Followers

Tuesday, 7 February 2012

Salam kenangan

Kenangan memang indah kn dan adakalanya membuai perasaan.Maklumlah, semakin dewasa
kita dimatangkan dgn pengalaman dlm kehidupan ye tak.
So, nk kongsi tapi tak terungkap dengan kata-kata namun cuma bisa merangkapkannya dalam
bait puitis yg bersahaja....

Aku tenggelam dalam kitaran masa silam
ombak kenangan beralun satu demi satu
kain-kain cebisan kisah menyulam bunga kerinduan
aku terpana dibuai ingatan
aku terlena dalam kesesakan rindu
aku pasrah dengan jutaan kisah
membuai laju melakarkan nostalgia
namun terselit juga antagonis segala
tersentak aku menangis luka
inilah irama dan gelombang dunia
terakam dalam barisan dosa
bersihkan titik noda
buangkan keruhan yang melanda
campakkan kehitaman tanda
dalam satu sujud yang lama....

-adz 10.37am

Tuesday, 29 November 2011



Entah kenapa tiba-tiba ada satu perasaan menular di jiwa. Ingin sekali aku menggarap sebuah luahan. Mungkin tumpahannya kelak menyejukkan diri seadanya namun apakah pasti ianya terjadi? Entah kenapa jua hati ini sering berkata-kata. Bukan kerana marah dan rasanya bukan jua kerana dendam cuma.....apa ya ingin aku nyatakan di sini? Oh ya, cuma ini caraku yang asli. Ragam perasaan yang sering ku ikuti. Satu bingkisan dari hati.

Goresan Tinta.

Tarian mata pena mencatat seribu makna

hamparan kertas putih cuma terpana

cuma goresan sebuah luka.

Ombak tulisan terhampar kesepian

terdampar lelah di lautan helaian

apakah ada yang terkilan kata

dek luahan dan makna setitik warna cinta.

Corak-corak menari riang

pantas tuntas di kanvas usang

tirai kehidupan berlabuh tenang

menamatkan pengakhiran satu pentas wayang.

Mainan seadanya pasti membara

gayutan perasaan terus nyata

apakah ini sebenarnya nada?

adakah ini noktah irama?

Berlalunya goresan tinta

menepis tohmahan segala

teratak bonda menggamit rasa

menumpang diri menguak minda

menitip salam menyulam bahasa

padamkan amarah hindarkan alpa

sentapkan rindu kilasan jiwa

layarkan tinta utuhkan bangsa!

-adz

Sunday, 26 June 2011

Bagaimana aku menulis...



Menulis adalah keghairahanku untuk mengisi masa lapangku...Aku minat namun tahun ni mungkin aku terlalu sibuk dalam pengajaranku sehingga tidak dapat meluahkan sepenuh masa kepada penulisanku. Ya..terhenti seketika ....walau hati ini meronta-ronta untuk meneruskan karyaku itu. Aku pasrah!

'Masa berlalu dan aku terus begini. Masih sendiri kerana kenangan lalu masih mencengkam. Walau apapun berlaku ,tidak sekali aku akan menyerah kalah pada kehidupan yang mencabar, Aku masih terus dengan caraku,fikiranku dan kehidupanku.'

Di atas itu adalah satu cara bagaimana aku menggarapkan penulisanku...samada blogs,cerpen,diari kehidupan,puisi & novel. Ya...memang spontan dari apa yang aku keluarkan dari hati dan pemikiran...
Jika aku rasa seronok dan idea mengalir keluar dari kotak minda maka aku akan terus menulis dan menulis. Jika tidak ada makanya aku terus berhenti seketika...

"Woi Ana!" Adlan memanggil dengan keras. Setiap mata yang memandangnya tidak dihiraukan, hatinya semakin panas bila gadis yang dipanggil berjalan selamba meneruskan langkahnya. Huh! Perempuan! Dia menggertus dalam kebencian. Memang perempuan sekarang gedik,biul dan kurang ajar! Adlan bermonolog sendirian. Hati yang panas semakin membara. Tak bolehkah beradab sikit atau menzahirkan sifat-sifat kewanitaan seperti...em...mak aku! gertus Adlan lagi sambil matanya tetap tertumpu pada Ana yang berjalan mendahuluinya ...'

Ha...ni satu lagi cara aku menulis sambil membayangkan satu plot cerita, (didalam mindaku.) persis bagai menonton TV adanya. Jika penulisan ceritanya berhenti bermakna aku dah berhentikan tayangan perjalanan ceritaku itu untuk sementara waktu.

Cara ketiga adalah pemerhatian dan pengamatan dari kehidupan seharianku yang diadaptasikan melalui persekitaran. Tidak kira dimana atau bila namun aku akan merakamkan kedalam buku nota kecilku. Dari situ aku rangkumkan semuanya menjadi satu cerita rekaan yang akan kusambung mengikut masa dan mood.


Okay, rasanya cukup aku berceloteh petang ni...cherio!


-adz
07.05 pm

Monday, 20 June 2011

Bercuti atau melancong?



Langkawi...
Kini aku telah tiba setelah umur hampir meniti senja..... Bukan tak sudi menjejak kaki ke sini sebelumnya namun kesibukan seharianku.
Langkawi!
Pulaunya indah dikelilingi oleh 99 lagi buah pulau tentunya. Sepanjang perjalanan meniti jalanan ke satu destinasi dan melepasi beberapa lagi destinasi yang lain, mataku melilau memandang semua...asyik...indah...bagaikan pulang semula ke zaman kecil di kampungku. Ya...Langkawi masih mengekalkan beberapa ciri perkampungan Melayu dengan senibina,ukiran, lokasi dan petempatannya.
Aku terpana..melihat masih ada keindahan asli sebegini.
Aku teruja melihat kehidupan yang lambat laun akan berubah dek limpahan ombak pembangunan. Segalanya mara dengan lekas.Segalanya melanda pantas dan tuntas.Membawa budaya antarabangsa, budaya luar,budaya asing yang anih.
So, harap setiap individu tahu menghargai apa yang terhampar walau pun di mana-mana....

Ketahuilah keindahan itu lahir dari keikhlasan mata yang memandangnya.

Monday, 16 May 2011

"SELAMAT HARI GURU"


Puisi Hari Guru.

Janji telah kami akui
mendidik dan memberi
wahai anak dan pelajar
kami telah cuba bersabar
hadapi karenah yg begitu mencabar
namun hati ini masih merintih
melihat anak didik masih tak mengerti
kasih sayang kami akan terus bersemi
selagi tenaga dan ajaran ini kami curahi
percayalah...amanah dan dedikasi
menular di setiap nadi
coz kerjaya ini amat kami cintai,
demi kejayaan generasi terkini!!!!
-adz.

p/s: Selamat hari guru, buat arwah ayahanda trcinta... Allahyarham Cikgu Aziz(al-fatihah)
tetap idolaku!

Thursday, 5 May 2011

Masa-masa nya bila tersendiri....

Hari ini..
Rasa letih tiba-tiba membuat aku tak bermaya..Kemana ria dan tawaku? Biarkan diri ini menjelmakan perasaan yang tersimpan untuk seketika. Biar dunia tahu dan biar semua mengerti...dalam diri wanita pasti ada masa sepi yang tak mungkin ada yang mahu mengerti...
Aku meneruskan kewajipan. Aku meneruskan perjalanan. Namun aku tahu bahawa apa yang aku lakukan adalah yang terbaik yang bisa aku perbuat. Setiap semuanya memang aku suka menterjemahkan dalam kerja seharianku. Ceria akan kembali cuma saat ini aku hanya ingin bersendiri...membuai perasaan kewanitaanku...walau sebentar cuma....

pagi ni terlalu awal utk mengetuk pintu
dingin air terasa ke sum-sum tulangku
desir angin dari luar terus-terusan lalu
aku buntu
aku rindu
tapi masih membisu?
sentuhan itu
merantaiku ke dadamu
erat pelukanmu
damaikan jiwaku
ku biarkan di situ
enggan memburu
sebuah kasih yang telah terpaku
noktahkan cintaku
dan ini perlu...perlu....
demi kamu sayangku!
-adz

Thursday, 31 March 2011

Seminggu yang bermakna...


Ya...seminggu menginap di Swiss Inn bersama para usahawan dan bakal usahawan serata Penang.Kenangan yang begitu mengetuk pintu hati untuk meningkatkan lagi prestasi kerja & usaha . Selama ini aku yang masih taksub dalam tempurung kerja harianku sehingga boleh pula terlupa untuk menjenguk ke luar ....
Selepas mengikuti beberapa siri modul dan kelas BOS ( Blue Ocean Strategies) rasanya banyak ilmu yang aku dekati & pelajari. Aku mulai sedar halatujuku...
Di luar sana ramai yang bertungkus lumus mencari rezeki tak mengira keadaan diri,masa ,tempat dan saingan so mengapa aku masih bertangguh untuk lebihkan langkah menjengah lagi pintu-pintu yang sedia terbuka. Kenapa masih ada alasan yang menggoda serta mengapa ada penangguhan yang berbisa? Jom mara! Capai dan berpaut pada apa-apa yang berada nun di sana dan buangkan kealpaan,khayalan, pemenungan yang sia-sia dan kenangan yang menikam dari belakang adanya.
Pengorbanan bermula dari langkah pertama, kedua dan seterusnya...Sabar,istaqamah,berusaha dan cekal menuju destinasi .
Hem... bagai pujangga rasanya dek luahan hati yang membara dan membuak ilhamnya.Di sini aku memperolehi kepuasan dalam menulis apa yang terpendam. Kebahagiaan dalam menaip baris-baris ayat yang terlayang di kotak minda!
Aku tetap aku! Menulis sesuatu yang ku mahu ..ha ha...itulah aku.