Followers

Wednesday 24 June 2009

Aurat Remaja Semakin Terbuka...


Sekarang ni bila sesiapa meronda Town, shopping kompleks, station bas dan di mana sahaja; apa yang kita nampak? Remaja dengan aurat yang terbuka. Bagaimana seharusnya remaja berpakaian?
-bertudung tutup rambut, leher dan dada.
- labuh tangan baju sehingga kepergelangan tangan.
- baju tidak ketat dan labuh ke paras peha.

Saya pernah menegur beberapa remaja apabila bertembung di Kuala Kangsar, Ipoh,Pudu,Butterwworth dan beberapa tmpat lain. Tak tau kenapa saya brtindak mcm tu tp dah instinc agaknya.Kes pertama kerana memakai tudung tapi berlengan pendek. Kes kedua berbaju pendek paras pinggang je...berkain belah. Kes ketiga bertudung tp rambut keluar.Saya dekati dan memberi salam,
"Assalammualaikum dik, nk kemana ni?
"KL"
"Oo..h..Sorang je. Tak takut ke?
"Ada kawan tunggu nanti."
"Jaga diri tau..em.kak nk cakap sikit boleh..?"
"Ya boleh."
"Maaf ye tapi sayangnya kak tengok.Adik tak pakai betul-betul ni sebagai sorang Islam.( saya sentuh perlahan tangannya atau bahunya)Bila dah cantik ni..kena sayang diri le..Kena sayang mak dan ayah."
Angguk sahaja dan membisu namun tanda serba salah dan adakalanya penyesalan jelas di mata!
Sebenarnya mereka ni boleh menerima dgn apa yang kita tegur cuma agaknya dah terlampau lama mereka hanyut sendiri tanpa panduan dan bimbingan.Fitrah semua dilahirkan bersih ...di sebalik perwatakan mereka yg songsang tuu ada tersembunyi kebaikan...
Jika semua berperanan menegur dgn penuh kasih sayang tak kira di mana pun, agaknya adakah perubahan nanti?

1 comment:

  1. Salam yong...
    Tahniah dengan blog2 yang telah dibuat..
    kalau rajin buka le blog yang saya handle untuk PAS KK :
    1. paskawasankualakangsar.blogspot.com
    2. mtdn34bukitchandan.blogspot.com
    amacam projek pest control hr tu..tak jadik lagi..miggu lepas balik ke ? tak tau..boleh bagi profail company...

    ReplyDelete