Followers

Sunday 7 November 2010

Manuskrip 'Kerja Sampingan.'


Aku melangkah dengan perasaan berdebar-debar. Maklumlah pertama kali aku menjejak kakiku ke bangunan yang tinggi itu. Temanku menunjukkan arah langkah ku dan aku tersenyum berterima kasih atas kesudiannya menemaniku kali ini.
Setibaku di tingkat 3, aku dipersilakan masuk ke bilik yang dipenuhi dengan hampir 30 orang lelaki. Aduh! Semakin aku malu. Mataku berkeliaran mencari bebayang susuk tubuh wanita yang lain dan akhirnya aku ketemui juga ,di hadapan sekali kelihatan dua orang wanita. Lega...hatiku kembali tenang.
"Sila masuk. Agen baru sila ke hadapan." Tegur seorang lelaki di hadapan sekali sambil menguntum satu senyuman manis. Aku membalasnya spontan tanda ucapan terima kasihku lalu segera mengambil tempat di sebelah kanan sekali.
"Assalammualaikum, dari mana?" Aku sempat memulakan bibit perkenalan.
" Dari Ipoh," Jawab wanita yang bertudung hijau itu dengan perlahan.
Aku mengangguk dan membetulkan kedudukanku.
Hampir sejam penerangan diberi dan aku mencatit dengan serius. Sesungguhnya dunia yang baru ini amat asing sekali bagiku yang belum pernah berada di satu kelompok lelaki yang besar. Selalunya setiap kursus atau seminar yang aku sertai, pasti kaum wanita yang mendominasi ruang dan suasana.
"..ye laah kita tahukan bahawa semua manusia tak kira agama ataupun pangkat akan berusaha mengelakkan diri dan keluarga daripada mengalami kerugian,kesusahan dan juga kemalangan. So apa yang harus mereka buat bagi mengatasi risiko ini? Inilah yang kita cuba beritahu dan menerangkan pada mereka bahawa dengan menyedari keadaan ini haruslah mereka mengambil skim perlindungan yang akan kita tawarkan ini." Panjang lebar Cikgu Adnan menerangkan dan cuba memahamkan kepada semua. Dalam sesi pertama tadi , beliau telah menerangkan asas Takaful dan beberapa pengenalan yang bersangkutan "Makanya skim perlindungan atau insurans yang kita akan tawarkan ini ada banyak manfaatnya dan paling istimewa daripa skim perlindungan yang lain-lainnya. Kenapa? Sebabnya kita dah menang award Islamic Banking and Finance beberapa kali untuk servis kita tuu. So dah mantap dah... "Beliau menambah lagi.
Aku memang dah mengetahuinya dari perbincngan dengan leader beberapa hari yang lalu. Sememangnya aku dah faham bahawa konsep Takaful ni berteraskan kerjasama, tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling bantu membantu di antara pesertanya.Memang Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong pada mereka yang ditimpa musibah seperti dalil dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud,
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".


bersambung...

No comments:

Post a Comment