Followers

Thursday 17 December 2009

Awal Muharram 1431


Tahun baru menjelma lagi...
membawa rahmat dan keberkatan.
Bagi yang mengerti ingatkan diri
di malam hari Qiamulail menanti.
Subuh pula ayatul Kursi... dibaca 360 kali
Semoga Allah memberkati akan semua ahli kami.

Hari dah semakin jauh malam..kerja... rasanya banyak lagi belum kubereskan. Ye laah..nk buat kerja rumah dan everything ni, sampai bila pun tak tentu nk habisnya. Lepas satu dan satu..melekakan dan lebih lagi kerjaku melalui internet, laaagii........mengasyikkan. Anak-anakku? Dah diarahkan tidur awal tapi nampaknya ada yang masih terleka dgn cerita DVD yang menarik dan tertarik tuu. Hem..kena dimarahkan sikit la jawabnya. Bukan susah, aku cuma perlu menghentakkan rotan ke meja dan seriuskan muka, dan arah sekali lagi. Yang payahnya bila dalam bilik asyik berbual pulak.Bilik perempuan especially...ada-ada je gossip terkini..hal kawan,jiran,cerita lama dll.
Okay le, nk tidur pulak. Oh ya, aku terlebih gembira ni sebab esok adalah besday aku...Dah berumur ni bila sebut pasal birthday, rasa muda pulak. Rasa nak hadiah,nak...??!!!
Selamat malam...Selamat menyambut maal hijrah..tanamkan azam baru utk berubah ke arah kebaikan dan lebih keimanannya.Amin!

Wednesday 16 December 2009

Satu peringatan semula

Hari tu aku melangkah ke Dewan Millenium untuk memenuhi jemputan pihak zakat untuk menerima sumbangan wang permulaan ke IPT bagi pihak anak. Rasanya agak lambat 15 minit namun aku di tunjukkan ke tempat duduk oleh seorang petugas PUZ. Seorang Ustazah sedang memberi ceramah dan aku mengamati butir bicaranya sambil mengeluarkan pen dan nota yang sentiasa aku bekalkan di dalam beg galasku . Hem..banyak panduan,teguran dan ilmu yang diberi dan mengajak aku mengenangkan kembali kelalaian dan kesilapan aku dalam mendidik anak-anakku selama ini. Pernah pada permulaan hari-hari indah perkahwinanku dulu, aku mendidik keluarga dengan penuh kasihsayang serta disulami dengan keindahan Islam secara grafik yg aku ciptakan kedalam setiap detik,setiap perilaku dan setiap tutur kataku . Namun bila masa berlalu..anak-anak semakin bertambah...masa semakin terhad..aku semakin sibuk dan kealpaan mulai menyapa, banyak juga aku ketinggalan dalam mengasuh anak-anakku. Astaghfirullah-hal-azim...aku semakin lupa untuk menyemak akhlak anak-anak walau sering menegur. Aku lupa untuk memeluk dan mencium anak-anak yang dewasa sebelum tidur...aku asyik menumpukan tumpuan kepada si kecil sejak akhir-akhir ni...dan sejak aku terpisah dengan insan tersayang serta kesendirian dalam meredakan keterlukaan yang masih tersemat. Bila aku menulis beberapa peringatan yang diberi oleh ustazah, hatiku berdetik kesyukuran kerana diberi masa utk hadir dan alhamdulillah mendapat lautan ilmu yg mungkin tak dapat diperolehi dari mana-mana, peringatan sebagai seorang ibu,wanita dan dai. Akhirnya ustazah memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Che' Bi dan setelah beberapa minit berlalu...aku masih lg berterimakasih kepadanya dalam keriuhan ramai menyambut kehadiran Yg di pertua MAIPP.

Nota yang sempat aku catit.
*Siapa yg ada ilmu maka ada rezeki.
*Belajar @ mengaji mesti dapat A dan untuk A- Allah, Ayahibu, Aqidah, Akhlak.
*Bahasa dan percakapan/pertuturan ibu adalah doa utk anak-anak. So ibu kena banyak mendoakan anak-anak.
*Dalam mendidik anak-anak kena ada ketegasan,denda dan pukulan yang bertujuan utk mendidik & bukan kerana nafsu amarah.
*Paling utama! Menegah kepada makan makanan yang haram/tak tentu punca. Makanan ini kelak akan merosakkan hati anak-anak.
*Dalam menyediakan makan, ibu harus banyak berzikir,baca bismillah.selawat dan doa. Ibu sekarang banyak leka dlm beribadat dan kalau nyanyi... asyik bernyanyi nyanyian rock je, so menyumbang kpd pembentukan sifat anak-anak yg degil,keras dan rosak.
*Berusaha cari DUIT.
D-doa anak-anak & ibuayah
U-usaha & berjaya.
I- Istiqomah yakni buat yg Allah suruh dan tinggal yg dilarang.
T- Tabah dlm erti kata sabar dan cekal dlm solat serta mendekatkan diri dgn Allah.

Monday 30 November 2009




Anak-anak serta jiran menjamu selera di malam Jamuan Raya bersama di Taman perumahan kami. Em...tak tau aku nak pilih yg mana ?Banyak juga makanan yang terhidang hasil dari kerjasama semua.Tu yang terhidang pelbagai juadah tuuu... so apa yang penting...? Kerjasama!Okay, di samping mee kari,ada juga yang menyediakan sate,rendang + ketupat, nasi impit,kek,nasi tomato,rojak buah,puding warna,dadih,pelbagai kueh raya dan air minuman. Malam yang ceria tu semua kelihatan berpuas hati dan balik ke rumah pun senang hati mengenangkan , makanan dapat,hadiah bertuah pun dapat,menjamu mata pun dapat...anak lelaki aku membisik perlahan.


Ni haa....perkakas dan bahan-bahan untuk buat mee kari. Berpeluh juga membelinya di market bersama anak perempuanku. Yelah..penuh kedua belah tangan katakan...
Okay rasa nk kongsi pula cara membuatnya.
Mee Kari rempah.
  • Bahan-bahannya.(untuk 6 hidangan.)
  • Rempah 1 packet,cabai giling 6 sudu makan,cabai hidup, bahan tumisan iaitu bawang putih,bawang merah,halia dan bahan tumisan soup.Fish cake& fish ball,meat ball, serai 5 btg,kerang 1 kilo,taufu,bawang goreng,ayam dan air rebusan tulang lembu. Mee 1 bungkus,tauge,dua biji telor rebus. dan 6 btg kacang panjang.Garam+ gula secukup rasa.
  • Caranya:-Tumis kesemua bahan tumisan dan masuk rempah + cabai giling.Setelah pecah minyak masukkan air rebusan tulang,daging ayam yg telah dicarik-carik halus serta serai yang dititik.Biarkan beberapa minit kemudian tambahkan fish cake,fishball,kerang dan taufu goreng.Setelah masak tuangkan keatas semangkuk mee,tauge dan sedikit rebusan kacang panjang yang telah dipotong potong.Taburkan dengan bawang goreng,1/4 telur rebus dan cili potong.

Dah pun berakhir hari raya so macam biasa, hari-hari yang kita lalui pun berjalan dlm rutin yg sama.Apa yang kita dapat pengajaran dari perayaan yang telah kita rayakan ini?
Alahai...terlalu banyak. Bagi diri ini terasa berlambak-lambak le ilmu serta kesan yang didapati. Baik untuk diri sendiri dan anak-anak. So sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah lebih bijak dan tegas dalam membentuk acuan seterusnya.InsyaAllah ya.

Sunday 15 November 2009

Hati Berbicara

Aduhai...
...kekadang hati ini ingin meluahkan segalanya yg terbuku
namun aku bukan seorang penyajak
yg bisa menggarap bicara yg puitis No1

....ada ketika teringin aku menangis
bila mendengar lagu-lagu menceritakan takdirku
terus mengajakku untuk bermadah...
menghiburkan hati yg parah
namun aku bukan pujangga
yg pintar mengayam kesah

....kini aku mengerti tidak semua itu ilmu
namun itulah perjalanannya Yes
yg mendidik diri utk tidak lekas percaya....
tidak cepat bermanja...
tidak juga bersandar kepala...
dan jangan tegar menyerah HATI
pada insan yg bergelar LE_ _ _ _
namun aku bukan gadis yg mentah
bisa binasa dek hati yg punah
Ya, aku kini lebih tenaga daya
generasi esuk teguran ku utara
jadikan sejarah satu sempadan
ambil Islam untuk panduan
guna hadith ikuti halaman
paling lengkap menyelimuti kehidupan...

walau semuanya telah berlalu
adakalanya masih menikam jiwa...
bertahun membina sehari petaka
mungkinkah ujian atau apa?
namun aku bukan sempurna
yang bisa tandingi dara syurga

Aduhai...
anak-anak yang mengerti
moga doaku semuanya diberkati
pada Allah jiwa dan raga
ku semat kuat ku pahat erat
rahmat,bimbingan juga perlindungan
mohon semua Allah makbulkan
namunku bukan tokoh wanita beragama
bisa buat yg luar biasa

Hari-hari meniti putaran
usia mula memanjat senja
apa pula harus kusandarkan
setitis amalan selaut permintaan
terlalu kerdil diriku kini
bisakah menadah harapan
namun aku bukannya ilmuan
pantas bercerita menanam bakti

Bisaku nyata lebih bahgia
bila cinta diserah ke EMPUNYA...
Tiada derita tiada memendam rasa...
kerna KETENANGAN satu kenikmatan jua. Wink


Nukilan aulia_adz
mlm Jumaat 01.25am

p/s: hasil tulisan penulis di ruang Puisi di al-fikrah.net

Thursday 12 November 2009

Al-Fikrah.Net

Apa?
al-fikrah.net
Ramai yg masih tak kenal lagi website ni...Ya, saya juga pada mulanya masih tak pernah tau dan tak ada dalam pengetahuan saya pun. Alright lah...saya masih new blogger bermula pun May 2009 hi hi...dah kira terlambat tuu.
Bila baru jadi blogger,biasalah agaknya setiap blogger baru duk asyik mencari-cari teman dan kekawan,saya pun selepas setiap kali kelas duk sekejap lawati beberapa website pendidikan dan subjects atas kesedaran nk up grade cara pengajaran & pembelajaran.Maka bertemulah saya dengan al-fikrah.net
Saya pun asyik membaca dan click sana-sini dan daftar atas nama aulia9 sempena tahun 2009 bermulanya saya masuk AFN.Sebulan lepas tu baru saya perasan bahawa aulia9 pun ada similarnya bila log in dlm internet.Pelbagai nama dan title yg keluar so sekarang saya dalam percubaan nk tukar nama yg sama dgn nama open Url saya, aulia_adz.
Lepas tu masuk pula forum demi forum dan berbalas-balas pertanyaan dan kenyataan.Memang syok habis...lagipun kena dgn bidang saya kalau bincang bab agama,keluarga,hal ehwal muslimah & penulisan.
Kenapa teringat nk tulis tentang al-fikrah.net?
Kenapa ya..? Tiba-tiba je semasa nk tulis post baru terus terlintas nama ni,hemm...ada kut hikmahnya di malam Jumaat yg mulia ni. InsyaAllah harap yg baik-baik belaka ya,amin.
Walaubagaimanapun saya masih tak dapat log in hari-hari secara consistent kerana pelbagai cabangan tugasan lain juga meruntun kehadiran saya. Begitu pun,saya rasa terhibur,puas dan best bila membaca dan mengikuti thread atau post or forum yg mana saya ketinggalan er..'ditinggal bas', pinjam perkataan popular ni dari ruang muslimah.
Tak kisah lah kalau saya menambah atau membuat kesinambungannya kerana ternyata ada beberapa post yang dah berbulan ditinggalkan, lalu saya usik kembali dan akhirnya forum tu berlangsung gak beberapa thread lagi.
Bila dah biasa ,saya pun mula buka tajuk forum saya yang pertama berkenaan dgn aurat wanita dalam forum Muslimah.Alhamdulillah pelbagai permasalahan,kebuntuan dan topik terkini yg relevan dgn tajuk ni dapat diperbincangkan disini.Kemudian saya melangkah lagi menulis sambungan novel ,cerpen dan sajak nukilan sendiri.Terasa kepuasan kerana ada juga pengunjung.
Ingin juga saya kisahkan lagi betapa perihatinnya kakitangan warga AFN kerana pernah dengan ikhlasnya membantu.Sampai juga seorang wakil kerumah saya membuat pantauan dan bermulanya satu ukhwah kekeluargaan.Harap jika ada yang lalu nanti ,sudilah kiranya menjenguk kesini.Tetamu itu bukankah patut disanjungi, tambahan lagi saya di perantauan ini,kadang-kadang ada juga tersemat sunyi.
Okay le,diharap AFN terus mendapat sokongan utk semua golongan mencari panduan dan pengetahuan,juga sembang-sembang pelbagai teman.

Ya, secebis kisah ku warnakan jua.Luahan rasa penyedap jiwa.Masa mula mengorak suasana...dahpun mula menenggelam minda,merangkak jua menutupi mata.
Jumaat 02.00am

Thursday 22 October 2009

Cerpen cetusan Jihad.

Selangkah menghulurkan kaki...tangan dan hati...
selaut hati tersentuh indah
jiwa dan raga menggapai sepi dibuai irama nan syahdu
zikir dan Quran menari seiringan dengan bisikan cinta
meniti alunan abstrak yang tinggi serta terpuji
alam menjadi penonton, manusia menjadi pelakon
yang insaf dan mengerti
tetapkan terus melangkah tanpa henti
mencari keredaan Illahi
itu yang pasti...


Amalina membiarkan fikirannya relax sebentar dengan membayangkan beberapa bait puisi nukilannya semalam. Entah bagaimana dia semakin teruja dengan puisi itu. Nukilan yang trhasil setelah dia meletakkan kepala di bantal...bait yang tercipta dek perasaan yang masih menghambakn diri pada yg Esa pada semalam yg aman. Aah...sebaiknya aku berzikir menamatkan penantian ini,ujarnya di dalam hati.

Mata hitam Amalina yang dipagari cermin mata kecil mengintai di celah furdah hitam labuh. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan matanya mencari. Hampir setengah jam berlalu dan akhirnya dia lega bila Salma muncul di hadapannya.
"Sorry ye" Salma memohon dengan perlahan. Dia tahu sahabatnya ini begitu lembut jiwanya. Silap sikit nanti merajuk pula. Sejak pertama kali brtemu sahabatnya ini, Salma sudah tertarik dengan pakaian dan tingkahnya. Ish kalau ada abang, dah lama aku rapatkan.Salma trsenyum sendirian memikirkan fikirannya yang melalut jauh ke belakang dua tahun yang lalu.
"Okay, baru 45 minit je saya tunggu ni. Nak merajuk,dah hampir nak balik ni." Ujar Amalina memberitahu. Dia terasa marah juga kerana Salma tidak menghargai masa. Sebagai rakan sebilik, mereka telah berjanji untuk sama-sama menepati janji dan menghormati masa tapi, buat juga.Kalau ikut hati di sini juga ingin dia menegur kesalahan Salma itu namun ramai orang sekeliling dan terpaksa dipendamkan saja.
"Kak Long, si Hafiz tu nak keputusan esok. Dia nak jawapan tu dipercepatkan. Dia bagitau kat saya selepas mesyuarat AJK tadi." Salma meluahkan pesanan yang dibawanya bagai seorang cikgu pula.Dari perkataannya itu, taulah Amalina bahawa Hafiz memang bersungguh-sungguh. Walau apapun alasan yang akan diberi nanti pasti semuanya tidak mungkin berkesan. Amalina bingung seketika. Bagaimana mahu mencari jalan keluar dari semua ini. Bukan senang untuk menerangkan bahawa bukan ketika dan saatnya untuk dia melangkah ke alam perkahwinan se awal begini. Bagaimana dengan keluarganya nanti? Pengajiannya di UIA ini pun kak Ima yang tanggung. Amalina memandang Salma. Pandangan yang dilemparkan membayangkan seribu persoalan. Apakah yang harus dilakukan?

Balik ke dorm, Amalina menghempaskan badannya ke tilam. Dia mendepangkan tangan dan mengingati balik perbualannya dengan Salma tadi. Kali ini fikirannya relax sikit dan tidak lagi berserabut.
Aah...apapun aku mesti selesaikan pengajianku dulu.Ini satu amanah. Namun apakah daya penarik yg aku ada sehingga Hafiz berani melamarku. Rasanya tidak ada reaksi yg menunjukkan aku meminatinya.
Amalina mencapai sesuatu di laci meja berdekatan.Satu surat biru diambil dan dibaca.
"Saudari Amalina, maaf surat di kirim tanpa permit. telah lama saya memendam rasa dan rasanya tidak salah saya bercerita di sini. tujuan saya hanya satu, ingin melamar saudari sebagai suri hidup saya. Jangan fikirkan lg persediaan dan langkah lain yg bersangkut dgn soal ini. Cuma berikan saya jawapan, setuju atau tidak? -Ikhlas, Hafiz."

Ringkas dan jelas maksudnya tapi... Perasaan Amalina masih keliru berbaur dgn kesangsian, dia teringatkan pertemuan mereka yg pertama pada 3 bulan yg lepas.


Pada suatu pagi yang suram ,Amalina sedang mempercepatkan langkahnya ke dewan besar bersebelahan penginapannya. Sesekali dia mendongakkan wajahnya ke atas, hari semakin mendung menandakan sekejap lagi hujan akan turun. Amalina terasa dingin sekali bila angin sejuk yang bertiup kencang menampar tubuhnya. Beberapa meter lagi arah destinasinya. Amalina mula terasa beberapa butir air hujan menitis menimpanya. Aduh, hujan sudah turun. Kenapa dia tidak peka tadi dan membawa payung.Betapa resahnya dia memandang kehadapan dan terperangkap dengan keadaan. Jubahnya kali ini agak nipis menutupi sepasang baju kurung bewarna hijau lembut. Tudungnya mulai basah dan hujan semakin lebat. Amalina membelok ke arah bangunan yang kini telah berada di hadapannya. Langkah dilajukan lagi dan dalam ketergesaannya melangkah longkang, Amalina hampir tejatuh kerana simin yang dipijaknya licin. Tangannya terasa sakit dipegang oleh satu tangan yang sasa tiba-tiba.Amalina terkejut dan memandang ke sisi. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang memegang tangannya. Hati mulai berdebar ketakutan. Apakah maksudnya ini? Amalina berdiri kaget.
"Assalammualaikum saudari, maafkan saya." Dia pantas melepaskan pegangan. Matanya tajam memandang gadis di hadapannya. Siapakah dia? Matanya begitu bulat bundar dan amat cantik di sebalik hijabnya yang basah. Sekilas dia seakan nampak keikhlasan dan ketenangan wajah disebalik hijab itu lagi. Tidak ada tindak balas dari gadis itu yang masih lagi berdiri merenungi tangannya yang bertautan. Apakah yang difikirkannya lagi? Hafiz rasa bersalah jika pegangannya tadi agak kasar. Dia terpanggil untuk memberi keterangan.
"Saya Hafiz.Saya nampak saudari sejak dari tadi dan ...dan saya ingin memberi payung namun tak sempat bila saya turun tadi. Er..saudari hampir jatuh lalu saya..." Hafiz tidak dapat menghabiskan ayatnya bila tiba-tiba angin kuat menyelak hijab Amalina dan terselak satu wajah yang ayu membuatkan hafiz terpana. Cantiknya dia!
Amalina dengan segera membetulkan letak hijab di wajahnya dan sambil melangkah pergi sempat dia menyuarakan rasa terima kasihnya. Hujan semakin lebat dan Amalina terus melangkah ke arah kumpulan usrahnya di dalam dewan dan yang telahpun memulakan agendanya ketika ini. Fikirannya kosong,tidak mahu menganalisa perasaannya yang sedang bergolak kencang, dia tidak mahu memikirkannya. Siapakah lelaki itu yang berani datang untuk menghulurkan bantuan atau apakah ada maksud yang tersembunyi? Amalina terus meminggirkan apa yang ada di fikirannya. Tubuhnya bergetar kesejukan atau adakah dia ketakutan?


Malam itu, Amalina bertafakur seketika di sejadah.Fikirannya melayang kepada peristiwa tadi. Mungkinkah aku harus bertindak? Mengapa getaran di hatiku tiada hentinya? Apakah aku sudah bertemu jodohku? Aah..bertalu-talu soalan menerjah mindanya. Beban...beban...beban rasanya. Aku datang ke sini untuk belajar, bukan untuk mencari suami, kata-kata yang sering didengarinya dari mulut teman-temannya kini menjadi perkataannya pula. Aduh! Bingungnya.
Amalina lalu berzikir dan berdoa untuk beberapa minit sebelum bangkit dan menyimpan telekungnya. Dia berasa gelisah kerana tidak dapat melupakan insiden tadi. Dia berasa bersalah kerana membiarkan dirinya disentuh secara terpakasa atau..sudah dirancang. Astaaaaaghfirullah-hal-azim.., tak baik aku menuduh begitu, dia bermonolog sendirian.
Amalina mengambil nota-nota dan buku rujukan lalu cuba fokus dan membuat satu pengamatan dan rumusan. Dia terpaksa menetapkan pemikirannya bagi memberi tumpuan kepada pembelajarannya itu. Sesekali terlari juga kotak mindanya mengingati lagi namun dapat diatasinya.

Pagi esok seperti biasa kuliah didatanginya dan dalam kesibukan mencari tempat tiba-tiba pandangannya jatuh ke atas satu wajah yang sedang menganggu ketenangan jiwanya. Amalina segera melarikan wajahnya merenungi barisan tempat duduk yang berdekatan. Dia segera mengambil tempat sebelum kakinya menjadi lemah untuk berjalan. Apakah ini satu petanda hatiku dicuri?


Selesai kuliah,Amalina segera beredar tanpa menunggu temannya yg lain. Dia cuba melarikan diri dari satu perasaan yang asing sekali. Hatinya masih bertanya-tanya apakah perasaan berdebar ini menjadi kepunyaan sesiapa?Apakah perasaan ini mula memendam rasa? Mengapa terlintas di fikirannya akan peristiwa itu? Siapa dia?
Amalina terasa bersalah untuk memikirkan lelaki itu namun itulah hakikat naluri seorang remaja. Perasaan seorang wanita yg terganggu dek kehadiran lelaki yang menyentuhi tangannya, mengintai wajahnya dan menerokai hatinya. Inikah cinta?

Serba salah dirinya diuji sebegini rupa. Pelajaranku disini menjadi terganggu, amanah yang dipikulnya terlalu berat dirasakan olehnya sekarang. Dulu kakaknya, Ima telah memberi amaran akan beberapa halangan yang trpaksa ditempuhi semasa menuntut ilmu sejauh ini namun hanya satu gurauan saja baginya. Susah apa, belajar je. Nak berjaya pasti aku belajar bersungguh-sungguh nanti haa..ini baru sikit dugaan dah menonong je. Kuat semangat laah..hati didalamnya mula menegur.
Tanpa disedari kaki melangkah ke cafetaria U. Perut pun mulai terasa memulas minta diisi. Amalina terus melangkah untuk memilih makanan yang disediakan. Memang banyak juadah utk dipilih dan Amalina segera meminta nasi dan menyedok dua jenis lauk serta gulai sembilang lalu mencari tempat utk menjamah. Hari ini aku tidak menghiraukan sesiapa. Yang penting badanku segar dan bertenaga untuk belajar.Sambil makan dia melayan fikirannya dan tersenyum malu sendiri mengenangkan hampir-hampir dia berada di dalam pelukan lelaki itu. Ah..nasib baik aku!
Telah hampir habis makanan di pinggannya maka Amalina mengangkat wajahnya yg masih tersenyum itu ke arah padang yg terbentang luas dan alangkah terperanjatnya bila pandangannya jatuh ke wajah yang menjadi gangguan menungannya tadi. Tersentak hatinya dan segera tangannya mengenakan kembali cadur di muka. Aduh, telah ditatapinya pula wajahku kini. Bila pula Hafiz melalui kawasan ini atau aku diekori?Hati Amalina merintih sepi dengan pertanyaan yang sering menghinggapi minda. Perlahan Amalina mengangkat badannya dan menuju ke arah singki berdekatan serta membasuh tangan. Dia kembali ke tempat duduk untuk menghabiskan minuman. Straw disuakan kebawah purdah dan sedutan demi sedutan telah menghabiskan minuman. Amalina berasa menggigil bagai baru ditiup bayu sejuk bila kedengarannya lelaki itu berdehem berkali-kali bagai memberi isyarat kepadanya untuk melihat. Amalina terus membantu di situ.
"Assalammualaikum saudari." Hafiz memberi salam dan berdiri di hadapan Amalina yang telah spontan menundukkan kepalanya.
Orang telah memberi salam wajiblah aku menjawab,"Waalaikummussalam." Tak berani aku mengangkat mukaku.
"So sorry jika perkara haritu masih tidak dapat dimaafkan. Harap saudari Amalina tidak menganggap yg lain. Saya mohon ribuan maaf ya."
Aku menganggukkan kepala saja, masih malu untuk memandang. Kedengaran dia menapak kembali ke belakang. Aku berdiam diri untuk beberapa minit lagi sebelum bangun menuju ke bangunan siswi.

Disini, aku tersedar dari lamunanku...3 bulan berlalu kejadian itu. Masa begitu pantas dan aku masih belum lagi memberi jawapan untuk membalas pertanyaan dari Salma tadi.
Hafiz, maafkan aku, kerana aku masih mahu bersendirian dalam mengejar cita-citaku. Cetusan jihad yang kau mulakan belum dinoktahkan lagi. Aku tetap diriku...

Malam itu selepas solat Tahajud, Amalina menatap kembali sajaknya dan menambah beberapa baris lagi.

Selangkah menghulurkan kaki...tangan dan hati...
selaut hati tersentuh indah
jiwa dan raga menggapai sepi dibuai irama nan syahdu
zikir dan Quran menari seiringan dengan bisikan cinta
meniti alunan abstrak yang tinggi serta terpuji
alam menjadi penonton, manusia menjadi pelakon
yang insaf dan mengerti
tetapkan terus melangkah tanpa henti
mencari keredaan Illahi
jihad bertandang dan pergi
itu yang pasti...
Namun mengertilah cetusan jihad pasti datang lagi
tatkala semuanya telah bersedia
entah bila lama atau sejam cuma
alam menjadi penonton, manusia menjadi pelakon
yang insaf dan mengerti
tetapkan terus melangkah tanpa henti
mencari penamat yang hakiki...
itu yang pasti... -adz


-end-





Thursday 15 October 2009

Satu pengisian...






Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan





Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:

* Sampaikan ilmu ini kepada orang-orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya orang-orang yg kamu pilih itu telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Thursday 8 October 2009

Jangan lupa Puasa 6 dlm bulan Syawal.

Oh ya, sibuk dengan kisah open house sana sini trlupa nk bicara tentang Puasa 6. Bukan apa tapi tak pergi ziarah pun dengar cerita makanan yg dihidangkn pun dah syok.Anak-anak pun kalut pi bila kawan-kawan buat makan-makan maklumlah mood raya masih ada.

Tetapi apapun paling utama amalan selepas Raya ni adalah berpuasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal.

1. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai hari raya kedua dan seterusnya.

2. Sebahagian ulama mutakhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dikerjakan secara berselang-seli atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Sama ada pada minggu pertama, kedua, ketiga atau minggu terakhir bulan Syawal.Namun berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai hari raya kedua, adalah lebih afdal.

3.Boleh juga dilakukan bila-bilapun dlm bulan Syawal asalkan cukup 6 hari.

p/s: Dalam pada itu adalah lebih baik jika terhutang puasa Ramadhan tu, langsaikn dulu hutang puasa selepas tu baru tambahkn dgn puasa 6 supaya memperolehi pahala semaksimum yg mungkin.

Fadilat puasa enam telah disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a. yang bermaksud:“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, (puasanya pada bulan Ramadan dan enam hari pada bulan Syawal itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadis riwayat Muslim)

hadis riwayat Tsauban r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):“Berpuasa sebulan (pada bulan Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (pada bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genaplah setahun.”

(Hadis riwayat ad-Darimi)

Semoga yang belum mengerjakan puasa 6 tu boleh le cepat rebut peluang keemasan ni selagi masih ada.Ruginya jika kita lengahkn sebab nanti trlepas . Untuk peringatan diri sendiri juga. Walaubagaimanapun anak-anak juga digalakkan menggantikan puasa mereka dlm bulan ni. Ganti 3 hari ditambah lg 3 hari maka lengkap juga puasa 6 mereka dan walau di tahap manapun pahalanya, yang penting latihan serta didikan.


Sketsa kehidupan di malam Raya.

Takbir Raya berkumandang di kaca tv, seraut wajah sayu terus mengadap skrin tanpa menoleh. Matanya yang bundar mengerlipkan kelopak mata lalu mengalirkan airmata sedih. Anak-anak di sisi bagaikan mengerti apa yang dideritai sang ibu di malam yang mulia itu.
Namun ada yang masih sangsi serta inginkan kepastian lalu bahu ibu di pegang," mak...jangan sedih,esok raya." Entah apa yang ingin diperkatakan lagi tetapi terbuku ketika merenung posisi ibu yang terlalu dalam maknanya.
Mengapa kesedihan ini yang datang setiap kali takbir bergema, mengapa bayangan cerita yang lalu datang mengganggu di malam yang gemilang ini. Mungkinkah akan hilang segala kenangan itu bila segalanya berubah dan berganti?
Tiba-tiba sang ibu tersedar dari kesedihannya lalu memberikan senyuman yang selalu dihiaskan demi anak-anak.Dia menoleh ke arah anak-anak yang masih bergantung hidup dengannya. Setiap satu wajah mereka di jelajahinya dengan penuh kasih sayang lalu di depang kedua belah tangannya yang masih kuat, tangan yang memberi seribu satu makna kepada sekelian anak-anaknya, badan mereka didakap mesra dalam pelukan yang lama dan penuh harapan...
"Biasalah bila dengar takbirkan...bulan puasa dah pergi dan entah dapat ke kita rasa lagi." Sebaris ayat dihamburkan demi menyedapkan perasaan tetapi yang hakikinya dia terasa kehilangan dan masih terasa akan kehilangan itu...semuanya datang bagai taufan merampas semua kebahagiaan yang baru mula menapak dan berbuah .
Namun hancurnya penantian ini tak setanding dengan kehancuran mangsa bencana nun jauh di sana.... Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan Maha mengetahui apa di sebalik takdir dan apa yang telah pun terjadi.
Laillahailla anta, subhanaka inni, kuntu minazzolimin...

Saturday 26 September 2009

Balik Kampong...

Alahai tahun ni balik beraya di Kampong bermula raya kedua.Raya pertama di rumah sahaja bersama anak-anak namun dua lagi transit dulu di Kuala Kangsar dalam perjalanan balik dari kolej.Sebagai seorang ibu,gembira tetap gembira bila lihat anak-anak berderet bersiap dengan baju raya masing-masing,yang lelaki dengan baju melayu siap bersampin,perempuan pula dengan baju kurung sepasang, namun hati kecil terguris sayu bila terkenang kami tak berkumpul sama.Wajah-wajah ceria mereka bertambah lebar bila aku menghulurkan duit raya, walau tak seberapa tetapi aku puas dapat memberi kepada anak-anakku.Dalam kesibukan bersalaman dan menjamu selera selepas balik dari solat sunat raya, terlupa nak posing bergambar.Ruginya tak menjadikan suasana ini satu kenangan.Pertama kali beraya di rumah bersama anak-anak dan tetamu pula bertali arus dalam pelbagai peringkat umur, memang ceria dan riuh.Kesibukan menyediakan minuman dan mengisi balang kuih menjadi satu kebanggaan kepadaku kerana dapat merayakan seperi juga orang lain.Kenangan mengimbau seketika...Segera aku terkenang ibu yang baru aku hubungi seawal pagi tadi.Yelaah...ibu bersedih juga aku tidak dapat beraya di hari pertama namun janjiku untuk datang hari kedua membuatkan dia ceria semula.
Raya kedua aku menaiki bas bersama 6 orang anak sementara seorang lagi akan menyusul petang nanti selepas membereskan assignment di internet katanya.Seperti biasa perhentian bas Butterworth sibuk dan sesak dengan orang ramai.Alhamdulillah dapat bas ke Kemunting dan selepas sejam dalam perjalanan,kami sampai dan terus menyewa teksi ke Kuala Kangsar.Bukan tak ada bas tapi aku mahu anak-anakku selesa dalam kesesakan dan kepadatan manusia di jalanan, selepas 45 minit kemudian kami selamat sampai di hadapan rumah opah mereka.Aku telah tunaikan janjiku.
Raya keempat, aku mengikuti rombongan keluarga berkereta menziarahi mak saudara di Gerik.Kira puas juga aku mengatur langkah menziarahi kakak dan jiran yang rapat dengan arwah ayah,rindu-dendamku kepada ayahanda tercinta dan ingatan yang teramat sangat kini terubat sedikit bila diterjemahkan dalam bualan dan cerita bersama-sama.
Bonda yang ikut serta kadang-kadang tersenyum riang menokok tambah lagi pengalaman dan kisah.Di rumah mak saudaraku itu aku sempat membuat semula tangkapan gambar pada photo-photo yang berada dalam album lamanya.Beberapa keping gambar yang tidak pernah aku lihat dulu dapat aku rakamkan untuk tontonan generasiku nanti.Pertama kali aku meihat gambar datuk di mana sebelum ini cuma dikenali sebagai datuk Hussin sahaja.Wah..gambar orang-orang dulu memang unik dan klasik.Aku tenggelam dalam menikmati aroma tahun lima puluhan...

Sunday 6 September 2009

Hari-hari Ramadhan yang mula berakhir...

Setiap tetamu yg berkunjung pasti akan pulang jua, begitu juga dgn Ramadhan , sebagai tetamu yg mulia , ia membawa rezeki dan rahmat. Cuma orang yang tertentu dapat merasai betapa berkesannya kunjungan Ramadhan dalam kehidupannya, walau setahun hanya muncul sekali...
Ramadhan juga dikenali sebagai bulan bersedekah. Bulan yang dinantikan oleh golongan yg kurang mampu dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka. Tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat sekelilingnya.
Namun alangkah bahagianya golongan ini jika manusia faham apa ertinya permulaan dalam bulan Ramadhan, tiada akhirnya walaupun Ramadhan telah berlalu. Setiap tindakan dan aktiviti ibadah di bulan ini akan berterusan dalam penghidupan seterusnya yakni sampai ke penghujung hayat, maka pasti ada yang bergembira menerima sedekah dan ingatan dari yang mampu.Pasti ada juga yg berbahagia dengan pemberian dan hadiah dari golongan berada dan kaya. Juga akan ada rumah-rumah anak yatim yang sentiasa ceria dengan sorak riang anak-anak menerima sumbangan tanpa putusnya.Apakah ini harus dijadikan semusim cuma? Perlukah ini hanya berlaku sekali setahun?Kiranya dilakukan selalu ,walau bertatih dahulu dah tentunya berlaku, 'berdikit-dikit lama-lama membukit', 'hari-hari selalunya menjadi' & amalan yg sekalipun sikit dan berterusan amat disukai Allah swt.

Saturday 5 September 2009

SEKADAR MENGINGATi PADA YG MASIH LUPA..


Dosa itu datang tanpa disedari

menerpa,menyelak, membuang yg biasa

rasa seronok menyelimuti diri

lupa dunia lupa semua

dada mengembang bahu membidang

jalan menegak wajah mendongak

sombong...angkuh...memakai sifat yang Esa

bukan mengukur pada diri yg kerdil

tidak juga faham badan yang ditakdir

tiada kuasa juga tiada daya

punah dan binasa baru terasa

untuk apa?

sudah terlambat

jika dunia diputar semula

dosa itu juga yg kau lumuri

perangai manusia adat terbiasa

bukankah kini Islam kembali asing...

tidak sama tidak juga serupa

begitu anggun dan indah peribahasa

di tengah tamaddun yg kembali ke asal lama

terindah wajah cerah dek wudu' menghias rupa

siapa?

Mana?

Masihkah ada????

Saturday 29 August 2009

Tazkirah Solat Terawih.

Aku melangkah cepat bersama Liyya menuju surau At Taqwa.Azan Isyak dah berkumandangan dan kami berdua terus melangkah laju. Ramai juga walaupun cuma memenuhi 4 saf pendek dalam ruang muslimat yg berukuran 20'x 30'.Terharu aku melihat betapa ramai pengunjung yang agak lebih berumur dariku masih bertenaga melakukan solat ini. Semalam aku solat di masjid dimana ramai golongan muda dan remaja memenuhi ruang solat, berbeza sikit dari surau kebiasaannya.
Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah isi tazkirah yang disampaikan...meresap betul dalam hati. Imam menjelaskan bahawa 10malam terawal adalah malam rahmat maka rebutlah.Sedangkan solat wajib menjadi 70x ganda maka solat sunat pun berganda juga,maka kenapa tidak ramai yang menyayangi dan mengasihi diri serta menyesali kerana terlepas dalam memiliki rahmat Allah ini.Beliau menyebut juga golongan manusia yg ditunggu oleh syurga.
  1. yang membaca banyak Al-quran.
  2. yang memberi makanan pada yang memerlukan.
  3. yang selalu menjaga lidahnya dan hanya berkata yang baik-baik sahaja.
  4. yang berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Moga kita semua dirahmati Allah swt sepanjang Ramadhan yg mulia ni.

Monday 24 August 2009

Ada yg lupa niat puasa?

Berniatlah dengan betul.

Ya Marhaban Ya Ramadhan

Bekal Ramadhan (click me)
Selamat menyambut bulan mulia dan semoga semua bersedia untuk mengorbankan kelapangan serta tenaga dalam melebihkan masa untuk beribadah kepada Allah. Memang pada mulanya rasa susah untuk membiasakan diri mengutamakan masa beribadah dan mendahuluinya daripada yang lain namun akan menjadi kebiasaan dengan izin Allah. Sebagai manusia kita tidak lepas dengan tugasan harian tetapi itu hanyalah rutin kehidupan manakala ibadah di bulan Ramadhan ini adalah satu pengabdian yang akan mendapat limpahan kali ganda ganjaran dari Allah. Sebulan dalam setahun! Siapakah manusia yang bijak untuk merebutnya? Jangan kita menjadi manusia yang rugi, alpa dan suka menzalimi diri sendiri dgn berkata, "aduhai..terlepas nk solat Terawih mlm ni...@ Aku lupa nk kunci jam utk solat tahajud tadi..@Tak sempat nk solat Duha pagi ni..@Lupa nk keluar duit lebih utk sedekah bulan ni..@Ingat nk bagi beberapa keperluan berupa makanan,telekung,kain pelikat dan sejadah kat rumah anak yatim tuu...eh tak jadi pulak @ makanan lebih betul malam ni,lupa nk bagi kat jiran-jiran kita ptg tadi @ Membazir je makanan tu,kan baik aku bersedekah pada jiran malam tadi @Beli lebih makanan dari keperluan tadi,sekarang dah membazir pulak." Semoga kita tidak berda dlm golongan orang-orang yang rugi...terlepas peluang untuk merebut ganjaran di bulan mulia ini.Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan mempertingkatkan keimanan kita...amin.
Apa yg dibenarkan ketika berpuasa?
a. Mandi agar dingin dan segar
b. Berkumur-kumur – dan istinsyaq sekedarnya
c. Bekam atau canduk
Dari Ibnu Abbas r.a. ia bersabda, “Nabi saw. pernah berbekam di saat beliau berpuasa.” (Shahih: Shahih Abu Daud no: 2079, dan ‘Aunul Ma’bud IV: 174 no: 1939, ‘Aunul Ma’bud VI:498 no:2355, Tirmidzi II: 137 no:772 dengan tambahan, “WA HUWA MUHRIM dan dia sedang berihram’).

d. Mencium dan bermesraan dengan isteri bagi yang mampu mengendalikan nafsunya
e. Memasuki waktu shubuh dalam keadaan junub
Dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. bahwa Rasulullah saw. pernah mendapati waktu shubuh dalam keadaan junub karena selesai berhubungan dengan isterinya, kemudian Beliau mandi junub, lantas berpuasa”. (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari IV: 143 no:1926, Muslim IV: 779 no:1109, ‘Aunul Ma’bud VII:14 no:2371 dan Tirmidzi II:139 no:776).

f. Menyambung puasa sampai tiba waktu sahur
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kamu menyambung puasa; barang siapa diantara kalian yang ingin menyampung puasa, maka sambunglah puasanya sampai tiba waktu sahur, “Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, namun Engkau (sendiri) mengerjakan puasa wishal?! Jawab Beliau, “Aku tidak sama seperti kalian; sesungguhnya saya tidur malam, sedangkan saya ada pemberi makan yang memberiku makan dan pemberi minum yang memberiku minum.” (Shahih : Fathul Bari IV:208 no:1967, dan ‘Aunul Ma’bud VI: 487 no:2344).

g. Membersihkan mulut dengan menggunakan siwak, memakai wangi-wangian, minyak rambut, celak mata, obat tetes, dan suntikan.


Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm.403 -- 405.

Friday 14 August 2009

DESTINASI


Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semalam, aku begitu sabar menunggu cuaca bertukar rupa,hujan turun bertali arus sejak dari Penang lg.Hujan rahmat tentunya.
Semalam.....bermula dr pagi.... aku mengemas rumah,membereskan beberapa bakul pakaian yg belum dimesin.Sarapan senang je...cuma roti bakar, butter dan jam.Anak-anak selepas subuh tadi ada yg pergi sekolah,main game,berbasikal dan habiskan kerja sekolah. Rasa sedih juga nak tinggal mereka ni tapi yelaah... tujuan nk ke KL bukannya saje-saje tapi afiq nk graduate terima Diploma IB kat dewan Sri Hendon,Putrajaya.
Selepas itu aku berkemas beberapa pakaian yg nk dibawa,selepas konvo terus balik tentunya.Kemudian aku arah beberapa tindakan yg perlu anak-anak lakukan dan meminta mereka menjaga satu sama lain terutama baby Adlina,3 tahun yg petah brcakap, yg sibuk menghuru-harakan rumah dgn permainannya,rajin belajar di meja menulis dan mencatit huruf-huruf yg berupa cacing dan garisan.Aah ketika aku menaip post ni pun hatiku tercuit rindu pada ank-anakku semua,rindu utk bersama mereka walau dalam apa keadaan pun.
Afiq ketika ini sedang melengkapkan borang dan beberapa dokumen dr MARA. Kami berada di rumah KakMira di Cheras,jauh dari mereka saat ini.
Semalam......pukul 11.30 am kami berdua menunggu bas ke Jeti untuk menuju ke Kemuting.Alhamdulillah dpat bas dan tiba di Kemunting jam 4.00 pm. Selepas adikku menjemput, kami pun bertolak ke KL sesudah aku selesai solat jamak di rumahnya.
Sampai di KL, hujan masih renyai dan malangnya adikku pula kurang penglihatannya di waktu malam lalu kami berpusing-pusing hampir 2 jam keluar masuk tol Sungai Balak kerana tersilap masuk simpang.
Akhirnya sampai juga.... dan sekarang aku dah beberapa kali stop menaip sebab phone anak2.
Apapun schedule perlu diteruskan,hari ini aku mesti cari CD pendidikan di Low Yat @ sg Wang Plaza utk kelas latih tubi hujung tahun nanti. Beberapa aktiviti telah aku rancang dalam meningkatkan service kelas tusyen AdZ Basic Educare. Tentunya sekarang ni persaingan terlalu sengit dan memang ada beberapa anak didikku dan pelajar baru yang berhenti tapi lately ada juga yg datang kembali. Yang paling menggembirakan bila ada beberapa pelajar yang baru mendaftar minggu lepas adalah adik kepada bekas pelajar aku semasa aku mengajar di Sek Rendah Islam Pintar dulu. Walaupun agak jauh tapi ibubapa mereka masih yakin dengan pengajaranku dan memberi kepercayaan utk membimbing anak2 mereka.
Selamat berusaha utk peperiksaan dan ujian yang akan menjelang.

Tuesday 11 August 2009

Sketsa Penghidupan 2.

Kelihatan sepasang suami isteri meronda beberapa kali di hadapan rumahku.Aku gelisah, kenapa mereka begitu?Si suami nampak tanjak kepimpinannya memakai lebai putih dan isterinya memakai furdah kelabu hitam. Aku mula terkenang... nun beberapa tahun yang lalu...diawal tahun perkahwinanku.
Ya ketika itu aku dan suami telah memulakan kehidupan berumahtangga tanpa meminta bantuan dari sesiapa. Amat bahagia sekali walau seribu satu rintangan... Aku terima seadanya dan tidak pandai meminta-minta.
Baru setahun bersama,aku mengandungkan anak yang pertama dan suami tiba -tiba sakit. Kakinya membengkak dan susah utk bergerak. Sebagai isteri aku tetap setia memapahnya kemana sahaja hala tujunya di rumah.Kandungan semakin membesar dan simpanan semakin habis.
"Bagaimana kita ni sayang...?" Suami tiba-tiba bersuara di satu malam yang sepi. Aku cuma mampu memandangnya dengan penuh kasih sayang takut untuk bersuara atau memberi komen,takut untuk melukakan hatinya yang telah pun parah dgn perasaan bersalah.
"Yang...abang minta maaf ya." Sepatah lagi ungkapan darinya.Aku semakin teruja dan tanpa sedar tanganku mengusap perut yang semakin memboyot. Bayi mulai menendang meminta dibelai dgn suapan makanan ke mulutku. Akhirnya aku menyuarakan kelaparan yang dirasai takut memudaratkan bayi dlm kandungan.
"Maaf ya bang...terasa lapar sangat ni...susu baru je habis tadi dan er... takut kesan pada baby." Suami tunduk sedih dan aku semakin pilu dan sayu dengan menahan perasaan sebak. Dengan perlahan dia memberitahu baru sahaja menerima panggilan diberhentikan kerja kerana telah sebulan tidak bertugas. Semuanya aku terima dengan reda.
Setelah hampir dua hari tanpa makanan, aku semakin lemah dan suami menguatkan diri untuk membawa motor dengan aku pemboncengnya, kami meronda sekeliling taman mengintai rumah teman secara tidak langsung berharap dapat menolong tanpa memberitahu sebab dan alasan.
Memang telah menjadi rezeki kami berdua bila kami didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali namun mengenaliku.
Allah itu maha mendengar rintihan hambanya yg kelaparan, alhamdulillah akhirnya kami menemui jalan penyelesaian. Aku diminta oleh seorang pengusaha tadika agar dapat menolong mengajar dua orang guru tadika yang baru bekerja di premis tadika yang juga baru beroperasi dan dibayar elaun bulanan.
Itulah bermulanya pertolongan aku yang pertama terhadap suami tercinta dan aku bahagia dapat menghilangkan kegusaran dan gerhana di wajahnya. Dan aku juga bahagia dapat mengajar semula walaupun hanya sementara kerana sebagai guru, aku cintakan tugasku dan sumbanganku terhadap pelajar-pelajar, moga ianya tidak akan berhenti.
Ya..setelah 22 tahun berlalu aku masih lagi menyumbangkan tenaga dan usahaku untuk mengajar anak-anakku,pelajar-pelajar sekolah dan beberapa orang dewasa, bezanya kali ini aku menggunakan teknik yang paling terkini iaitu komputer, projektor dan beberapa softwares.Namun aku puas dapat mendidik dan mengajar demi memperluaskan ilmu dan meneruskan satu perjuangan yang murni, InsyaAllah.

Saturday 8 August 2009

Sketsa Penghidupan 1.

Malam semakin larut, aku masih menunggu kelibat suami tersayang, masih tak pulang lagi. Mataku menjeling anak yang sedang tidur enak di katilnya dan berdekatan dgn katilku. Em...syahdunya dia beradu. Tidurnya lena sekali. Aku memandang cadar katil yg baru dan indah itu...memang aku cukup menjagai tempat tidur agar tidak tercemar dengan bau hamis kencing anak . Tidak mahu menganggu suasana malam kami suami isteri. lalu terasing anak dari pangkuan dan lenganku sebaik saja habis penyusuan. Aku rela dan redha demi suami.
Aku memandang lagi jam dan handset bersilih ganti. kemana suamiku? Mata semakin berat namun aku khuatir tidurku akan nyenyak dan tidak akan mendengar panggilan suamiku. Rela aku demi suami.
setelah beberapa jam berlalu,hatiku semakin rawan menunggu dan terus menunggu...Akhirnya aku terbaring keletihan kerana menguruskan kerja rumah seharian dan terlelap melepaskan satu penantian lama yang baru bermula...

H1N1 Bala atau Bencana?



Penyakit menyerang lagi. Lepas satu... satu pelbagai penyakit datang dan pergi.Kesannya meluas dan ramai dah jadi mangsa. Jadi nak buat apa?
Dah memang tahu...penyakit tu dtg bukan tanpa sebab, kita renungi semula bagaimana peradaban manusia zaman sekarang; terlalu nakal? lupa diri? Gadai agama?Biadap pada agama,bangsa dan negara?Lupus kemanusiaan sesama sendiri?Berdosa dgn noda dan jenayah yang berleluasa? Semuanya ada...
Bala penyakit yang melanda adalah sebagai satu peringatan untuk semua...

Kebiasaannya setiap malam, aku akan membaca berita di internet, mencari berita H1N1 yg terkini. Mencari langkah berjaga-jaga dan praktik di rumah.
Baru-baru ni anak keempat,Nazirul balik dari MRSM TGB Melaka utk meraikan kejayan PMRnya di Transkrian, namun terpaksa menghabiskan masanya beberapa hari lg kerana kolejnya telah di kuarantin selama seminggu. Kemudian aku mendapat berita 4org doktor mati di Melaka,serta beberapa pesakit lg menyusul di berlainan tempat di M'sia.
Aduh.takut juga!
Khamis lepas aku mendapat panggilan dari anak yg kelima, utk membawanya ke klinik kerana sakit kepala.(yelaah...pagi nk pi sekolah tu kena air hujan).
So, tanpa berlengah aku pergi dan kami ke hospital berdekatan. Namun cuma kes emergensi saja yg diterima dan kami diarahkan utk pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan pula.
Aku dan anak pergi ke kaunter saringan dan alhamdulillah anak cuma out-patient saja dan duduk di ruangan menunggu utk pemeriksaan.

Aku gelisah melihat ramainya pelajar sekolah dan org awam yg lain memakai mask dan menunggu di kawasan saringan H1N1. Batuk dan pernafasan yang terganggu kedengaran merata-rata. Aku segera ke kaunter pertanyaan utk bertanyakan mask namun kehabisan stok, Aku segera berlalu memasuki ruang pesakit biasa di dalam bangunan klinik itu.
Apa yang aku perhatikan di dalam amat menyedihkan...kelihatan beberapa orang baby yg baru lahir dan pesakit tua mendapat rawatan mereka di situ juga cuma berlainan blok saja.
Hati mula bertanya...mengapa saringan ke atas pesakit yg disyaki H1N1 tidak di jlnkn di hospital tadi? Mengapa harus baby dan org tua didedahkan dgn ruang udara yg tercemar?
Selepas pemeriksaan, aku dan anak terus pulang. Hari Jumaat, sek men akhirnya terpaksa bercuti seminggu...semoga semuanya akan pulih semula .
Kesimpulannya,semua manusia harus menitikberatkan kebersihan dan pemakanan. Siapa yg nk sakit kn..

Saturday 1 August 2009

Susu Badan Vs Susu Formula.

Assalammualaikum, Kali ini saya ingin menjawab kepada persoalan yg sering diajukn kpd saya, semua jawapan adalah berdasarkan dari apa yg saya alami sendiri . Anak menyusu badan ke? Ya, Semua ank saya mnyusu badan.Pengalaman pertama menyusu bayi, sebaik baru lahir saja saya menyuakan nipple ke mulut baby setelah dibasuh bersih dgn air suam. Ada baby yg terus sahaja secara instinc menghisap walaupun sikit.(kita kena usaha utk menolak nipple kedlm mulut sikit demi sikit) Memang meletihkan kerana kita kekurangan tenaga utk meriba baby dan sebelah tangan lagi nak pegang nenen tp itulah kasih sayang ibu pada anaknya! Kena bersabar sikit walau hampir kebas.tapi kalau dah lama nanti maka tau sendiri nak selesakan posisi. Ada anak yg tak tau nk buka mulut so ibu kena bukakan mulutnya dan rangsangkan dagunya perlahan-lahan sambil tu berbual dgn panggilan sayang, sweety... anak mak manja.." ni susu..minum sayang...sian kat mama, tolong mama ye..lepas ni kita tidur sama-sama" Anak surely mendengar jika kita dah pernah sembang semasa mengandung ( p/s: sepatutnya kita bicara amalan semasa mengandung dulu ye tak..?) Sebenarnya ada ikatan dah terjalin, orang kata naluri ibu dan anak...ibu tenang dan anak pun akan rasa tenang. Lepas tuu memang saya dan anak selalunya akan tidur lena dan lama tp jaga-jaga posisi kena betul takut nenen menutup hidung anak, ibu kena mengereng sikit dan jgn tepi katil sgt. Jgn lupa pesan pada nurse kalau dah lena letak baby dlm baby-cot. Okay, balik pada tajuk..hi..hi..rasa macam session mengajar pulak... bertahan dulu sampai baby dah menghisap dgn cara dia (guna lidah)..memang rasa sakit cikit je sebab susu kta dah mula bengkak tapi lama kelamaan seronok dan bangga. Apa perbezaan yang ketara antara menyusu badan dan susu formula? Banyak bezanya, salah satu darinya ialah susu ibu ni boleh kita bagi pd baby bila bila masa saja tak kira masa dan tempat. Susu formula pula kena mengikut aturan masa dan sukatan. Terlebih susu bahaya juga dan kurang susu pun tak baik juga sebab baby lapar,nangis,masuk angin dan tak selesa kemudian kita rasa panic dan terganggu- tak cukup rehat dan temper...akhirnya baby jadi mangsa! Paling bahaya jika botol dan puting nya kotor dan berdaki, cuci tak bersih. Menyusu badan ada juga kelemahannya. Tambah pula bila ibu asyik suka makan apa sahaja. Pemakanan ibu ada effect kat baby so kena banyak sabar je.. Susu ibu boleh juga diperah dan disimpan. Pengalaman saya menggunakan beberapa alat pam- semua tak berkesan walau setiap kali lahir baby, saya akan cuba brand lain pulak kerana teringin nk cuba. ( dah feel org mengandung kn..nk shopping so semua rasa nak beli ikut keinginan dan nak minta & manja dgn hubby..) Akhirnya guna tangan juga, Teknik saya, kesemua 4 jari dibawah nipple sambil ibu jari menekan dan menggosok , Waktunya di sebelah malam dan tgh hari selepas makan ( ibu kena makan banyak dan minum susu formula..ibu kena minum susu, tak pe...asalkan anak tidak.) Berapa lama susu badan boleh disimpan dalam fridge? Susu ibu boleh disimpan juga dalam peti ais dan boleh bertahan 3 bulan (tempat sejuk beku) tapi kena asing guna banyak botol sebab 1. susu yg telah kita guna tak boleh disimpan balik walau tak habis. 2. susu sudah trsedia sukat dan bila time menyusu, kita rendamkan sahaja botolnya dalam bekas air panas. Apakah kesan jangka masa panjang pada anak? Banyak kesannya, dari pengamatan saya terhadap anak-anak sendiri... Secara ringkasnya, ketahanan badan mereka lebih kental dan pemikiran lebih cerdas. Bagaimana kalau ibu yang sudah berumur, cth 40 +?Alahai...soalan yg menggali ni..ha..ha.. bila isteri mengandung proses dlm badan of course akn bermula utk menyediakn diri kita menjadi mom. So tak de apa salah dgn umur ye tak. Cuma kita kena amalkan cara utk banyakkan air susu cth, dgn urut selepas bersalin, minum banyak air mineral, rangsangkn selalu nipple dgn lidah baby @ kerap susukn baby. Permulaan memang keluar cecair kuning tp teruskan menyusu... jgn buang. Selagi ada susu di badan, kuantiti bnyak pula....boleh teruskan menyusu anak, Rasulullah s.a.w pun disusui oleh ibu susunya. Lebih baik cari ibu susu dari cari susu formula... ( maaf, bukan menyindir sesiapa tp sekadar luahkn pendapat) Pengalaman saya selama mendidik anak2, ya..memang ternyata berbeza semuanya. Saya sering melihat ibu2 yg memberi susu formula kpd anaknya dan dari itu saya dpt lihat perbezaannya. Kesimpulannya, kita terus melngkah ke hadapan dengan amanah kita dulu..bila counter masalah berusaha dan berserah. Sebab tu digalakkan isteri selalu solat tahajud, membaca Al-Quran dan solat duha utk membina kekuatan diri dan menerima kurniaan Allah dalam keadaan yg sebaik mungkin Insyaallah.

Tuesday 21 July 2009

Diari Pengajian

Sedang berkemas buku-buku catitan lama yg masih dlm simpanan,tiba-tiba terlihat buku kesayangan ketika pengajian beberapa tahun lama....dulu...segera tangan menyambar dan menyelak satu persatu..rindunya hari-hari yang indah itu, zaman yg tak mudah dikecapi semula, zaman muda meniti ruang agama dan menyelami sedalamnya sehingga ada masanya terus terfana...waktu itu aku begitu rajin mengunjung rumah ibadah yg mengadakan pengajian, tak kira mlm dan siang, kakiku akan melangkah bersama kumpulan yg satu tujuan.
Aku menyelak lagi helaian demi helaian..seakan barisan ayat-ayat itu menarik aku kembali ke tahun itu... Seakan terngiang ditelinga aku mendengr kuliah dari Ust.Ghazali Hasbullah berkenaan dgn '7 wasiat'. Penaku menari pantas mencatat di buku...
Wasiat 1.- org yg banyk bercakap-nescaya tid.timbul kesedaran hatinya.- tid mahu mengaji.-tid mahu Islam keseluruhan.
wasiat 2.-org yg banyk makan jgn diharap katanya memberi hikmah.
(sedangkn org yg berlapar insyaAllah doanya dimakbulkn).
wasiat 3.-org yg suka bergaul dgn manusia suka brsosial maka tid akn merasa ibadah yg manis.
(sedangkn dlm majlis ilmu,iman dpt dipertingkatkn,kelazatan iman boleh dirasai.)
wasiat 4.-org yg cintakn dunia tk dpt ucap 2 kalimah syahadah.
wasiat 5.- org yg jahil agama maka tidak akn hidup hatinya.
wasiat 6.- org yg plih kawan dr golongan yg zalim maka agamanya tid lurus.
wasiat 7.- org yg hanya cari keredaan manusia maka tid dpt keredaan Allah.

Monday 13 July 2009

Satu peringatan bersama..

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday 11 July 2009

Muliakan Rejab & Sya'ban

Hari ni 18 Rejab,dan tak lama lg bulan Sya'ban akan menjelma.Sebelum terlambat marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan mencari rahmatnya. Sabda Nabi s.a.w “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”

Sesungguhnya kita hanya manusia dan tidak boleh lari dari sifat lalai dan pelupa. Namun Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Marilah kita bersedia secukupnya utk menyambut bulan Sya'ban

Semoga ilmu yg sedikit ini akan membantu semua.




Hujan rahmat

Hem...dua tiga hari ni asyik hujan sana -sini. Rungutan manusia biasalah...
semua tak pernah puas dan cukup. Yang pasti tak lama lagi kita akan menyambut puasa, bulan yang mulia. hujan ni mengingatkan saya pada masa kecik-kecik dulu....semasa nk sambut puasa. macam-macam kisah terbayang...dan hati tiba-tiba sayu mengingatkan arwah bapa tersayang.....Al-Fatihah utk Hj Abdul Aziz Hj Md Zain

Tuesday 30 June 2009

Kualiti penjagaan


Pagi tadi,sedang aku memandikan anak bongsuku Adlina, terasa naluri keibuanku tersentuh... betapa kasih sayang ibu dapat dieratkan dgn sentuhan dan belaian ini...juga penjagaan seharian. Rengekan dan tawa riang Adlina sewaktu aku meletakkan shampoo serta baby bath menghiburkan jiwaku...Buih-buih sabun memenuhi besin mandian, Adlina semakin hingar dan aku tetap senang...ia mengingatkan aku kepada anak2 ku yg lain..semakin dewasa semakin kurang sentuhan dan belaianku, Kenapa harus begitu? Tanpa kusedari airmata menitis...terkenangkan cepatnya masa berlalu meninggalkan kenangan sewaktu aku mengandung,melahir,menyusu, menjaga dan bersabar sehingga kini...dan mereka tetap anakku! Cuma kualiti penjagaanku yg berkurangan...Bukan aku salahkan keadaan...tidak juga kesibukan seharian...peranan dan tanggungjawab yg bertambah? Pun bukan...hanya aku yang terleka dan lupa...

Tengahari ... aku menghidangkan makanan di atas meja, dgn menu yang agak ringkas; masak taucu ikan,sambal tempe +takwa+ikan bilis, ulam kobis dan sambal belacan..
Dua anakku, ke7 dan ke8 yg bersekolah rendah makan tergesa2 kerana ada 'tasmid' pukul 11.30 a.m sebelum kelas dimulakan sedang aku pula melayan Adlina makan. Pada 2 p.m , anakku yg ke 5 dan 6 kembali dari sekolah setelah kelas tambahan dan bising kelaparan lalu makan. Seterusnya 2 lagi menyusul. Aku terkilan kerana dlm kesibukan belajar, ank2 tidak dpt makan bersamaku. Samada aku sibuk dgn kerja rumah yg berterusan @ masa trluang yang semakin singkat. Aku berjanji akan melakukan perubahan utk menjadi teman makan anak2ku di rumah. Anak2ku yg di asrama...pasti brteman dgn rakan2. Namun sebagai 'mama', mereka tidak aku lupakan.

Malam, dalam keletihan aku mengintai tidur mereka di bilik yg berasingan...

Monday 29 June 2009

Pelajaran

Perbualan antara 2 pelajar sekolah menengah
G:Susahle nk study sekarang ni. Banyak nak baca dan hapal,uuh..leceh.

B:Cool le, susah apanya! Banyak benda yg mudahkn kita belajar; ada internet, boleh kita online je kalau nk maklumat. Ada buku rujukan berlambak kat pasaran..cikgu pun buat kelas tmbahan & tution kn...

G:Ye laah tapi sekarang banyak subjek.

B: Tahun depan terhad pada 10 je...alright le.

G: Belajar bukan depends pada bilangan subjek, kalau malas cmne?

B: Hem....kahwin je...senang cerita.

Persoalannya: Umur sekarang, belajar susah ke atau jaga suami/anak lg tention ?
So, nak belajar...belajarlah bersungguh-sungguh kerana ianya satu amanah!

Sunday 28 June 2009

Bersosial..? Biar berpada-pada.

Hari ni hari ahad. Hari utk mama berehat kn....itu yg saya selalu warwar kn pada ank2 saya. Hari ni terlalu banyak agenda peribadi...nk baca buku, nk pergi main bowling.. nk ronda-ronda kat medan rekreasi dgn ank2 ( 2 aktiviti ni selalu tak berkesempatan masuk list ) dan window shopping..ye laah sikit lg nk raya so kena mulai budget nak beli..banyak benda! yg penting sekali baju raya ank2. Satu kemestian walau pn dlm apa keadaan pun. Anak2 masih tak faham kenapa mereka perlu brkorban kebahgiaan yg satu ni...walau ibubapa tidak mampu mengadakannya .

Remaja sekarang terlalu puas berhibur..cinema,pesta, theme park kat shopping complex, mesin permainan,cyber cafe,camping,swimming pool, bowling dll. So... mula nk cari benda lain yg lebih seronok dan terlupa akibatnya! Hati-hati ye..fikir sebelum bertindak!

Terbayangkan hari-hari ketika masih kanak-kanak dulu...terlalu manja dan demanding pada ayah..maafkan saya ayah, kalau dulu fikiran saya lebih dewasa dr umur agaknya mungkin lain tindakan saya .. nostalgia!

Selalunya saya yg lebih manja dari abang dan 3 adik lelaki dari lima siblings yg awal.Waktu tuu selalu gak fight dgn abg pasal benda2 kecil. Rebut basikal, permainan, tempat dalam kereta, makanan dan terus terang saya akui , kira selalu kena buli dgn abg laah...
Bila dah besar sikit mula boleh teman abg keluar ..semata-mata abg nk dating dgn makwe! Masa tu abg cukup jaga saya berpakaian ...jd ikutan makwe katanya. Lepas tu bila adik2 dah ramai
( 11 org) em..jadi kakak le...pikul banyak t/jwb!!*#@&&$???.?
Dulu adat jalan berdua ni tak berleluasa.. dipandang serong (benda yg dilarang)oleh itu tak berani..tapi sekarang ni dah trlebih dan melampau...! Dulu, anak dara keluar mesti bersama keluarga atau ditemani siblings ...tak le panjang langkahnya ke lain pulak... tempat hiburan pun kurang... cuma tengok wayang atau sarkis je...
Ingat lg kata opah, anak dara kalau selalu keluar..hilang serinya nanti...
APAPUN KEADAANNYA...YG PENTING ...PANDAI JAGA MARUAH KELUARGA DAN DIRI.

Wednesday 24 June 2009

Aurat Remaja Semakin Terbuka...


Sekarang ni bila sesiapa meronda Town, shopping kompleks, station bas dan di mana sahaja; apa yang kita nampak? Remaja dengan aurat yang terbuka. Bagaimana seharusnya remaja berpakaian?
-bertudung tutup rambut, leher dan dada.
- labuh tangan baju sehingga kepergelangan tangan.
- baju tidak ketat dan labuh ke paras peha.

Saya pernah menegur beberapa remaja apabila bertembung di Kuala Kangsar, Ipoh,Pudu,Butterwworth dan beberapa tmpat lain. Tak tau kenapa saya brtindak mcm tu tp dah instinc agaknya.Kes pertama kerana memakai tudung tapi berlengan pendek. Kes kedua berbaju pendek paras pinggang je...berkain belah. Kes ketiga bertudung tp rambut keluar.Saya dekati dan memberi salam,
"Assalammualaikum dik, nk kemana ni?
"KL"
"Oo..h..Sorang je. Tak takut ke?
"Ada kawan tunggu nanti."
"Jaga diri tau..em.kak nk cakap sikit boleh..?"
"Ya boleh."
"Maaf ye tapi sayangnya kak tengok.Adik tak pakai betul-betul ni sebagai sorang Islam.( saya sentuh perlahan tangannya atau bahunya)Bila dah cantik ni..kena sayang diri le..Kena sayang mak dan ayah."
Angguk sahaja dan membisu namun tanda serba salah dan adakalanya penyesalan jelas di mata!
Sebenarnya mereka ni boleh menerima dgn apa yang kita tegur cuma agaknya dah terlampau lama mereka hanyut sendiri tanpa panduan dan bimbingan.Fitrah semua dilahirkan bersih ...di sebalik perwatakan mereka yg songsang tuu ada tersembunyi kebaikan...
Jika semua berperanan menegur dgn penuh kasih sayang tak kira di mana pun, agaknya adakah perubahan nanti?

Bagaimana Menempuh Alam Remaja

Sedar...sedar... dah masuk ke alam remaja. Tak kira baru habis sek. rendah, baru sek. men @ baru darjah 6/5/4???
Cmne ni... bila datang period maka status saya bertukar kpd remaja?
Bagaimana nk 'behave?'
Biasalah , beberapa perubahan akan berlaku yakni perubahan fizikal, perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Apapun... perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:

Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.

  • Perasaan ingin mencari identiti diri
  • Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
  • Ingin mencuba perkara-perkara yg belum pernah dilakukan sebelum ini. AWAS!!!!
  • Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:

  • Ibubapa.
  • Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
  • Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda

TIDUR SECUKUPNYA

Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP

  • Senaman akan:
  • Menguatkan otot
  • Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
  • Membantu remaja tidur lena di waktu malam.

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA

lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

  • Nilai yang ingin anda pilih
  • Memilih rakan sebaya
  • Arah masa depan anda
  • Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI

  • Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
  • Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
  • Amanah
  • Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
  • Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
  • Menabung untuk masa depan anda.

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.

  • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
  • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
  • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda
:sumber tripod.com