Followers

Sunday, 7 November 2010

Manuskrip 'Kerja Sampingan.'


Aku melangkah dengan perasaan berdebar-debar. Maklumlah pertama kali aku menjejak kakiku ke bangunan yang tinggi itu. Temanku menunjukkan arah langkah ku dan aku tersenyum berterima kasih atas kesudiannya menemaniku kali ini.
Setibaku di tingkat 3, aku dipersilakan masuk ke bilik yang dipenuhi dengan hampir 30 orang lelaki. Aduh! Semakin aku malu. Mataku berkeliaran mencari bebayang susuk tubuh wanita yang lain dan akhirnya aku ketemui juga ,di hadapan sekali kelihatan dua orang wanita. Lega...hatiku kembali tenang.
"Sila masuk. Agen baru sila ke hadapan." Tegur seorang lelaki di hadapan sekali sambil menguntum satu senyuman manis. Aku membalasnya spontan tanda ucapan terima kasihku lalu segera mengambil tempat di sebelah kanan sekali.
"Assalammualaikum, dari mana?" Aku sempat memulakan bibit perkenalan.
" Dari Ipoh," Jawab wanita yang bertudung hijau itu dengan perlahan.
Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku.
Hampir sejam penerangan diberi dan aku mencatit dengan serius. Sesungguhnya dunia yang baru ini amat asing sekali bagiku yang belum pernah berada di satu kelompok lelaki yang besar. Selalunya setiap kursus atau seminar yang aku sertai, pasti kaum wanita yang mendominasi ruang dan suasana.
"..ye laah kita tahukan bahawa semua manusia tak kira agama ataupun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian,kesusahan dan juga kemalangan. So apa yang harus mereka buat bagi mengatasi risiko ini? Inilah yang kita cuba beritahu dan menerangkan pada mereka bahawa dengan menyedari keadaan ini haruslah mereka mengambil skim perlindungan yang akan kita tawarkan ini." Panjang lebar Cikgu Adnan menerangkan dan cuba memahamkan kepada semua. Dalam sesi pertama tadi , beliau telah menerangkan asas Takaful dan beberapa pengenalan yang bersangkutan "Makanya skim perlindungan atau insurans yang kita akan tawarkan ini ada banyak manfaatnya dan paling istimewa daripa skim perlindungan yang lain-lainnya. Kenapa? Sebabnya kita dah menang award Islamic Banking and Finance beberapa kali untuk servis kita tuu. So dah mantap dah... "Beliau menambah lagi.
Aku memang dah mengetahuinya dari perbincngan dengan leader beberapa hari yang lalu. Sememangnya aku dah faham bahawa konsep Takaful ni berteraskan kerjasama, tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling bantu membantu di antara pesertanya.Memang Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong pada mereka yang ditimpa musibah seperti dalil dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud,
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".


bersambung...

Teman...




Teman itu sahabat yang ada
kawan yang serasa
pastinya di hadapan nyata
walau jauh, walau dekat
namun di hati kuat tersemat.
Teman...
ikhlas kau menegur
sabar beratur
setia menunggu
dan tepati janjimu.
Wahai teman
maafkan salahku
buangkan marahmu
lontarkan egomu
padamkan dendam itu
Aduhai teman...
sama-sama membina diri
agar kita disenangi
tidak menyakiti
saling menegur diri
itulah keikhlasan abadi.

-adz
6.07pm.

Thursday, 4 November 2010

Menghadapi Kesukaran & penyelesaiannya.



'Mengunjungi masjid adalah sesuatu yang paling indah'

Realitinya, adakala hidup ini penuh dengan kesukaran bila ada-ada saja yang kita perlu lakukan bagi menyambung perjalanan penghidupan ini. Malah kadangkala ianya memeningkan,juga kadangkala menyedihkan, seketika ianya merungsingkan,menjemukan,ada juga yang menghiris hati, aaaaargh...dek terguris dalam kelukaan dan memang ada sesekali menimbulkan dendam dan geram ..so apakah penyelesaiannya???

Bagi seseorang yang saya amat kenali.....

Sepanjang mengalami beberapa step dan stages hidupnya sejak dari menjadi anak perempuan yang manja dan biasalah memang suka juga meminta . Ye lah pada siapa lagi kalau tidak pada ayahanda yang tercinta dan setia menurut kemahuan dirinya . Jika cikgu sekolah baru cakap je mesti bawa itu ini...balik rumah nanti terus nak . Syukur juga ayahanda tu faham so ikut lah... Ada juga pada masa-masa tertentu kehendak dirinya tak dapat dipenuhi ...tambahan lg bila bonda masuk campur so merajuk bawah katil le jawabnya....
Namun walaubagaimanapun kepuasannya ada sebab tak siapa kacau dan dapat lihat kemurungan diri. Duk bawah katil pulak relax sambil baca buku dan akhirnya tertidur. Bila terjaga sure perasaan dah OK dah.
Tapi bila happy tuu..menyanyi dan merapu lagu sesuka hati je sambil buat kerja rumah yang disuruh. Yalah..kerja rumah kena buat jugak tak mau nanti bonda berleter marahkan.

Bila meningkat remaja lain pula rentaknya. Tau-taulahkan... bila ada juga beberapa ketika tu rasa sedih sangat bila disalah erti dan ayahbonda pulak buat tanggapan yang bertentangan dengan reality ( dengar cakap abang le tuu..) so apa lagi....mula nak merajuk keluar pergi rumah kawan atau terus baca buku love story....Lega setelah beberapa jam kemudiannya.
Bila ceria apalagi.... lain orang lain caranya. Yang sorang ni....ada masa je terus dia pergi window shopping . Suka tengok apa saja jualan dan membandingkan harga. Namun sesekali sibuk juga dengan usrah, seminar,Tamrin,kursus dan persatuan ABIM bila dah banyak kelapangan. Katanya satu kepuasan juga sebab suka tambah ilmu...

Hem..bila dah kahwin dan berkeluarga, laaagiii..... sibuk . Di awal perkahwinan sering juga menghadiri pengajian disamping sibuk mengajar..kendali anak-anak dan settle kerja-kerja rumah......Memang banyak kerja so tentu rasa penat dan emosi tu ketat je selalu.Pantang suami cari salah..marah dan merajuk....Yelaah.....kadang-kadang sebab yang kecil je...sebab anak,sebab masak tak sama selera dia, tak dengar dan tak perasan..( Tuu fikiran tengah ke lain agaknya..hi hi...suami kata lain, disangka lain.)
Tapi lain pulak layanannya jika bersedih akibat ragam si anak,suami tercinta bawa outing ke pantai...memang dari dulu lagi dia suka tengok cahaya lampu dan pantai.( Maklumle baru duduk berdekatan dengan laut)
Bila berasa kecil hati dan marah dengan suami..sabar..tetap melayan keluarga & suami ( wajah tu kena senyum je depan suami...simpan geram..kan nk jadi isteri solehah so jgn sampai derhaka pada suami) tapi rambut pasti dipotong pendek....baru rasa puas. Sebenarnya suaminya tak kisah pun rambut panjang or pendek tapi entah..lepas geram pada rambut kut hi hi....
'Ciuman dari anak-anak kadangkala menenangkan...'


'Bila geram, ada masanya ingin menyendiri.'


Bila tention masa mengajar pulak ..em..balik nanti mesti dia round-round kat supermarket or mana-mana kedai ...beli sesuatu dan hadiahkan pada diri sendiri... yeah!!!!....happy semula.

Dan kini, tak taulah.Tapi pada diri ini cara terkini menyelesaikan masalah duka dan tention ialah menulis dan menulis........paling puas bila bermadah puisi...emm...tak tau kenapa sebab dulu kat sekolah tak belajar sastera pun, mungkin setelah berumur ni, hati semakin sensitif pulak ...kurang kasih sayang agaknya....ha ha ha......

So, jika ada rasa kemarahan atau apa-apa saja ...jangan luahkan pada orang nanti kena kata dan fitnah. Jangan marah pada suami , berdosa tuu. Jangan lepas kemarahan pada anak-anak,sian perasaan bebudak. Selesaikan dengan bijak agar hidup diteruskan dengan ceria serta senyum selalu...melambatkan proses tua kn...


Namun bukan senang ..adakalanya terlepas gak perasaan ni pada seseorang yg berkebetulan ada di sisi. Seseorang rapat laah..seperti adik kandung,adik ipar,sahabat paling rapat dan er..entah...siapa lagi ya..???
....semuanya memerlukan kesabaran dan kebiasaan..janji cuba praktik dan perbaiki diri. Walauapapun berlaku...3 langkah yang paling menenangkan dikala hati meruntun dalam kesedihan ialah membaca Al-Quran , solat malam dan mengadu pada Allah S.W.T.........ternyata amat berkesan!

-adz



Bicara sendiri

Aku tahu
pelajaran itu perlu
aku juga mahu
mereka berilmu...
biar semua itu
dicari...diambil..dan diburu.

Masa itu emas
berharga walau terlepas
saat dan detik harus dikebas
genggam semuanya walau rimas
disiplinkan diri jangan malas
kerana tiap sesuatu pasti terbatas.

ibu dirumah perlu mengajar
asas si anak untuk belajar
agama dan akhlak harus sejajar
baru dibentuk jadi terpelajar
usah rakus usah terkejar
budaya luar rosakkan pelajar
unsur negatif tak payah mekar
hanya merosakkan generasi yang sedar.

Amanah semua perlu dijaga
lengkapkan ilmu,adab dan agama.
Amanah anak perlu setia
pada ibubapa, guru dan setara
tanggungjawab belajar biar sepenuhnya
usaha dan daya tanpa putus asa
biar harumkan maruah dan nama.

Amanah guru tentu adanya
mendidik bangsa biar berguna
sabar dan ikhlas walau diduga
dengan pelbagai karenah,perangai dan bahasa
satu yang pastinya pelajar semasa
ketandusan kasih sayang dari keluarga
perangai pelik dianggap derhaka
cubalah fahami cubalah meneroka
hati yang bersih fitrah terjaga
cuma luaran yang buat angkara.

Pada ibubapa amanah ini
ingin mengingati diri sendiri
usah berebut harta duniawi
anak sendiri terbiar sendiri
walau dihulur wang berguni
tak sama juga perihatin yang diberi
luang masa luangkan hati
peluklah anak dakap ke sanubari
agar mereka turut merasai
bahawa tuntutan ilmu mereka itu tetap dihargai...

-adz
http://adzpoempuisi.blogspot.com/

Friday, 8 October 2010

Menghadiri Kursus SIRIM



Bersama Puan Sarifah Rejab, Penyelidik Kanan ,Pusat Penyelidikan Bioteknologi Industri, SIRIM Berhad..Seronok mendengar presentation dari beliau kerana semua itu ilmu penting dan sememangnya patut diketahui oleh semua pengguna kosmetik amnya dan Pengusaha -pengusaha Kosmetik seluruh negara Khususnya.
Sebahagian dari peserta khursus yang baru dan juga Pengusaha-Pengusaha yang telah berjaya dari Teluk Intan,Shah Alam,Ipoh,Taiping,Kuala Kangsar .Terengganu dan Penang.
Penerangan demi penerangan...
Bersama adik perempuan dari Kuala Kangsar.
Tanpa disangka mendapat peluang berkursus bersama beberapa usahawan di Hotel Hill View,Ipoh. Thanks sis, yang memberitahu peluang ini. Selama ini selalu saya menyangka SIRIM cuma bah. R&D yang akan memberi tanda Quality kepada barangan eletrik namun salah rupanya tanggapan ini. Pelbagai bidang training yang disediakan oleh SIRIM untuk semua .


Apapun semestinya menjamu selera dulu selepas taklimat pendaftaran...Hem. sedap juga namun kerana masih lagi kekenyangan selepas sarapan tadi, so rasa ala kadar je..rugi..rugi...

So, khabarnya ada lanjutan dari kursus yang sama dan peserta akan ditapis dan dipilih dari kalangan peserta yang hadir untuk sesi pertama ini + keterangan serta pencapaian peribadi. Harap dapat juga saya menyertainya nanti,InsyaAllah.
Thanks SIRIM.

Tuesday, 28 September 2010

Sketsa Penghidupan.

Hari itu aku tergesa-gesa pergi ke masjid untuk meletakkan hasil niaga yg berjumlah 20 unit ke situ .Memang setiap Jumaat aku selalu menitipkan jualan di kedai Kak Rubi yang memiliki satu-satunya kedai makanan di perkarangan masjid Itu.
Sedang berjalan balik ke rumah tiba-tiba slip!!!!! Sebelah kasut aku putus talinya. Aduh! Bagaimana harus aku teruskan perjalananku itu. Aku menoleh kanan dan kiri em...tiada kelihatan sesiapa pun ...lalu perlahan-lahan aku membongkok dan menjijit kasut yang putus talinya itu dan lalu bergerak laju di pinggir jalan. Hari semakin panas dan aku tetap bertahan..lagi 400meter...300 meter...200 meter...tidak beberapa lama kemudian kelihatan kerani di kedai runcit menjenguk panjang melihatku dan tersenyum,
"Kasut putus kak?"dia bertanya lembut ingin kepastian.
"Hem!" Suaraku seakan hilang di kerongkong. Keletihan dan kehausan mungkin.
Bagaimanapun, sepanjang melalui lorong kiri kanan perumahan itu aku tidak berjumpa dengan sesiapa. Dengan itu aku mempercepatkan lagi langkahku. Ahhh...akhirnya sampai dan aku masuk kerumah dengan sepenuh kepenatan.Sambil menghela nafas yang panjang, aku berfikir...... Sedetik aku teringat..begini agaknya mereka yang miskin melalui kehidupan mereka di tahap yang tanpa diduga. Aku duduk dan melihat tapak kakiku yang kini mulai berasa sakit dan perit. Anakku yang baru keluar dari biliknya segera mendapatkanku. Tangan kecilnya memeluk leherku dan mencium pipiku.
" Mama,adik tunggu mama." katanya manja. Aku mengerling lagi ke dalam bilik .
" Mana kakak?" Tanyaku ringkas.
" Kakak tidur!" Mengadu anakku perlahan. Aku mengangguk faham kerana semalam agak lambat juga anak perempuanku tidur kerana mengulangkaji pelajarannya. Aku kembali merenung kaki yang dah mulai rasa keras dan berdenyut.....Pasti ada pengajaran di sebaliknya!
~ Tamat ~

Sesekali berkaki ayam...

Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki.

Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar.

Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki.

Fudhalah bin Ubaid menerangkan:

"Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala."

[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]





Sibuknya....

Hari ni,
macam-macam aktiviti....pergi bank,post something, tusyen, hantar bekas-bekas hantaran makanan masa bulan puasa pd jiran...kelas bimbingan..Quite a rough day, drilling & undergo the critis & creative thinking skill, (that'd been rub off during yester holiday) to my 'bertuahnya... student"

Meaning...kalau dolu-dolu, org tua kita selalu cakap 'bertuahnya anak' nk jauhkn diri dari menyebut dan mengharapkan yang tidak baik pada anak-anak sendiri tapi sekarang ni, mak ayah sedapnya cakap ini itu (cth: bodoh! jahat punya budak! lembap dll) Jangan ya...cakap yg positif je le okay!
Aduh! kelas pun tak sempat nk kemas..!!!!???

APa YG SaYa Ajar?
nanti le..besuk-besuk atau bila-bila saya jot down kat cni.... bye!