"Carilah ilmu walau di mana..." Satu ruang perkongsian dlm pencarian ilmu,pembentangan sketsa penghidupan,penulisan novel dan cerpen.
Saturday, 26 September 2009
Balik Kampong...
Raya kedua aku menaiki bas bersama 6 orang anak sementara seorang lagi akan menyusul petang nanti selepas membereskan assignment di internet katanya.Seperti biasa perhentian bas Butterworth sibuk dan sesak dengan orang ramai.Alhamdulillah dapat bas ke Kemunting dan selepas sejam dalam perjalanan,kami sampai dan terus menyewa teksi ke Kuala Kangsar.Bukan tak ada bas tapi aku mahu anak-anakku selesa dalam kesesakan dan kepadatan manusia di jalanan, selepas 45 minit kemudian kami selamat sampai di hadapan rumah opah mereka.Aku telah tunaikan janjiku.
Raya keempat, aku mengikuti rombongan keluarga berkereta menziarahi mak saudara di Gerik.Kira puas juga aku mengatur langkah menziarahi kakak dan jiran yang rapat dengan arwah ayah,rindu-dendamku kepada ayahanda tercinta dan ingatan yang teramat sangat kini terubat sedikit bila diterjemahkan dalam bualan dan cerita bersama-sama.
Bonda yang ikut serta kadang-kadang tersenyum riang menokok tambah lagi pengalaman dan kisah.Di rumah mak saudaraku itu aku sempat membuat semula tangkapan gambar pada photo-photo yang berada dalam album lamanya.Beberapa keping gambar yang tidak pernah aku lihat dulu dapat aku rakamkan untuk tontonan generasiku nanti.Pertama kali aku meihat gambar datuk di mana sebelum ini cuma dikenali sebagai datuk Hussin sahaja.Wah..gambar orang-orang dulu memang unik dan klasik.Aku tenggelam dalam menikmati aroma tahun lima puluhan...
Sunday, 6 September 2009
Hari-hari Ramadhan yang mula berakhir...
Ramadhan juga dikenali sebagai bulan bersedekah. Bulan yang dinantikan oleh golongan yg kurang mampu dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka. Tidak dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat sekelilingnya.
Namun alangkah bahagianya golongan ini jika manusia faham apa ertinya permulaan dalam bulan Ramadhan, tiada akhirnya walaupun Ramadhan telah berlalu. Setiap tindakan dan aktiviti ibadah di bulan ini akan berterusan dalam penghidupan seterusnya yakni sampai ke penghujung hayat, maka pasti ada yang bergembira menerima sedekah dan ingatan dari yang mampu.Pasti ada juga yg berbahagia dengan pemberian dan hadiah dari golongan berada dan kaya. Juga akan ada rumah-rumah anak yatim yang sentiasa ceria dengan sorak riang anak-anak menerima sumbangan tanpa putusnya.Apakah ini harus dijadikan semusim cuma? Perlukah ini hanya berlaku sekali setahun?Kiranya dilakukan selalu ,walau bertatih dahulu dah tentunya berlaku, 'berdikit-dikit lama-lama membukit', 'hari-hari selalunya menjadi' & amalan yg sekalipun sikit dan berterusan amat disukai Allah swt.
Saturday, 5 September 2009
SEKADAR MENGINGATi PADA YG MASIH LUPA..
Dosa itu datang tanpa disedari
menerpa,menyelak, membuang yg biasa
rasa seronok menyelimuti diri
lupa dunia lupa semua
dada mengembang bahu membidang
jalan menegak wajah mendongak
sombong...angkuh...memakai sifat yang Esa
bukan mengukur pada diri yg kerdil
tidak juga faham badan yang ditakdir
tiada kuasa juga tiada daya
punah dan binasa baru terasa
untuk apa?
sudah terlambat
jika dunia diputar semula
dosa itu juga yg kau lumuri
perangai manusia adat terbiasa
bukankah kini Islam kembali asing...
tidak sama tidak juga serupa
begitu anggun dan indah peribahasa
di tengah tamaddun yg kembali ke asal lama
terindah wajah cerah dek wudu' menghias rupa
siapa?
Mana?
Masihkah ada????
Saturday, 29 August 2009
Tazkirah Solat Terawih.
Apa yang aku ingin kongsikan disini ialah isi tazkirah yang disampaikan...meresap betul dalam hati. Imam menjelaskan bahawa 10malam terawal adalah malam rahmat maka rebutlah.Sedangkan solat wajib menjadi 70x ganda maka solat sunat pun berganda juga,maka kenapa tidak ramai yang menyayangi dan mengasihi diri serta menyesali kerana terlepas dalam memiliki rahmat Allah ini.Beliau menyebut juga golongan manusia yg ditunggu oleh syurga.
- yang membaca banyak Al-quran.
- yang memberi makanan pada yang memerlukan.
- yang selalu menjaga lidahnya dan hanya berkata yang baik-baik sahaja.
- yang berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Monday, 24 August 2009
Ya Marhaban Ya Ramadhan
Bekal Ramadhan (click me)Selamat menyambut bulan mulia dan semoga semua bersedia untuk mengorbankan kelapangan serta tenaga dalam melebihkan masa untuk beribadah kepada Allah. Memang pada mulanya rasa susah untuk membiasakan diri mengutamakan masa beribadah dan mendahuluinya daripada yang lain namun akan menjadi kebiasaan dengan izin Allah. Sebagai manusia kita tidak lepas dengan tugasan harian tetapi itu hanyalah rutin kehidupan manakala ibadah di bulan Ramadhan ini adalah satu pengabdian yang akan mendapat limpahan kali ganda ganjaran dari Allah. Sebulan dalam setahun! Siapakah manusia yang bijak untuk merebutnya? Jangan kita menjadi manusia yang rugi, alpa dan suka menzalimi diri sendiri dgn berkata, "aduhai..terlepas nk solat Terawih mlm ni...@ Aku lupa nk kunci jam utk solat tahajud tadi..@Tak sempat nk solat Duha pagi ni..@Lupa nk keluar duit lebih utk sedekah bulan ni..@Ingat nk bagi beberapa keperluan berupa makanan,telekung,kain pelikat dan sejadah kat rumah anak yatim tuu...eh tak jadi pulak @ makanan lebih betul malam ni,lupa nk bagi kat jiran-jiran kita ptg tadi @ Membazir je makanan tu,kan baik aku bersedekah pada jiran malam tadi @Beli lebih makanan dari keperluan tadi,sekarang dah membazir pulak." Semoga kita tidak berda dlm golongan orang-orang yang rugi...terlepas peluang untuk merebut ganjaran di bulan mulia ini.Marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan mempertingkatkan keimanan kita...amin.
Apa yg dibenarkan ketika berpuasa?
a. Mandi agar dingin dan segar
b. Berkumur-kumur – dan istinsyaq sekedarnya
c. Bekam atau canduk
Dari Ibnu Abbas r.a. ia bersabda, “Nabi saw. pernah berbekam di saat beliau berpuasa.” (Shahih: Shahih Abu Daud no: 2079, dan ‘Aunul Ma’bud IV: 174 no: 1939, ‘Aunul Ma’bud VI:498 no:2355, Tirmidzi II: 137 no:772 dengan tambahan, “WA HUWA MUHRIM dan dia sedang berihram’).
d. Mencium dan bermesraan dengan isteri bagi yang mampu mengendalikan nafsunya
e. Memasuki waktu shubuh dalam keadaan junub
Dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. bahwa Rasulullah saw. pernah mendapati waktu shubuh dalam keadaan junub karena selesai berhubungan dengan isterinya, kemudian Beliau mandi junub, lantas berpuasa”. (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari IV: 143 no:1926, Muslim IV: 779 no:1109, ‘Aunul Ma’bud VII:14 no:2371 dan Tirmidzi II:139 no:776).
f. Menyambung puasa sampai tiba waktu sahur
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kamu menyambung puasa; barang siapa diantara kalian yang ingin menyampung puasa, maka sambunglah puasanya sampai tiba waktu sahur, “Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, namun Engkau (sendiri) mengerjakan puasa wishal?! Jawab Beliau, “Aku tidak sama seperti kalian; sesungguhnya saya tidur malam, sedangkan saya ada pemberi makan yang memberiku makan dan pemberi minum yang memberiku minum.” (Shahih : Fathul Bari IV:208 no:1967, dan ‘Aunul Ma’bud VI: 487 no:2344).
g. Membersihkan mulut dengan menggunakan siwak, memakai wangi-wangian, minyak rambut, celak mata, obat tetes, dan suntikan.
Sumber: Diadaptasi dari 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma'ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm.403 -- 405.
Friday, 14 August 2009
DESTINASI
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semalam, aku begitu sabar menunggu cuaca bertukar rupa,hujan turun bertali arus sejak dari Penang lg.Hujan rahmat tentunya.
Semalam.....bermula dr pagi.... aku mengemas rumah,membereskan beberapa bakul pakaian yg belum dimesin.Sarapan senang je...cuma roti bakar, butter dan jam.Anak-anak selepas subuh tadi ada yg pergi sekolah,main game,berbasikal dan habiskan kerja sekolah. Rasa sedih juga nak tinggal mereka ni tapi yelaah... tujuan nk ke KL bukannya saje-saje tapi afiq nk graduate terima Diploma IB kat dewan Sri Hendon,Putrajaya.
Selepas itu aku berkemas beberapa pakaian yg nk dibawa,selepas konvo terus balik tentunya.Kemudian aku arah beberapa tindakan yg perlu anak-anak lakukan dan meminta mereka menjaga satu sama lain terutama baby Adlina,3 tahun yg petah brcakap, yg sibuk menghuru-harakan rumah dgn permainannya,rajin belajar di meja menulis dan mencatit huruf-huruf yg berupa cacing dan garisan.Aah ketika aku menaip post ni pun hatiku tercuit rindu pada ank-anakku semua,rindu utk bersama mereka walau dalam apa keadaan pun.
Afiq ketika ini sedang melengkapkan borang dan beberapa dokumen dr MARA. Kami berada di rumah KakMira di Cheras,jauh dari mereka saat ini.
Semalam......pukul 11.30 am kami berdua menunggu bas ke Jeti untuk menuju ke Kemuting.Alhamdulillah dpat bas dan tiba di Kemunting jam 4.00 pm. Selepas adikku menjemput, kami pun bertolak ke KL sesudah aku selesai solat jamak di rumahnya.
Sampai di KL, hujan masih renyai dan malangnya adikku pula kurang penglihatannya di waktu malam lalu kami berpusing-pusing hampir 2 jam keluar masuk tol Sungai Balak kerana tersilap masuk simpang.
Akhirnya sampai juga.... dan sekarang aku dah beberapa kali stop menaip sebab phone anak2.
Apapun schedule perlu diteruskan,hari ini aku mesti cari CD pendidikan di Low Yat @ sg Wang Plaza utk kelas latih tubi hujung tahun nanti. Beberapa aktiviti telah aku rancang dalam meningkatkan service kelas tusyen AdZ Basic Educare. Tentunya sekarang ni persaingan terlalu sengit dan memang ada beberapa anak didikku dan pelajar baru yang berhenti tapi lately ada juga yg datang kembali. Yang paling menggembirakan bila ada beberapa pelajar yang baru mendaftar minggu lepas adalah adik kepada bekas pelajar aku semasa aku mengajar di Sek Rendah Islam Pintar dulu. Walaupun agak jauh tapi ibubapa mereka masih yakin dengan pengajaranku dan memberi kepercayaan utk membimbing anak2 mereka.
Selamat berusaha utk peperiksaan dan ujian yang akan menjelang.
