Followers

Saturday 1 May 2010

Pesta Buku Penang.
















Telah 3 hari aku mengulangi pameran pesta buku yang agak berhampiran dengan rumahku. Rasanya masih tidak cukup masa yang aku guna untuk menerokai semuanya. Aduh! Sudah lama aku tidak mengunjungi Pesta Buku seperti ini walaupun tidak berapa besar seperti yang di Kuala Lumpur namun aku bersyukur baru kini merasa di tempat sendiri. Sesekali baby Adlina merengek untuk dibelikan beberapa barang yang dianggapnya sebagai mainan.Namun dia mengerti jika pilihannya tidak aku persetujui. Satu-satu bahagian penempatan buku-buku aku lawati dan tenungi . Semuanya aku damba dan ingin memiliki tetapi aku terpaksa dahului buku-buku anak-anak. Suasana semakin sesak dengan beberapa penambahan pengunjung lagi dari sekumpulan besar pelajar-pelajar beberapa sekolah berdekatan Pulau Pinang. Aku beralah juga setelah membeli beberapa buku latihan dan rujukan untuk anak-anak. Adlina mulai menarik tanganku kerana bosan dan aku mengikut sahaja setelah menghadiahkan satu novel untuk diri sendiri.
Hari kedua aku pergi lagi..Masih luas ruang untuk aku tinjau lagi..
Pada hari Ahad, seperti yang aku janjikan, aku pun membawa Alanna dan Liyya bersama. Nasib baik juga Afiq balik maka sebahagian anak-anak lelakiku yg lain telah aku titipkan padanya . Aku membiarkan mereka memilih buku-buku pilihan dan aku meninjau lagi...Akhirnya setelah beberapa jam memusing dan membeli ala kadar mengikut kemampuan, kami pun pulang .

No comments:

Post a Comment