Masa.....begitu cemburu, cepatnya berlalu atau aku yang tidak menghargai waktu?
Hari-hariku dipenuhi peristiwa dan happening yang menceriakan dan livable, wow!
Buku terbitan bersama telah memenuhi rak peribadiku, jom jelajahi rentetan penerbitan...
Buku Antalogi Sajak 50 Penyair: ISTIQAMAH BAHASA (2016) adalah buku penerbitan sajak yang ke 3 selepas Buku 99 PUISI UNTUK PALESTIN (2014) dan Antologi Puisi Pangkor 5 (2015)
REMAJA.
Remaja kini
tuntas meniti jurang
meliuk bagai lalang bergelandangan
layu bagai bunga berguguran
mengais habuk jalanan
mengail lubuk daratan
memburu habuan awangan
menyulam bara kepayahan.........bersambung
Hari pelancaran buku ISTIQAMAH BAHASA di Kuala Lumpur 5hb Jan 2016 telah dirasmikan oleh Sasterawan Negara ke 6, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.
Kecintaan Alam adalah Buku Antologi Sajakku yang ke 5 setelah Buku Antologi Bersama Mahabbah Bahasa diterbitkan .
Seterusnya 2 Penulisan Kertas Kajian kepunyaanku telah di cetak oleh USM, Pulau Pinang sebagai satu penulisan penyelidikan dalam Buku Conference Proceeding: International Conference On Creatif Media, Design & Technonology (REKA) siri 1 (2014) dan siri 2 (2016), Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment