Followers

Muhasabah Diri

Tazkirah: Ada ketikanya musibah yg melanda mendekatkan kita dgn rahmatNYA. 
Muhasabah diri dan teruskn melangkah

Tuesday

Tazkirah:
Nabi Muhammad S.A.W amat sayang kepada umatnya dan mengingatkn 6 perkara,
1- Bercakap jgn berbohong.2-Berjanji harus ditepati.3-Jgn memukul pada yg bukan tempatnya.4-Jaga mata drpd pandangan yg haram.5-Jaga tangan drpd mengambil yg haram.6-Jaga kemaluan dan maruah.
p/s: Samasama kita muhasabah diri...dan ada lagi di sini
"Untuk mendapat manfaat & memberi manfaat": Bahaya Lidah – Topik Jumaat, Warna Pagi IKIM 20.04.2012
keranakasihnabi.blogspot.com
http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/04/bahaya-lidah-warna-pagi-topik-jumaat.html


Friday  18 march 2011


PERINGATAN JE...


Kadangkala kita menjadi terlalu ego dan sombong dgn tuntutan agama. Pasti kita tertanya -tanya kenapa?? Cuba fahami peringatan ini moga kita mendapat jawapannya!


Berhati-hati dengan diri anda! Sekiranya anda merenggangkan hubungan dengan Allah S.W.T maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". 
Hidupkan hatimu dengan ilmu.... Seperti sabda Rasulullah:-"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". 
Jika diri dipenuhi maksiat maka ketahuilah bahawa titik hitam akan bertambah di hatimu. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)"


-adz
______________________________________________________________________

 Thursday, 4 November  2010



Menghadapi Kesukaran & penyelesaiannya.



'Mengunjungi masjid adalah sesuatu yang paling indah'

Realitinya, adakala hidup ini penuh dengan kesukaran bila ada-ada saja yang kita perlu lakukan bagi menyambung perjalanan penghidupan ini. Malah kadangkala ianya memeningkan,juga kadangkala menyedihkan, seketika ianya merungsingkan,menjemukan,ada juga yang menghiris hati, aaaaargh...dek terguris dalam kelukaan dan memang ada sesekali menimbulkan dendam dan geram ..so apakah penyelesaiannya???

Bagi seseorang yang saya amat kenali.....

Sepanjang mengalami beberapa step dan stages hidupnya sejak dari menjadi anak perempuan yang manja dan biasalah memang suka juga meminta . Ye lah pada siapa lagi kalau tidak pada ayahanda yang tercinta dan setia menurut kemahuan dirinya . Jika cikgu sekolah baru cakap je mesti bawa itu ini...balik rumah nanti terus nak . Syukur juga ayahanda tu faham so ikut lah... Ada juga pada masa-masa tertentu kehendak dirinya tak dapat dipenuhi ...tambahan lg bila bonda masuk campur so merajuk bawah katil le jawabnya....
Namun walaubagaimanapun kepuasannya ada sebab tak siapa kacau dan dapat lihat kemurungan diri. Duk bawah katil pulak relax sambil baca buku dan akhirnya tertidur. Bila terjaga sure perasaan dah OK dah.
Tapi bila happy tuu..menyanyi dan merapu lagu sesuka hati je sambil buat kerja rumah yang disuruh. Yalah..kerja rumah kena buat jugak tak mau nanti bonda berleter marahkan.

Bila meningkat remaja lain pula rentaknya. Tau-taulahkan... bila ada juga beberapa ketika tu rasa sedih sangat bila disalah erti dan ayahbonda pulak buat tanggapan yang bertentangan dengan reality ( dengar cakap abang le tuu..) so apa lagi....mula nak merajuk keluar pergi rumah kawan atau terus baca buku love story....Lega setelah beberapa jam kemudiannya.
Bila ceria apalagi.... lain orang lain caranya. Yang sorang ni....ada masa je terus dia pergi window shopping . Suka tengok apa saja jualan dan membandingkan harga. Namun sesekali sibuk juga dengan usrah, seminar,Tamrin,kursus dan persatuan ABIM bila dah banyak kelapangan. Katanya satu kepuasan juga sebab suka tambah ilmu...

Hem..bila dah kahwin dan berkeluarga, laaagiii..... sibuk . Di awal perkahwinan sering juga menghadiri pengajian disamping sibuk mengajar..kendali anak-anak dan settle kerja-kerja rumah......Memang banyak kerja so tentu rasa penat dan emosi tu ketat je selalu.Pantang suami cari salah..marah dan merajuk....Yelaah.....kadang-kadang sebab yang kecil je...sebab anak,sebab masak tak sama selera dia, tak dengar dan tak perasan..( Tuu fikiran tengah ke lain agaknya..hi hi...suami kata lain, disangka lain.)
Tapi lain pulak layanannya jika bersedih akibat ragam si anak,suami tercinta bawa outing ke pantai...memang dari dulu lagi dia suka tengok cahaya lampu dan pantai.( Maklumle baru duduk berdekatan dengan laut)
Bila berasa kecil hati dan marah dengan suami..sabar..tetap melayan keluarga & suami ( wajah tu kena senyum je depan suami...simpan geram..kan nk jadi isteri solehah so jgn sampai derhaka pada suami) tapi rambut pasti dipotong pendek....baru rasa puas. Sebenarnya suaminya tak kisah pun rambut panjang or pendek tapi entah..lepas geram pada rambut kut hi hi....
'Ciuman dari anak-anak kadangkala menenangkan...'


'Bila geram, ada masanya ingin menyendiri.'


Bila tention masa mengajar pulak ..em..balik nanti mesti dia round-round kat supermarket or mana-mana kedai ...beli sesuatu dan hadiahkan pada diri sendiri... yeah!!!!....happy semula.

Dan kini, tak taulah.Tapi pada diri ini cara terkini menyelesaikan masalah duka dan tention ialah menulis dan menulis........paling puas bila bermadah puisi...emm...tak tau kenapa sebab dulu kat sekolah tak belajar sastera pun, mungkin setelah berumur ni, hati semakin sensitif pulak ...kurang kasih sayang agaknya....ha ha ha......

So, jika ada rasa kemarahan atau apa-apa saja ...jangan luahkan pada orang nanti kena kata dan fitnah. Jangan marah pada suami , berdosa tuu. Jangan lepas kemarahan pada anak-anak,sian perasaan bebudak. Selesaikan dengan bijak agar hidup diteruskan dengan ceria serta senyum selalu...melambatkan proses tua kn...


Namun bukan senang ..adakalanya terlepas gak perasaan ni pada seseorang yg berkebetulan ada di sisi. Seseorang rapat laah..seperti adik kandung,adik ipar,sahabat paling rapat dan er..entah...siapa lagi ya..???
....semuanya memerlukan kesabaran dan kebiasaan..janji cuba praktik dan perbaiki diri. Walauapapun berlaku...3 langkah yang paling menenangkan dikala hati meruntun dalam kesedihan ialah membaca Al-Quran , solat malam dan mengadu pada Allah S.W.T.........ternyata amat berkesan!

-adz
____________________________________________
Hari tu aku melangkah ke Dewan Millenium untuk memenuhi jemputan pihak zakat untuk menerima sumbangan wang permulaan ke IPT bagi pihak anak. Rasanya agak lambat 15 minit namun aku di tunjukkan ke tempat duduk oleh seorang petugas PUZ. Seorang Ustazah sedang memberi ceramah dan aku mengamati butir bicaranya sambil mengeluarkan pen dan nota yang sentiasa aku bekalkan di dalam beg galasku . Hem..banyak panduan,teguran dan ilmu yang diberi dan mengajak aku mengenangkan kembali kelalaian dan kesilapan aku dalam mendidik anak-anakku selama ini. Pernah pada permulaan hari-hari indah perkahwinanku dulu, aku mendidik keluarga dengan penuh kasihsayang serta disulami dengan keindahan Islam secara grafik yg aku ciptakan kedalam setiap detik,setiap perilaku dan setiap tutur kataku . Namun bila masa berlalu..anak-anak semakin bertambah...masa semakin terhad..aku semakin sibuk dan kealpaan mulai menyapa, banyak juga aku ketinggalan dalam mengasuh anak-anakku. Astaghfirullah-hal-azim...aku semakin lupa untuk menyemak akhlak anak-anak walau sering menegur. Aku lupa untuk memeluk dan mencium anak-anak yang dewasa sebelum tidur...aku asyik menumpukan tumpuan kepada si kecil sejak akhir-akhir ni...dan sejak aku terpisah dengan insan tersayang serta kesendirian dalam meredakan keterlukaan yang masih tersemat. Bila aku menulis beberapa peringatan yang diberi oleh ustazah, hatiku berdetik kesyukuran kerana diberi masa utk hadir dan alhamdulillah mendapat lautan ilmu yg mungkin tak dapat diperolehi dari mana-mana, peringatan sebagai seorang ibu,wanita dan dai'. Akhirnya ustazah memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Che' Bi dan setelah beberapa minit berlalu...aku masih lg berterimakasih kepadanya dalam keriuhan ramai menyambut kehadiran Yg di pertua MAIPP.

Nota yang sempat aku catit.
*Siapa yg ada ilmu maka ada rezeki.
*Belajar @ mengaji mesti dapat A dan untuk A- Allah, Ayahibu, Aqidah, Akhlak.
*Bahasa dan percakapan/pertuturan ibu adalah doa utk anak-anak. So ibu kena banyak mendoakan anak-anak.
*Dalam mendidik anak-anak kena ada ketegasan,denda dan pukulan yang bertujuan utk mendidik & bukan kerana nafsu amarah.
*Paling utama! Menegah kepada makan makanan yang haram/tak tentu punca. Makanan ini kelak akan merosakkan hati anak-anak.
*Dalam menyediakan makan, ibu harus banyak berzikir,baca bismillah.selawat dan doa. Ibu sekarang banyak leka dlm beribadat dan kalau nyanyi... asyik bernyanyi nyanyian rock je, so menyumbang kpd pembentukan sifat anak-anak yg degil,keras dan rosak.
*Berusaha cari DUIT.
D-doa anak-anak & ibuayah
U-usaha & berjaya.
I- Istiqomah yakni buat yg Allah suruh dan tinggal yg dilarang.
T- Tabah dlm erti kata sabar dan cekal dlm solat serta mendekatkan diri dgn Allah.
__________________________________________

Satu pengisian...






Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan




Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduhSurah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajarSurah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baranSurah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolahSurah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lainSurah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendindingAyat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malamSurah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumahSurah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
* Langkah 3:

* Sampaikan ilmu ini kepada orang-orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya orang-orang yg kamu pilih itu telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.
__________________________________________

Diari Pengajian

Sedang berkemas buku-buku catitan lama yg masih dlm simpanan,tiba-tiba terlihat buku kesayangan ketika pengajian beberapa tahun lama....dulu...segera tangan menyambar dan menyelak satu persatu..rindunya hari-hari yang indah itu, zaman yg tak mudah dikecapi semula, zaman muda meniti ruang agama dan menyelami sedalamnya sehingga ada masanya terus terfana...waktu itu aku begitu rajin mengunjung rumah ibadah yg mengadakan pengajian, tak kira mlm dan siang, kakiku akan melangkah bersama kumpulan yg satu tujuan.
Aku menyelak lagi helaian demi helaian..seakan barisan ayat-ayat itu menarik aku kembali ke tahun itu... Seakan terngiang ditelinga aku mendengr kuliah dari Ust.Ghazali Hasbullah berkenaan dgn '7 wasiat'. Penaku menari pantas mencatat di buku...
Wasiat 1.- org yg banyk bercakap-nescaya tid.timbul kesedaran hatinya.- tid mahu mengaji.-tid mahu Islam keseluruhan.
wasiat 2.-org yg banyk makan jgn diharap katanya memberi hikmah.
(sedangkn org yg berlapar insyaAllah doanya dimakbulkn).
wasiat 3.-org yg suka bergaul dgn manusia suka brsosial maka tid akn merasa ibadah yg manis.
(sedangkn dlm majlis ilmu,iman dpt dipertingkatkn,kelazatan iman boleh dirasai.)
wasiat 4.-org yg cintakn dunia tk dpt ucap 2 kalimah syahadah.
wasiat 5.- org yg jahil agama maka tidak akn hidup hatinya.
wasiat 6.org yg plih kawan dr golongan yg zalim maka agamanya tid lurus.
wasiat 7.- org yg hanya cari keredaan manusia maka tid dpt keredaan Allah.

Sunday, 28 June 2009


Bersosial..? Biar berpada-pada.

Hari ni hari ahad. Hari utk mama berehat kn....itu yg saya selalu warwar kn pada ank2 saya. Hari ni terlalu banyak agenda peribadi...nk baca buku, nk pergi main bowling.. nk ronda-ronda kat medan rekreasi dgn ank2 ( 2 aktiviti ni selalu tak berkesempatan masuk list ) dan window shopping..ye laah sikit lg nk raya so kena mulai budget nak beli..banyak benda! yg penting sekali baju raya ank2. Satu kemestian walau pn dlm apa keadaan pun. Anak2 masih tak faham kenapa mereka perlu brkorban kebahgiaan yg satu ni...walau ibubapa tidak mampu mengadakannya .

Remaja sekarang terlalu puas berhibur..cinema,pesta, theme park kat shopping complex, mesin permainan,cyber cafe,camping,swimming pool, bowling dll. So... mula nk cari benda lain yg lebih seronok dan terlupa akibatnya! Hati-hati ye..fikir sebelum bertindak!

Terbayangkan hari-hari ketika masih kanak-kanak dulu...terlalu manja dan demanding pada ayah..maafkan saya ayah, kalau dulu fikiran saya lebih dewasa dr umur agaknya mungkin lain tindakan saya .. nostalgia!

Selalunya saya yg lebih manja dari abang dan 3 adik lelaki dari lima siblings yg awal.Waktu tuu selalu gak fight dgn abg pasal benda2 kecil. Rebut basikal, permainan, tempat dalam kereta, makanan dan terus terang saya akui , kira selalu kena buli dgn abg laah...
Bila dah besar sikit mula boleh teman abg keluar ..semata-mata abg nk dating dgn makwe! Masa tu abg cukup jaga saya berpakaian ...jd ikutan makwe katanya. Lepas tu bila adik2 dah ramai
( 11 org) em..jadi kakak le...pikul banyak t/jwb!!*#@&&$???.?
Dulu adat jalan berdua ni tak berleluasa.. dipandang serong (benda yg dilarang)oleh itu tak berani..tapi sekarang ni dah trlebih dan melampau...! Dulu, anak dara keluar mesti bersama keluarga atau ditemani siblings ...tak le panjang langkahnya ke lain pulak... tempat hiburan pun kurang... cuma tengok wayang atau sarkis je...
Ingat lg kata opah, anak dara kalau selalu keluar..hilang serinya nanti...
APAPUN KEADAANNYA...YG PENTING ...PANDAI JAGA MARUAH KELUARGA DAN DIRI.