Followers

Tuesday 24 February 2015

Beringat lah...

Allah sentiasa mendengar doa anak yang berbakti terhadap kedua ibubapanya.
         Dari kisah yg direkodkan oleh Imam Bukhari di dalam kita Syu'abul Iman, menyatakan bahawa Ibnu Abbas menjawab kepada satu soalan yg diutarakan kpdnya dgn menyatakan bahawa tiada amalan pun yang lebih  mendekatkan diri kepada Allah selain berbakti kepada orang tua,
      Dan dari Imam Tirmizi, Ibnu Hibban dan Al Hakim, Rasulullah  memberitahu kepada seorang lelaki yg datang bertanya Nabi bagaimana untuk bertaubat. Maka jawab Nabi 'berbaktilah kepada ibu saudaramu sebagai pengganti...( kerana ibu lelaki itu sudah meninggal dunia).
                Kesimpulannya samada semasa ibubapa  masih hidup atau selepas mereka meninggal dunia maka jika anaknya berbakti kepada mereka, ianya dapat menghapuskan dosa dan kesalahan seorang anak.

3 comments:

  1. saya setuju dengan kata2 jika anaknya berbakti kepada mereka, ianya dapat menghapuskan dosa dan kesalahan seorang anak , saya dr karimun jawa

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sangat mantap.. ringkas tapi sentap.. :D

    ReplyDelete
  3. Thanks kerana komen anda berdua memberi nilaian & semangat, maaf kerana lama menghilang namun jika masa mengizinkan , insyaa Allah akan menyusul lg perkongsian lain.

    ReplyDelete