgn kehadiran 3 pelajar wanita dari Derang yg berpurdah.
Dr Nadiyah telah pun membentangkan contoh proposalnya pada hari Sabtu lepas dan aku pun segera meminta utk melihat salinannya dr teman di sebelah. Aku mula mengkaji sambil juga mendengar pembentangan dari peserta yang lain .Malangnya laptopku pulak kehabisan bateri lalu aku segera menulis semula proposal secara manual.
Satu persatu proposal buku di bentangkan oleh para peserta dan aku amat kagum dengan tajuk-tajuk yang diberi, amat baru dan terkini. Komen diberi oleh ahli panel ( tak sangka pun seserius begini..) dan teguran membina diberi utk pengolahan atau tambahan lain. Aku amat teruja sekali dan juga sedikit kesal kerana tidak hadir pada hari pertama bengkel ini.
Akhirnya 4 proposal buku dipilih untuk penerbitan dan diberi 4 bulan utk persediaan manuskrip. Masa break, salah seorang mempelawa laptopnya utk aku gunakan bagi pembentangan ringkas proposalku, lalu aku segera menaip tanpa henti sehingga sesi selanjutnya.
Walau apapun, di akhir perbincangan,sempat juga aku present dan mendapat komen yang membina dari Dr Nadiyah walau tanpa ahli panel yang lain. Mengikut Dr Nadiyah, proposalku harus dipecahkan kpd beberapa manuskrip buku lg mengikut sasaran pembeli dan juga pemilihan tajuk kenalah lebih umph! Bengkel selanjutnya akan diadakan bagi membimbing setiap peserta bagi melatih dan menyediakan setiap peserta ke arah menjadi penulis yang berkualiti sehingga penghujungnya nanti beberapa buku agama dapat diterbitkan atas kerjasama pihak Yayasan Nusrah & pihak penerbitan PTS, insyaallah.