Followers

Sunday 18 November 2012

Satu kesedaran

                    Aku sedang asyik dengan kerja aku seperti biasa, menaip kertas kerja,mengemaskini dokument,menyiapkan modul IT dan BI serta mengedit semula beberapa file yg lain. Tiba-tiba perasaan menjadi sayu bagai terpanggil untuk mengingati seseorang..... seorang sahabat sepermainanku semasa kecil,seorang teman yg istimewa,bermain bersama,berkelah sesama keluarga,menziarahi sesama keluarga,seorang yg pernah meluahkan rasa sayangnya padaku namun aku sepi....menafikan kasih sayangku yang jahil utk aku kenali sehingga kini. Dia amat rapat dengan keluargaku dan begitu juga aku sangat rapat dengan keluarganya.
   (sekadar gambar  contoh dari internet.)
 Oleh kerana berjiran maka setiap kenduri kendara di kedua belah pihak, kami akan bersama meraikannya,ketawa dan bergurau bersama saudara -mara sambil dia melakunkan  beberapa tanda untuk aku kenali kasih sayangnya. Umurku yang masih dalam belasan tahun amat naif dan amat benci dengan sikap terhegeh-hegeh lelaki yang memikat perempuan makanya aku cuma mampu mengejek dan menterjemahkan sifat kenaifanku itu.,






         Masa berlalu,kami meningkat dewasa. Dia mula bekerja di kota. Aku meneruskan kehidupanku sebagai pelajar dan tidak menghiraukan beberapa kemahuannya untuk bertemu,untuk membalas suratnya,untuk mengirim sedikit buahtangan sebagai bekalan ketika balik ke kota dan banyak lagi permintaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Semuanya tidak aku penuhi. Aku masih tidak mengerti dan enggan memikirkannya.Akhirnya kami terpisah jauh dek masa,haluan masing-masing dan segala.Sehingga aku mempunyai teman lain...dia mempertikai keikhlasanku utk berteman. Padanya, aku miliknya yang satu.Aku harus setia.Bila itu tidak aku persetujui...dia meninggalkan aku dalam api kemarahan sehingga bertahun-tahun tidak pernah utk datang kerumahku...dia menjauhkan diri ke perantauan...dia mencari teman utk dikahwini dalam tempoh 3 bulan yang singkat. Dia menzahirkan sesalan dengan membuangku jauh dari kehidupannya.Namun setiap kali di hari raya,aku akan melihat kelibatnya bersendirian mengunjungi rumah bondanya....  aku wonder..... kenapa? Mana keluarganya.... namun tiada jawapannya. Cuma yang aku tahu...tidak ada teguran atau pandangan lagi darinya ketika bersua di hari mulia.Apakah dia betul-betul merajuk?!
                     Aku semakin meningkat dewasa dan  menjadi seorang wanita yang amat sibuk namun bila suatu hari aku  kembali serta mendiami semula rumah ayahbonda....dia mula mendekati dan menghulur simpati. Aku bersangka baik tindakannya hanya sekadar brotherly....sayang seorang abang kepada adiknya kerana itu yang aku tahu....perasaanku pun begitu.
         Sejak  itu aku sedari dia  sering balik kampung, kerumah ayahbondanya yg berdekatan dengan rumah keluargaku. Mula bergaul kembali dengan ahli keluargaku.Dia meluahkan perasaannya kepada adikku menyatakan aku  dahulunya  amat disayanginya dan tidak mahu aku bersedih dan sengsara.....dan aku.....aku menghormatinya sebagai seorang suami kepada seorang wanita....dan masih.....aku masih tidak mahu mengerti walau melalui pandangan sepi yang dilemparkannya....walau melalui senyuman yang diukirnya....mesra!
               Ya.kini dia telah pergi menyahut seruan Illahi...pergi tak akan kembali lagi. Dengan hanya satu panggilan talifon dari adikku di pagi itu....Satu berita menyatakan dia telah tiada.... telah pergi....setelah  dua minggu bertarung dengan maut  cuba menepis  penyakit kanser darah yang dialaminya tanpa pengetahuanku.... Sedih aku kerana tidak diberitahu...Sedih aku kerana tidak dapat menziarahinya....tidak  memberikan salam terakhir .....Sedih aku kerana tidak berkesempatan melihatnya dan memohon  kemaafan jika diam aku selama ini melukakan hatinya.
                Aneh! Bila aku pulang ke sana bersama famili,sesekali terselit kesunyian dan sepi bagai kehilangan sesuatu. Kini aku mengerti betapa besar peranan teman sepermainanku itu di dalam kehidupanku yang silam....Bagai menjalani satu hukuman, adakalanya aku pula teringat kisah itu...begini agaknya dia mengingatiku  selama ini.....Mengingati saat-saat manis kami..... kini aku pula mengingati masa-masa lalu  bersamanya ketika berjiran, ketika aku memerlukan teman  bicara,ketika aku memerlukan pasangan bermain , ketika aku ditemaninya,juga ketika waktunya aku bersedih...dia tetap ada...tidak putus  menghubungiku bertanya khabar. Kini aku mengerti persahabatan kami amat membawa erti, kejauhan yg cuba aku ciptakan sebenarnya menghalang aku  untuk lebih mengenalinya. Dia masih mengingatiku....cuba mendekatiku dan  di akhir hayatnya cuba menggapaiku.... cuma aku masih tidak juga mengerti.....satu  message terakhir   darinya  dalam inboxku masih kubaca bertajuk  'Merisik Khabar',dia menasihati aku supaya sering menjenguk ibu di kampung sekaligus bertanyakan khabarku....maafkan aku...kerana masih tidak mengerti sehingga kini....Setelah menjelajahi ingatan lama,bernostalgia...baru aku tersedar betapa dalamnya sayangmu terhadapku, sekali lagi maafkan aku... al-Fatihah utkmu...moga damai di sana....
  • Mohd Xxxxxx
    'merisik khabar'
    Assalam, tiada warkah lagi ke?
    • April 30, 2011
    • Mohd Xxxxxx
      tak balik kg
      • April 30, 2011
      • Mohd Xxxxxx

        ok le tu. kalau dah sibuk. tahniah diatas kejayaan anak aul tu. tentu aul bertambah kurus sebab sibuk ye. makan pun tak lalu.
        • July 28, 2012
        • Mohd Xxxxxx

          Assalam, lama tak dengar berita, sibuk ye
          • July 30, 2012

          Telah pergi pada 10/10/2012 at 10.00 am- Al-Fatihah.