Bersama Kak Rosmiaty Shaari, Ratna Laila dan Fizz Zaini sedang menunggu untuk mendeklamasi Sajak ciptaan masing-masing...
Alhamdulillah....Buku Antologi Istiqamah Bahasa dan Mahabbah Bahasa berjaya diterbitkan. Terdapat 20 sajak nukilan saya terakam didalamnya.Sempat bergambar dengan teman ASASI; Padin, Sara dan Kak Norjannah MA ketika menghadiri majlis Sekalung Budi Rantaian Kasih di DBP Utara, Bukit Mertajam bersama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Adziz bin Abas.
Bergambar bersama Para Sasterawan Negara dan Karyawan di Pulau Pangkor sempena Pulara 6 tahun 2015