Followers

Monday 14 February 2011

Salam Maulidur Rasul

Sallallah-alaih-Muhammad, Sallallah- alaihi-wassalam.
Selawat dan salam kepada Junjungan kita Muhammad S.A.W. marilah bersama mengingati perjuangan baginda dlm menegakkan teras Islam dijiwa kita serta ketahuilah ihsan kasihsayang Baginda pada umatnya.
So , bagaimana pula tindakan kita, umat Muhammad dlm memperingatinya. Adakah anak-anak kita mengenal dan menghayati kehidupan baginda? Kenalkah mereka siapa itu Siti Aminah? Siti Khadijah? Hasan Husin? Abdul Talib? Sayidina Abu Bakar?
Bagaimana pula kisah dan sejarah pada bulan kelahiran nabi besar kita ini?

Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."



Rabiul Awal adalah bulan mulia dan bulan peringatan kepada banyak perkara di mana setiap muslimin harus tahu.
1- Pada bulan ini juga Nabi saw diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun.
2- HIJRAH adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah . Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama.
3- Peperangan demi peperangan diantara tentera Islam & tentera kuffar berlaku di bulan Rabiulawal iaitu:- Safwan (Badar pertama), Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
4- Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M.
5- Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat,
6- Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
7- Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
8- Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H.

Maka marilah kita mengingatkan diri agar memperkuatkan ibadah dan selalu mencari-cari peristiwa, majlis ilmu dan kebaikan bagi mendekatkan diri dgn Islam sebagai cara hidup yg amat sempurna,