Followers

Sunday 26 June 2011

Bagaimana aku menulis...



Menulis adalah keghairahanku untuk mengisi masa lapangku...Aku minat namun tahun ni mungkin aku terlalu sibuk dalam pengajaranku sehingga tidak dapat meluahkan sepenuh masa kepada penulisanku. Ya..terhenti seketika ....walau hati ini meronta-ronta untuk meneruskan karyaku itu. Aku pasrah!

'Masa berlalu dan aku terus begini. Masih sendiri kerana kenangan lalu masih mencengkam. Walau apapun berlaku ,tidak sekali aku akan menyerah kalah pada kehidupan yang mencabar, Aku masih terus dengan caraku,fikiranku dan kehidupanku.'

Di atas itu adalah satu cara bagaimana aku menggarapkan penulisanku...samada blogs,cerpen,diari kehidupan,puisi & novel. Ya...memang spontan dari apa yang aku keluarkan dari hati dan pemikiran...
Jika aku rasa seronok dan idea mengalir keluar dari kotak minda maka aku akan terus menulis dan menulis. Jika tidak ada makanya aku terus berhenti seketika...

"Woi Ana!" Adlan memanggil dengan keras. Setiap mata yang memandangnya tidak dihiraukan, hatinya semakin panas bila gadis yang dipanggil berjalan selamba meneruskan langkahnya. Huh! Perempuan! Dia menggertus dalam kebencian. Memang perempuan sekarang gedik,biul dan kurang ajar! Adlan bermonolog sendirian. Hati yang panas semakin membara. Tak bolehkah beradab sikit atau menzahirkan sifat-sifat kewanitaan seperti...em...mak aku! gertus Adlan lagi sambil matanya tetap tertumpu pada Ana yang berjalan mendahuluinya ...'

Ha...ni satu lagi cara aku menulis sambil membayangkan satu plot cerita, (didalam mindaku.) persis bagai menonton TV adanya. Jika penulisan ceritanya berhenti bermakna aku dah berhentikan tayangan perjalanan ceritaku itu untuk sementara waktu.

Cara ketiga adalah pemerhatian dan pengamatan dari kehidupan seharianku yang diadaptasikan melalui persekitaran. Tidak kira dimana atau bila namun aku akan merakamkan kedalam buku nota kecilku. Dari situ aku rangkumkan semuanya menjadi satu cerita rekaan yang akan kusambung mengikut masa dan mood.


Okay, rasanya cukup aku berceloteh petang ni...cherio!


-adz
07.05 pm

Monday 20 June 2011

Bercuti atau melancong?



Langkawi...
Kini aku telah tiba setelah umur hampir meniti senja..... Bukan tak sudi menjejak kaki ke sini sebelumnya namun kesibukan seharianku.
Langkawi!
Pulaunya indah dikelilingi oleh 99 lagi buah pulau tentunya. Sepanjang perjalanan meniti jalanan ke satu destinasi dan melepasi beberapa lagi destinasi yang lain, mataku melilau memandang semua...asyik...indah...bagaikan pulang semula ke zaman kecil di kampungku. Ya...Langkawi masih mengekalkan beberapa ciri perkampungan Melayu dengan senibina,ukiran, lokasi dan petempatannya.
Aku terpana..melihat masih ada keindahan asli sebegini.
Aku teruja melihat kehidupan yang lambat laun akan berubah dek limpahan ombak pembangunan. Segalanya mara dengan lekas.Segalanya melanda pantas dan tuntas.Membawa budaya antarabangsa, budaya luar,budaya asing yang anih.
So, harap setiap individu tahu menghargai apa yang terhampar walau pun di mana-mana....

Ketahuilah keindahan itu lahir dari keikhlasan mata yang memandangnya.